penyewaan tamat bila penjual jual rumah

Semalam saya mengecat rumah.

Sebenarnya saya beli rumah ni melalui subsale.
Dapat harga jauh lebih rendah dari harga pasaran.

Saya dapat 2 unit, satu pada harga RM 135K, satu lagi pada harga RM 137K.
Harga pasaran pada masa tu adalah RM 170K.

saya pun apa lagi... markup snp lah untuk dapatkan wang tunai.
Ahaa.. inilah namanya beli rumah, dapat wang.

Hujung bulan Oktober, salah satu rumah ni dah pun selesai prosedurnya.
Bank saya dah bayar habis kepada vendor (penjual).

Sebenarnya beberapa bulan sebelumnya lagi saya dah maklumkan kepada agen yang menjual dan peguam bahawa saya mahu rumah itu kosong.
Saya tidak mahu menyambung sewaan yang masih ada.
Kononnya agen dan peguam ambil maklum.

Saya tidak diberi no telefon vendor, jadi sukar untuk saya menghubungi vendor secara terus.

Sebaik loan saya disburse duit, saya bertanyakan peguam.
Penyewa dah keluar ke?
Peguam kata, penyewa ada lagi.
Beliau hanya pindahkan 2 bulan deposit dan setengah bulan deposit kepada saya.
Dia sebaliknya menyuruh saya bincang dengan penyewa kalau-kalau penyewa mahu kadar sewa baru dari saya.
Saya tegaskan, saya memang mahu rumah itu kosong dan saya mahu sewakan semula.

Haihh.. saya memang tak puas hati.
Esoknya saya melawat rumah tu.



Rupanya yang duduk di sana adalah beberapa pekerja lelaki yang saya syak berasal dari Myanmar.
Pekerja tu terpinga-pinga bila saya beritahu saya pemilik baru rumah tu dan  mahu mereka keluar.
Mereka terus menghubungi boss mereka yang bernama en H.

en H rupanya menyewa rumah itu dari satu syarikat beberapa bulan lepas.
dia tak tahu pun yang rumah tu telah dijual dan dalam proses pindahmilik.
Katanya orang myanmar tu pekerjanya.

Hm... nampaknya ini kes sublet ni.. kes sewa atas sewa.
En H kata, dia akan semak dulu hal ini dengan syarikat tersebut.

Esoknya seorang staff dari syarikat tersebut menghubungi saya.
Dia terkejut rumah tu telah dijual sebab katanya, vendor tak beritahu dia apa-apa.
Sewa bulan Nov memang belum dibayar sebab biasanya mereka akan bayar pada 14 hb setiap bulan.
Dia minta saya masa untuk hubungi vendor.

Seminggu kemudian, syarikat tersebut memaklumkan kepada saya yang owner dia berhubung tidak angkat telefon.
Saya minta mereka jelaskan sewa bulan itu sebab saya owner sekarang.
Dia minta tempoh lagi.
Dan mereka tak mahu berpindah keluar. mereka minta tempoh untuk tinggal sementara mereka pastikan isu jualan rumah.

Seminggu kemudian, dia beritahu mereka tak dapat lagi menghubungi owner lama.
Namun mereka berjanji akan mmbayar sewa bulan November dan Disember sekaligus lagi 3 hari sebaik dia masuk dari bercuti.
Bila saya minta dia keluar sahaja dari rumah tu, dia tetap tak mahu.

Lagi 3 hari saya call dia semula.
Syarikat tu maklumkan mereka tak mahu bayar sewa kepada saya.
Sebab setahu mereka, mereka deal dengan owner lama.
Jadi mereka hanya mahu bayar sewa pada owner lama yang sekarang ni dah tak dapat dihubungi.
PAda masa yang sama, mereka tak mahu berpindah.
Katanya, susah nak dapatkan rumah lain di kawasan tu.

Haihh...
saya dari cakap lembut dah berubah tune jadi naga.

Saya terangkan pada dia, yang sewaan tidak berpindah kepada pemilik baru bila rumah dijual.
perjanjian sewa dia dan pemilik lama dah terbatal dan tak wujud lagi sebab pemilik laa dah bukan pemilik.
Kalau dia nak duduk juga, dia kena sewa dari saya.
Dia pula pusing cerita, kalau penyewaan dah tak ada, kenapa saya minta dia bayar sewa kepada dia?

Haihh... memang dari naga gangsa, saya bertukar menjadi naga emas.
SAya tegas katakan, by 31 Disember kalau mereka tak keluar, saya akan buat cara kasar.

Saya juga call en H minta dia keluar cepat sebab syarikat yang dia bayar sewa tu tak nak bayar sewa pada saya.
En H buat suara innocence.. katanya dia bayar sewa pada syarikat tu.
Kalau nak dia pindah, boleh.. tapi syarikat tu kena sediakan rumah ganti buat saya dulu.



haihhh...
inilah risiko kalau tuan / puan beli rumah yang disubletkan.
sebab yang duduk di dalam rumah bukan orang yang menandatangani sewaan hartanah tersebut.
Dah banyak sangat pas-pas.. macam karenah birokrasi.

akhirnya rumah itu dikosongkan juga pada 11 Januari 2014, iaitu setelah sebulan 11 hari dari tarikh saya sepatutnya mendapat vacant posession.
itu pun penyewa gagal memberi saya kunci
menyebabkan saya terpaksa pecah sendiri kunci padlock rumah tersebut.
padlock pula berkualiti baik.. haih.. jenuh juga pakcik security yang menolong saya membuka rumah tu.



moral yang nak saya sampaikan di sini:

- bila rumah disewakan dan dijual, penyewaan TIDAK berpindah ke pemilik baru. Kecuali pembeli mahu teruskan penyewaan lama.

- berbeza dengan pajakan iaitu bagi tempoh lebih dari 3 tahun.  yang itu, pajakan berpindah ke pemilik baru dan pemilik baru tak ada hak untuk pemajak keluar dari hartanah tersebut melainkan persetujuan pemajak.

- peranan paguam sangat penting dalam memastikan pembeli dapat VP. dalam kes ini, ini kali pertama saya menggunakan perkhidmatan peguam ini. Dia sangat slow.

- nak buat bisnes sublet boleh.. tapi pastikan rumah itu bukan sedang dalam proses jual beli.
4