Kesudahan Seminar Dr Azizan Osman: Personal Coaching yang Hilang

Sambungan perkongsian pengalaman saya INI sebagai peserta Supreme Diamond Intensif Jutawan Industri.

Sebenarnya saya dah tutup kes ini.
Ia sudah jadi arkib.
Tapi memandangkan ramai yang masih kecoh di luar sana, maka saya tuliskan apa yang berlaku seterusnya dan kesudahannya.

Saya tidak buat fitnah atau cuba memburukkan sesiapa.
saya hanya berkongsi pengalaman.
Ia fair comment dan kejadian benar.

Beberapa hari sebelum Aidil Fitri, iaitu seminggu selepas ARTIKEL INI ditulis, saya dimaklumkan oleh rakan saya, Syahman bahawa beliau ada menerima sms memintanya memilih tarikh sesi group mentoring pada bulan September nanti.
3, 4 atau 5 September 2013.
Mungkin inilah 'sesuatu' yang dikatakan oleh Azizan Osman di Facebook tu.
Mungkin juga inilah sesi live group mentoring yang akan menggantikan sesi online personal coaching seperti yang dijelaskan oleh page FB Alumni mereka.

Saya tidak pula menerima sms yang sama.
Tak apa.. saya tunggu... mereka janji lepas raya kan..

Selepas raya..



Tunggu-tunggu tak ada pun sms macam yang syahman dapat
Hanya dapat sms yang ajak saya jadi sukarelawan untuk seminar Jutawan Industri 2013 sahaja.
Saya tak puas hati.


Akhirnya pada 29 Ogos 2013, saya tulis mengenai hal ini di facebook.
tunggu sms jemput group mentoring seperti yang dijanjikan tak ada pun.. Yang sampai hanyalah sms ajak jadi sukarelawan sahaja.

Seorang rakan di Facebook telah kongsikan apa yang saya tulis ini di FBnya dan tag En Jerry.
En Jerry menjawab, beliau akan periksa dahulu hal ini.

Tidak lama kemudian, saya telah menerima panggilan telefon dari pihak Richworks menawarkan saya memilih tarikh untuk hadir ke sesi group mentoring itu.
Saya pilih 4 September, Selasa.

Petang dalam jam 3 petang saya ada mesyuarat.
Pada masa yang saya, handphone habis bateri.
Jadi saya caj handphone dan tinggalkannya di meja sementara saya menghadiri mesyuarat.

Selepas mesyuarat tamat, saya dapati ada beberapa miss call di handphone saya.
jam 5.42 petang, saya dapat sms dari En Jerry.
Tapi esoknya baru saya balas.
Berikut adalah sms antara saya dan beliau.




Selepas sms kedua ini, saya terus sms beberapa rakan yang juga berpendapat yang sama.
Saya ajak mereka jumpa en Jerry sekali. Boleh la kami utarakan hal ini sekaligus.
Jadi, saya belum balas mesej en Jerry ni.

Malam itu saya lewat online FB. Saya ada hal di luar.
Sebaik sampai rumah pula, sepupu saya datang bertandang.
Tiba-tiba kawan saya telefon saya.
Dia suruh saya buka Facebook dan baca apa yang tertulis di Facebook Alumni Dr Azizan Osman.


Rupanya mereka muat naik notis ini dalam dua versi. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.


Ada 2 intipati di sini:
1) Mereka mendakwa wujud salah faham. Online personal coaching melalui skype tidak dijanjikan. saya yang salah faham. Maka saya telah membuat tuduhan tidak berasas sama sekali dan ini boleh menjurus kepada memfitnah en Azizan Osman.
2) Mereka kini sedang mengambil tindakan di bawah Bahagian Perundangan mereka kepada saya. Bermakna, mereka ada kemungkinan mahu ambil tindakan undang-undang atau dalam bahasa pasarnya, menyaman.

Terkejut saya membaca notis dalam dua bahasa ini.

Elok petang tadi en Jerry sms saya kata nak jumpa dan bincang dengan baik.
Malam ini ada masa pula buat notis dalam bahasa melayu dan terjemah ke bahasa inggeris. 
atau buat notis dalam bahasa inggeris dan terjemah ke bahasa melayu.

Maka berbakul-bakul la kutukan yang saya terima di page FB Alumni dan di FB public saya.
Ada yang karang bahasa kutukan sendiri, ada yang share je apa yang en azizan tulis dengan komen yang menarik untuk dibaca.
Saya kini dipanggil biawak oleh pengikut taksub yang kononnya belajar menjaga aura.
Saya juga dikatakan melayu menjatuhkan melayu 
dan juga menerima pelbagai kutukan lain.
"shame on you" kata salah seorang peniaga mesin air kepada saya.

hm.. sejak bila pula menuntut hak sebagai pembeli satu dosa besar dan menyebabkan manusia berubah menjadi biawak?
Kalau macamtu, jangan la marah-marah developer kalau projek perumahan yang anda beli tu terbengkalai.
Terutama kalau developer tu syarikat melayu.
Nanti jadi biawak.. nanti melayu jatuhkan melayu.

Kawan-kawan saya yang tak puas hati dengan situasi ini ada meletakkan komen di FB Alumni. 
mereka pertahankan tindakan saya menuntut apa yang dijanjikan.
dan ada juga yang menyuruh semua yang memgutuk saya tanpa usul periksa ni baca dulu blog saya.
Tapi semua komen yang tak menyokong en azizan telah dipadam dengan pantas.


Pagi esoknya 30 hb Ogos 2013, notis ini telah dipadam terus dari lamab FB Alumni.

Jam 9 pagi, saya menerima SMS dari en Jerry.



Saya beritahu en Jerry, memandangkan notis saman sebegini telah dimuatnaik, saya tidak lagi berminat untuk hadir ke sesi group mentoring pada 4 September.
Sebab memang sesi itu bukan yang dijanjikan pun masa akad jual beli diadakan.
Saya cuma mahu refund sahaja.

Beliau tetap mahu jumpa saya. katanya ada salah faham.
Saya kata, boleh tapi bukan hari ini sebab saya demam dan saya perlu ajak kawan teman saya.

(SMS ini saya tak dapat print screen sebab pada masa ini, tak ada kamera atau handphone lain yang boleh tangkap gambar sms tu)

Kemudian mereka memuatnaik permohonan maaf secara general terhadap isu ini.


Kawan-kawan saya tak berpuas hati. Masa letak notis saman, tulis dengan jelas nama saya.
Tapi bila minta maaf, tulis secara umum sahaja
ini antara responnya.





Saya juga dapat tahu, en Mazidul Akmal telah menulis mengenai isu ini di blognya. 
Boleh baca DI SINI, SINI dan SINI

.


Petang itu, saya menerima sejambak bunga dan buah dari Richworks dengan ucapan "Get Well Soon"




1 September 2013, saya tetapkan temujanji dengan En Jerry, kami akan bertemu pada 2 September jam 8.00 malam di Putrajaya.
Pertemuan akan diadakan di Mr Kabab & Biryani, Presint 15, Putrajaya

Memandangkan en Jerry dah bukan dalam Richworks, maka Puan Yasmin akan turut hadir.
beliau General Manager Richworks pada waktu itu.
orang lain yang sama-sama tak berpuas hati dalam hal ini, semuanya diam dan tak mahu muncul.
Jadi saya hadir bersama-sama 3 orang rakan saya yang tiada kaitan dalam hal ini.

Saya puasa hari tu, jadi kami terlewat sedikit sampai ke sana.

Perbincangan kami dirakam oleh kedua-dua pihak dengan kebenaran.


**************************
Hasil perbincangan:
**************************

1 - EN Jerry dah menonton rakaman video seminar IJI 2012. Janji personal coaching itu katanya adalah melalui program eksklusif RMC di mana setiap yang membayar supreme diamond layak menjadi ahli selama setahun. Jadi pihak Richworks memohon maaf kerana penerangan Azizan Osman semasa seminar IJI itu menyebabkan peserta salah faham. Tapi, saya sanggah istilah salah faham. Bagi saya, Azizan Osman yang salah memberi kenyataan dan peserta tidak salah faham pada kenyataannya itu.

2- pihak Richworks akan memulangkan semula semua wang yuran yang saya dah bayar kepada mereka. 
Ada 2 program yang saya sudah bayar: Intensif Jutawan Industri 2012 bernilai RM4999 dan Rainmaker Summit bersama Bill Walsh (yang kemudiannya saya minta pindahkan ke program Platinum) sebanyak RM 3,000. 
Tetapi saya minta mereka refund RM 2,000 sahaja untuk Intensif Jutawan Industri 2012 iaitu beza yuran supreme diamond dan diamond (yang saya bayar upgrade pada hari seminar itu) dan RM 3,000 untuk yuran Rainmaker Summit. 
Ini menjadikan jumlah wang yang saya mohon pulangkan sebanyak RM 5,000 sahaja.

3- Richworks bersetuju menaikkan notis memohon maaf kepada saya secara terbuka di FB Alumni mereka atas
- kelemahan penganjuran pakej Supreme Diamond ini; dan
- notis yang mereka letakkan di FB mereka pada 29 Ogos mengatakan saya membuat tuduhan dan mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas saya.
Saya akan menyediakan draft notis mohon maaf ini untuk mengelakkan mereka menggunakan ayat atau perkataan yang kurang sesuai lagi. Draft akan dihantar pada hari Selasa 3 September.

4- Saya akan menulis perkembangan kes ini di blog saya selepas semua tindakan oleh Richworks dilaksanakan.

Richworks berjanji akan menyelesaikan perkara 2 dan 3 dalam minggu ini juga.


3 September 2013, Selasa
Saya telah menghantar draft notis memohon maaf dan nombor akaun bank untuk refund pada hari Selasa 3 September ke email puan yasmin. 


Rabu 4 September, Puan Yasmin memaklumkan kepada saya bahawa refund dan notis maaf sedang dalam proses.

Khamis, 5 September, wang refund RM 5,000 telah saya terima dalam akaun bank saya.



Sementara itu. draft notis memohon maaf diubah beberapa kali kerana Richworks mahu masukkan perenggan promosi seminar mereka.



Akhirnya pada 6 September 2013, Richworks telah memuatnaik notis 
- meminta maaf kepada saya atas kesilapan mereka di atas tertangguhnya program susulan RMC yang di dalamnya ada antaranya online personal coaching
- berterima kasih atas maklumbalas saya ini
- mengaku tersilap memuatnaik paparan notis dwi-bahasa terhadap saya di Facebook Alumni Dr Azizan Osman pada 29 Ogos dan memohon maaf.



Boleh baca notis ini di FB Alumni DI LINK INI.
atau di link FB public saya DI SINI.


Jadi, kes ini telah ditutup.
perkara telah selesai.
Jelas saya tidak salah faham.
personal coaching melalui online tu memang ada dijanjikan dalam seminar itu yang merupakan salah satu aktiviti susulan RMC yang mereka belum laksanakan dari tarikh seminar Intensif Jutawan Industri itu diadakan pada 23 - 25 November 2012 hinggalah ke tarikh artikel blog saya INI ditulis pada 1 Ogos 2013.

Richworks telah adakan satu sesi group mentoring untuk peserta supreme diamond IJI ini pada September lepas dan saya harap akan ada lah sesi-sesi sepatutnya lagi untuk peserta supreme diamond selama 12 bulan melalui program RMC seperti dijanjikan.

Saya sudah dapat wang refund.
Saya sudah tidak ada kaitan dengan apa-apa seminar kelolaan Richworks.

Memandangkan kes ini telah selesai, saya harap tidak ada mana-mana pihak yang cuba sensasikan lagi kes ini atau menyampaikan cerita separuh jalan.
saya harap semua jelas dengan apa yang telah berlaku.

Pengajaran bersama.
Hati-hati sebelum membayar mana-mana pakej seminar
Jikalau penganjur janji anda boleh dapat 5 tembikai dan 2 paket beras untuk satu harga, pastikan anda betul-betul akan dapat 5 tembikai dan 2 paket beras itu.
Penganjur tak boleh sewenang-wenangnya tukar 2 paket beras ke 1 paket tepung tanpa persetujuan anda semula.
Sebab asas akad jual beli adalah atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
Jika salah satu pihak tak redha, ia bukan lagi jual beli yang sah.
Share:

28 ulasan:

Uwais Al-Qarni berkata...

alhamdulillah semuanya selesai dengan cara bijak. hebat cik rohaniah

Nur Fauzi Bassar berkata...

memang menanti penjelasan sebegini.

terima kasih kerana kongsi pengalaman.

tapi apa yang saya nampak, pihak richwork sedaya upaya nak mengelak mengaku salah dan kata peserta yang salah faham.

sungguh 'berintegriti' lah sangat!

Pasal hantar bunga tu....hmmm...dah terhantuk baru terngadah. nak ambil hati...

Farid Adam berkata...

sis, mohon share pengalaman sis di blog saya sebagai pengajaran...

saya akan petik 2 artikel ini:-

1) Seminar Dr Azizan Osman: Personal Coaching Yang Hilang Ep 1
2) Kesudahan Seminar Dr Azizan Osman: Personal Coaching Yang Hilang

rohaniah noor berkata...

tuan Farid, sila-sila

Administrator berkata...

Alhamdulillah masalah puan dengan richwork telah selesai. Membaca artikel Puan mengenai Dr Azizan dan Richwork menyebabkan saya menyedari bahawa kesilapan manusia sememangnya berlaku walau siapa pun dia.

Pujian harus diberikan kepada puan kerana menegakkan hak puan namun Pujian juga harus diberikan kepada pihak Richwork yang sanggup merendahkan diri meminta maaf dan mengikuti syarat puan.

Tidak ramai orang yang saya jumpa sanggup secara terbuka meminta maaf. Bahkan mungkin saya juga dari golongan yang tidak berani mengakui kesilapan sendiri.

Apa pun saya makin jelas bahawa mereka bukanlah syarikat SCAM kerana PENIPU seringkali ialah mereka yang takut berhadapan dengan masalah, sedang mereka mendepaninya.

Bagi saya pula puan ialah seorang yang berani. SYABAS. Dengan selesainya masalah puan dengan Richwork moga Allah jayakan puan dalam bisnes Puan dan Dr. Azizan dalam bisnesnya.

Moga bertambah ramailah Umat Islam yang berjaya dalam suasana berlemah lembut dan berbaik sangka sesama mereka namun keras dengan para Kuffar.

Wanita Bertudung Hitam berkata...

bagus..kesian kat penyokong taksub yg memaki hamun tuan tanah ni tanpa usul periksa..taksub smp mcm tu sekali der..mmg patut kena ngn aidib..huihui peace!

sitiezahim berkata...

walaupon tuan punya badan yang berjanji tak nampak batang hidung.. gitulah agaknya lumrah hidup orang besar2 ni.. huhuhu

salfhi berkata...

mcm david vs goliath agaknya perasaan masa tu.. alhmdulillah dh selesai akhirnya

taufiq berkata...

Puan sangat berani walaupun berada di pihak minoriti. Tahniah.

kjmissd27 berkata...

Pn hebat sekali... terkasima saya sekejap...memberi inspirasi bahawa golongan minoriti punyai hak untuk besuara...syabas sekali lagi...

kjmissd27 berkata...

Pn hebat sekali... terkasima saya sekejap...memberi inspirasi bahawa golongan minoriti punyai hak untuk besuara...syabas sekali lagi...

Putera Leo berkata...

tahniah!! satu malam ni saya habiskan membaca kronologi kes cik dengan azizan...(saya tak nak memanggilnya dengan "dr" sebab dia bukan "dr" yang sebenarnya - hanya "DR" BELI...melalui pendedahan kes cik membuatkan saya "mencari" siapa "dr" azizan ni, dan ternyata telahan saya selama ni tepat - DIA SEORANG PENIPU! yang hanya menjual air liur sahaja! saya harap dengan pendedahan ni ramai orang akan sedar dan tidak akan tertipu lagi...tapi saya pelik ramai betul yang taksub dengannya sampai "membelasah" cik dengan cukup2 tanpa usul periksa...saya gembira dengan kemenangan cik di dalam memperjuankan hak cik..saya salute! :)

Rehah berkata...

terima kasih ats perkongsian..jemput ke blog sy utk membaca dan mengetahui ttg produk kesihatan shaklee :)

Peneroka Perkasa berkata...

Terbaik....Cik Rohaniah

Madzlan Haisin berkata...

Tahniah Cik Rohaniah... anda memang HEBAT... kalau sudi silalah ke blog saya ---> http://cuticutidisabah.blogspot.com/2013/10/jom-cuti-cuti-di-sabah-pakej-naik.html

pestoLaer_studio berkata...

Tahniah puan kerana berjaya menyelesaikan isu puan ini. Saya teruja dengan isu puan ini, kebangkitan wanita islam untuk mendapat kebenaran dan haknya. Moga ALLAH memberkati hidup puan dan orang2 yang teraniaya. Diharapkan pihak yang berkenaan dapat iktibar daripada apa yang berlaku.

aniq salleh berkata...

Alhamdulillah nasib x join lg. Baru brcadang nk g.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Cik Rohaniah..berani kerana benar...

GyneFredd berkata...

Kak..saya yang membaca ni..boleh panas. Inikan bahu yang memikul. Apapun ending baik. U are tough. Walaupun ni cerita lama...tapi memamng kena hati2 la dgr tawaran indah khabar dari rupa ni.

fate. berkata...

Alhamdulilah, Puan handle dengan cara objektif dan tidak ada satu pun tuduhan tetapi dengan bukti. Saya berdoa puan akan berjaya dengan cemerlang dan in fact, boleh jadi pakar motivasi yang lebih baik lagi amin ya rabb, semua ini ujian Allah swt. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman.

dr azira tadzri berkata...

A well defined justice. Proud to have wanita melayu berani yang memperjuangkan hak yang benar. Proud of you

Ahmad Fares berkata...

RESPEK !! Istiqamah dalam kebenaran membuahkan hasil. Allah bersama dgn orang2 yg benar. Azizan Osman atau siapa saja cuma manusia biasa, kekhilafan boleh berlaku, cuma jangan diulangi atau dibiarkan. Hisab diakhirat lebih dashyat dan disaksikan oleh berjuta trillion manusia dan jin.

Johari Bakar berkata...

assalamualaikum puan..
terbaek lah puan..informasi yang sangat berguna.
tapi saya dah pergi sesi imkk pada 10sept di pgrm cheras..pastu dah beli tiket diamond rm4k yg akan diadakan di s.alam pada 1-4 okt 2015...adakah saya akan mengalami nasib yg sama agaknya puan?

Johari Bakar berkata...

assalamualaikum puan..
terbaek lah puan..informasi yang sangat berguna.
tapi saya dah pergi sesi imkk pada 10sept di pgrm cheras..pastu dah beli tiket diamond rm4k yg akan diadakan di s.alam pada 1-4 okt 2015...adakah saya akan mengalami nasib yg sama agaknya puan?

Unknown berkata...

Assalamualaikum puan.alhamdhulilah sbb ALLAH jumpakan saya dgn blog nie.sya harap pengalaman puan dpt dikongsikan bersama-ii

Unknown berkata...

Assalamualaikum puan.alhamdhulilah sbb ALLAH jumpakan saya dgn blog nie.sya harap pengalaman puan dpt dikongsikan bersama-ii

Ieta Mat Saad berkata...

Bravo! Inilah kuasa blogger. Tahniah Puan. Alhamdulillah Puan direfund balik. Hidup blogger! :)

Ieta Mat Saad berkata...

Alhamdulillah saya jumpa entri blog Puan ni. Benarlah apa kata suami saya. Jangan mudah terlalu percaya dan pesan arwah emak saya, jangan taksub sangat. Terima kasih Puan. Tahniah sekali lagi dari saya.

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog