Profil Rohaniah Noor



Dari penoreh getah ke pelabur hartanah..
Rohaniah Noor merupakan bekas penoreh getah semasa di zaman persekolah dan pengajian ijazah pertamanya. Pernah juga bergelar minah kilang, juruwang di sebuah farmasi dan jurujual jualan langsung dari rumah ke rumah.
Tetapi kini beliau merupakan seorang perunding hartanah (real estate negotiator) di bawah Oriental Realty. Beliau memfokuskan pasaran hartanah di kawasan Lembah Klang dan beberapa kawasan di Pahang. Beliau juga membuka sebuah rumah penerbitan buku sendiri di bawah label Kasi Terbit.


Beliau mula berkecimpung dalam pelaburan hartanah sejak tahun 2006. Kecenderungan beliau adalah di dalam pasaran kedua (subsale) dan juga unit pemaju iaitu projek yang sedang di dalam pembinaan.
Menganjurkan siri seminar pelaburan hartanah dan seminar kewangan sejak 2011, selain pernah dijemput berkongsi ilmu dalam iProperty Bumiputera Expo, Sarjana Hartanah, Konvensyen Pejuang Hartanah 2014, Havoc Hartanah, Jom Cari Rumah dan beberapa ekspo hartanah terkemuka. Beliau juga pernah dijemput sebagai penceramah anjuran beberapa agensi kerajaan.
Telah menghasilkan dua buah buku fizikal iaitu Beli Rumah Kababoom dan Penyewa Hantu Tuan Rumah Buaya. Beliau juga telah menulis empat buah ebook iaitu Wang Besar Melalui Pelaburan Hartanah, 5 Langkah Jana Wang Sewa Besar dan Kerjasama: Alien Beli Rumah Non-Stop dan 15 Artikel Beli Rumah Kababoom. 
Rohaniah Noor merupakan seorang graduan ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian) dari UiTM, Sarjana Muda Teknologi (Kepujian) (Teknologi Maklumat) dari Universiti Teknologi Petronas dan Diploma Lanjutan Syariah dan Amalan dari UiTM.


Selain hartanah, beliau sangat gemar travel secara backpack dan menyelam ke dasar lautan. Beliau juga berkongsi pengalaman dan tips pengembaraan secara backpacking di FB page Saya Backpacker dan di blog www.sayabackpacker.com
Penulis boleh dihubungi di talian 0123547636 email rohaniahnoor@gmail.com atau di Facebook Page beliau di https://www.facebook.com/rohaniahnoor

Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog