Berbelanja di bawah kemampuan

Sabtu lepas saya telah dijemput menjadi salah seorang ahli panel untuk sesi forum Sarjana Hartanah 2.0
Seminar ini diadakan di ILSAS, berhampiran UNITEN Bangi.
Saya ke ILSAS setelah puas memburu serigala opss.. membeli buku di Big Bad Wolf awal pagi itu.

ahli panel sesi forum seminar Sarjana Hartanah 2.0
kredit gambar: Mr Benny Kuok

Ahli panel yang lain kali ni memang power.
Encik Adrian Wee, Mrs Amanda Chong, Sifu Shafie Bustan, Mr Vincent sebagai wakil pemaju, Puan Ina yang berpengalaman luas dalam syarikat pemaju dan juga En Ahyat Ishak yang sangat popular.
Moderatornya adalah sifu Faizul Rizuan sendiri.
Hm.. rasanya saya yang paling tak power antara mereka semua ini.


Ada banyak ilmu dikongsikan oleh setiap ahli panel.
dari soalan ubahsuai rumah yang berkos rendah tapi memberi implikasi yang besar
hinggalah ke perbincangan mendalam mengenai potensi NusaJaya.




saya menjawab soalan mengenai strategi pelaburan hartanah.
Apa strategi saya hinggakan dari seorang penoreh getah saya boleh sampai ke tahap hari ini.

Jawapan saya : kata kuncinya adalah berbelanja di bawah kemampuan.
bukan berbelanja mengikut kemampuan.
amalkan gaya hidup yang murah.

Jika kita berbelanja mengikut kemampuan, bermakna kita akan menggunakan kelayakan pinjaman kita untuk gaya hidup sahaja.
Contoh: katakan pendapatan bulanan Encik Kamal adalah RM 4000
beliau tinggal di rumah teres yang dibelinya dengan bayaran ansuran sebanyak RM 1400 sebulan pada 3 tahun lalu.
Kemudian beliau mempunyai sebuah kereta yang bayaran ansuran bulanannya sebanyak RM 700.
Beliau juga mempunyai sedikit hutang kad kredit.

Dengan gaji bulanannya, tiada masalah untuk Encik Kamal membayar ansuran kereta, rumah dan kad kredit.
beliau memang berbelanja mengikut kemampuan.
Tapi,  bila kuota kelayakan pinjaman dah habis atau hampir habis digunakan untuk gaya hidupnya, bagaimana beliau boleh mendapat pinjaman untuk rumah pelaburannya?



Bila bank tengok komitmen bulanannya dah mencecah atau lebih 50% dari pendapatan, amat sukar untuk bank memberi pinjaman untuk beliau membeli sebuah apartment berharga RM 180K untuk disewa.

Tetapi jika En Kamal hanya memiliki kereta yang bayaran bulanannya RM 300,
dan beliau hanya tinggal di rumah flat yang bayaran bulanannya pun baru RM 300,
bermakna beliau hidup dan berbelanja di bawah kemampuannya.

Komitmen bulanannya baru RM 600 sedangkan gajinya adalah RM 4000.
Debt Service Rationya baru 15%
maka, jika beliau ingin membeli rumah kedua untuk pelaburan yang berharga RM 180K tu, berkemungkinan pinjamannya akan diluluskan.

Bila rumah itu disewakan, buktikan pula pendapatan sewa itu kepada pihak bank melalui perjanjian sewaan yang dimati setem dan penyata bank yang menunjukkan wang sewa masuk setiap bulan.
Ini membantu meningkatkan pendapatannya di mata bank.
Walaupun dia ada hutang dari rumah 180K tu, tapi dia ada pendapatan pula dari rumah itu.

Insya Allah beliau dapat  berkembang dengan cara ini
kerana gaya hidup murah dan berbelanja di bawah kemampuan ini memberinya margin yang lebih untuk membuat pinjaman lagi.

Jadi ingat kata kunci ini.
Berbelanja DI BAWAH kemampuan.

dan jangan lupa klik LIKE di FB saya INI .
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog