Amanah Saham Bumiputra (ASB) haram atau halal?

Semalam saya menulis mengenai hukum pelaburan Amanah Saham Bumiputra atau ASB di Facebook.
Saya memutuskan mahu mengongsinya di sini pula.


Kenapa ada banyak majlis fatwa di Malaysia?

Terlebih dahulu, suka saya memaklumkan bahawa berdasarkan Perlembagaan Malaysia, hal ehwal agama Islam adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Maka itulah setiap negeri termasuk wilayah persekutuan ada kuasa pentadbiran agama islam sendiri.
Setiap negeri ada Majlis Fatwa sendiri.

Di peringkat kebangsaan pula, ada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Setiap majlis fatwa mempunyai ulamak mereka sendiri yang layak mengijtihad hukum.
iaitu mengeluarkan hukum pada perkara yang tidak wujud semasa zaman Rasulullah SAW.

Mereka mahir dalam bidang agama.
Jika di dalam ijtihad ini, mereka memerlukan pandangan dan penerangan pakar dalam bidang yang terlibat, pakar itu akan dipanggil.
Dalam kes ASB, wakil dari PNB dipanggil.

Setiap majlis fatwa mengeluarkan fatwanya sendiri.



Perbezaan Fatwa ke atas Pelaburan di ASB

Semasa membuat Diploma Lanjutan Syariah dan Amalan, saya dan rakan kumpulan dipertanggungjawabkan menyiapkan tugasan mengenai perbezaaan fatwa ke atas pelaburan ASB.

Maka kami kumpulkan semua fatwa berkenaan dan persembahkan dalam gambarajah di bawah.




Ada 4 fatwa mengatakan ia harus atau tidak haram. 
Iaitu fatwa dari Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur dan Majlis Kebangsaan.

Manakala, ada 3 fatwa menghukumkan ia haram iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.

Surat dari Suruhanjaya Sekuriti mengenai ASB pula mengatakan ia tidak patuh syariah.




Terdapat perbezaan fatwa dan pandangan di sini terhadap hukum pelaburan ASB.

Kenapa perbezaan ini boleh timbul?

Perbezaan pandangan ulamak ini dipanggil Khilaf ulamak.

Khilaf boleh berlaku disebabkan :
1) Kemampuan menguasai ilmuan tidak sama dari segi akal fikiran dan kefahaman. Sebahagian fuqaha’ mempunyai kemampuan yang tinggi dari segi hafazan dan kefahaman.

2) Perbezaan tentang syarat-syarat yang wajib dipenuhi pada hadith shahih yang boleh dijadikan hujah

3) Perbezaan tentang beberapa qawaid Ushuliyyah

4) Khilaf tentang Qiraat dalam al-Quran al-Karim

5) Khilaf disebarkan percanggahan dalili-dalil


Pada tahun 2012, saya menghadiri Seminar Pengurusan Harta dalam Islam.
Jika berminat membaca perkongsian saya ketika menghadiri seminar tersebut DI SINI dan DI SINI.

Di dalam seminar ini, saya dimaklumkan oleh Prof Madya Dr, Mohamad Akram Laldin bahawa keseluruhan dana ASB tidak cukup jika diletakkan di Bank Islam sahaja. 
Ini kerana dana ASB besar. 
Oleh yang demikian, mereka terpaksa meletakkannya di Maybank. 
Sedangkan di Maybank, ada percampuran perbankan islam dan konvensional. 

Maka di situlah punca ada ulamak kata percampuran ini tidak boleh dielakkan dalam keadaan masa kini dan memfatwakan ASB sebagai harus atau tidak haram. Tapi ada ulamak tidak menerimanya.

Fatwa yang mengharuskan atau tidak mengharamkannya memandang dari sudut maslahat, umum balwa dan percampuran unsur tidak patuh syariah yang kecil.
mereka melihat dari sudut makro.

Fatwa yang mengahramkannya pula melihat dari sudut mikro.

Saya difahamkan, wang ASB TIDAK dilaburkan dalam kegiatan perjudian, arak atau aktiviti tidak patuh syariah. Hanya isu di mana dana disimpan yang menjadi punca percanggahan.


Apa yang patut kita lakukan apabila khilaf ini berlaku?

Sebagai orang islam, wajib kita mematuhi adab kepada khilaf, iaitu:

1. Setiap orang mesti membersihkan dirinya daripada sebarang sentiment ta’asub mazahab secara buta tuli kerana mazhab bukanlah sebagai faktor memecah-belahkan Islam.

2. Kita menghormati dan beradab dengan mereka serta kita percaya bahawa mereka akan diberi pahala sama ada betul atau pun salah, seterusnya kita berdoa untuk kebaikan mereka.

3. Kita tidak harus memaksa orang lain untuk menerima pandangan kita dalam masalah khilafiyyah.

3. Kita mesti beradab dengan ulama yang berbeza pandangan dengan kita.

4. Jangan menuduh orang yang mengamalkan amalam yang kita tidak sependapat dengannya sebagai sesat, pembuat bid’ah, khurafat dan sebagainya kerana masing-masing ada hujah dan alasan yang perlu kita hormati.

5. Kita jangan terpengaruh dengan pendekatan sebahagian anak muda yang berlagak alim besar menghentam ulama-ulama silam yang tidak selairan dengannya sambil menyeru masyarakat menentang amalan-amalan yang sudah mantap dalam masyarakat sedangkan amalan itu adalah merupakan khilaf yang lama.



Pilihan dan Hormat

Saya hanya mengongsi dapatan dari kajian saya dan rakan-rakan saya.
Saya tidak bermaksud menggalakkan atau menegah anda dari membuat pelaburan di ASB.

Terpulang kepada anda untuk berpegang pada fatwa yang mana.
Kerana semua fatwa bukan dibuat dengan sambil lewa. 
Ulamak telah menggunakan pendekatan paling terperinci di dalam mengijtihad hukum ini.

Yang paling penting, pulang kepada adab terhadap khilaf ini.
Hormat pandangan ulamak tersebut, hormat pengikut pandangan ulamak tersebut dan jangan memaksa orang lain menerima pandangan kita pada perkara yang ada khilaf ini.

terima kasih kepada Leeya, Atie dan Herni yang merupakan ahli kumpulan saya bagi tugasan ini. Kredit kepada mereka juga.

Wallahu a'lam

Share:

18 ulasan:

Izzul Syazani berkata...

Hmmmm.....not sure ASB bagus ke tidak. ROI nya sikit

yusli dollah berkata...

Bacalah penjelasan dari Ustaz Zaharuddin Abd Rahman....insyaallah akan faham....lepas tu buatlah keputusan...

Tanpa Nama berkata...

Assalam,

Tuan tanah, ada perkara jelas halalnya, ada yang jelas haramnya dan ada yang tidak jelas di antara kedua-duanya (syubhat). Dalam keadaan itu, meninggalkan perkara tersebut adalah lebih baik.

Tetapi, apa yang ingin saya kongsikan adalah dilema Kerajaan dalam membantu masyarakat bumiputera yang kebanyakannya kurang berdaya saing dan kurang pragmatik.

Dalam situasi semasa, banyak dana keusahawanan disediakan untuk masyarakat bumiputera. Bagi mereka yang tidak terlibat dengan bidang keusahawanan (ini majoriti masyarakat bumiputera, mereka lebih suka play safe. Tak percaya tanya pak cik makcik apa kerjaya pilihan, confirm ramai yang kata kerja di sektor kerajaan), kerajaan perlu menyediakan satu instrumen simpanan yang boleh memberi pulangan yang baik supaya menjadi batu loncatan kepada masyarakat bumiputera untuk memajukan diri.

Dalam hal yang sama, ini adalah satu kaedah berkongsi atau mengagihkan kekayaan kepada rakyat terutama yang kurang mampu berdikari.

Jadi berbalik kepada isu yang saya sebutkan di permulaan komen saya, dilema kerajaan. Pertama masyarakat bumiputera yang kurang berdaya saing dan kedua pilihan yang kerajaan ada untuk mewujudkan satu instrumen simpanan yang boleh memberi pulangan yang baik.

Saya tidak mahu mengulas panjang isu pertama. Namun, bagi isu kedua, adakah kerajaan mempunyai pilihan untuk melabur dengan syarikat yang 100% patuh syariah sedangkan umat islam yang berniaga dan memiliki syarikat besar boleh dibilang dengan jari? Bukan sahaja di malaysia, malah di seluruh dunia. Sekiramya mereka yang mengusai perniagaan adalah orang bukan islam, sudah tentulah sukar untuk kerajaan melaburkan dana asb kepada syarikat yang patuh syariah.

Sedarlah, instrumen simpanan atau pelaburan yang dikatakan patuh syariah juga bukanlah mesti 100% syariah, tetapi melepasi tahap peratusan tertentu sahaja. Yang sedihnya, instrumen yang dijaja patuh syariah oleh perunding kewangan islam ini adalah milik orang bukan islam. Mudahnya umat islam diperkotak-katik.

Kesimpulannya, terpulang kepada diri masing-masing samada ingin melabur atau tidak di dalam pelaburan asb, tepuk dada tanya iman. Kita ada al quran, hadis dan ijmak ulama, terpulang. Tetapi yang lebih penting adalah umat islam perlu sedar kewajipan untuk menguasai ekonomi. Jangan selesa menjadi kuli kepada orang bukan islam dan pada masa yang sama ingin menjadi pemimpin kepada mereka di negara kita hanya kerana kita majoriti.

Jalankanlah tanggungjawab kita sebagai umat islam dan pendakwah untuk menyebarkan agama islam yang syumul dengan pelbagai kaedah termasuk melalui ekonomi dan perniagaan.

Terima kasih tuan tanah.

Wallahualam

Ahmad Khairani Hashim berkata...

ROInya sangat tinggi jika betul kaedah yg tuan guna.

Sy dpt purata 25% tahunan. Plg rendah 18.1% thn 2011. Plg tinggi 43.6% thn 2013.

Belajar la teknik yg betul.

Ahmad Khairani Hashim berkata...

Puan Rohaniah Noor, terima kasih atas perkongsian ini.

Indahnya hidup bersyariat

Who are we berkata...

MasyaAllah, thabnks for your efforts completing your dip Lanjutan paperwork. At least this is a good sharing & very beneficial.
Yes, terfikir a good point that you put it together.
"ASB dana yg besar, maka Bank Islam saja tak mampu kerana ada hadnya untuk menjadi pemegang dana ASB".
Jadi, saya rasa ASB sudah "gave efforts" dgn memilih Bank Islam tetapi terpaksa ke Maybank yg selebihnya...
Kes ini saya rasa...macam bila anda berada di luar negara yg payah nak makan ayam halal, tetapi anda sedaya upaya mencari ikan dan ikan pula tidak menjadi makanan biasa bagi masyarakat di tempat anda berada. Jadi anda tiada pilihan untuk mengalas perut. Jadi anda makan hanya sedikit ayam yg di jual (bukan dgn menjadikannya 70-80% makan tidak halal) tetapi hanya 20% menu anda adalah ayam tidak halal kerana darurat. Remember anda telah berusaha mencari ikan/telur (sumber protein).
Saya juga terbaca dlm FB kenalan yg posting surat yg diterima drp Ust Zaharuddin. Tetapi kita kena tanya siapakah yg membuat keputusan atau menjawab surat ustaz. Jika di tanya adakah orang yg menjawab surat itu nyatakan dalam percentage berapa banyak yg tidak comply syariah? tidak pula dinyatakan mengapa ada di bank konvensional? Inilah yg penting kalau kita ikutkan adab2 musyawarah sesama. Surat sahaja tidak cukup bagi saya. Saya bukan cuba challenge ustaz tetapi saya mahu lontarkan idea untuk duduk sesama para ulamak dan juga para decision maker in ASB division. Dari situ saya rasa akan lahir sesuatu InsyaAllah.


Nasaruddin Hanafi berkata...

Macam mana tu? Buleh share?
nasaruh1973@gmail.com

Nasaruddin Hanafi berkata...

Macam mana tu? Buleh share?
nasaruh1973@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Pendapat peribadi saya berdasarkan ulasan Dr. Zaharuddin, Dr. Asri Zainal Abidin dan Ustaz Azhar Idrus ada disini - http://anonym0053.wordpress.com/2014/01/08/hukum-pelabura…bumiputera-asb/ ‎

Ahmad Khairani Hashim berkata...

Dh lama tips2 dikongsi di forum himpunan teknik loan asb di carigold. Percuma dan ramai otai sedia bantu dlm soal jawab.

Sy pon ada buat rumusan sy sendiri utk perkongsian lbh berstruktur mengikut topik di kentzigebruang.blogspot.com

Ahmad Khairani Hashim berkata...

Dh lama tips2 dikongsi di forum himpunan teknik loan asb di carigold. Percuma dan ramai otai sedia bantu dlm soal jawab.

Sy pon ada buat rumusan sy sendiri utk perkongsian lbh berstruktur mengikut topik di kentzigebruang.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Perbezaan pendapat dalam Hukum apa pun sebenarnya perkara biasa. Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan Harus ada sebabnya dan Panel Syariah SC putuskan Haram pun ada sebabnya. Macam rukun dalam sembahyang pun, empat Imam besar, Hanafi, Hambali, Maliki dan Syafie semua berbeza dalam rukun tertentu dan sepakat dalam rukun tertentu. Masing2 mempunyai pendapat yang disandarkan pada nas2 tertentu. Kesemuanya betul. Ikut yang mana kita nak pegang.

Disini ada ulasan daripada tiga Tokoh ilmuan Islam di Malaysia tentang Pelaburan ASB. Dr. Zaharuddin Abdul Rahman, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin dan Ustaz Azhar Idrus :

http://anonym0053.wordpress.com/2014/01/08/hukum-pelaburan-amanah-saham-bumiputera-asb/

sabrina berkata...

saya tanya pegawai maybank sendiri, dan katanya oleh sebab pengeluaran besar besaran oleh sesetengah pelabur asb, maka maybank telah menolak pelaburan asb diuruskan sepenuhnya oleh maybank islamic...
wallahualam

hasan Salman berkata...

Salam Saudara2 semua,

Saya telah lama bekerja dengan Kerajaan dan saya kurang pasti sama ada gaji saya dibayar menggunakan hasil cukai arak, judi dan lain2 yg haram. Ada sesiapa yg tahu.?
Sama juga kalau kita kerja dengan Bank dan mana2 juga Majikan yg punca kewangan mereka adalah haram. Ada Ulama kata tinggalkan saja kerja itu dan cari kerja lain..boleh ker?

gadis Semalu berkata...

Terima kasih kepada Puan Rohaniah Noor atas perkongsian ini. Sebelum ini saya juga ragu-ragu dengan status halal haram ASB, sekarang sudah sedikit jelas berkaitan perbezaan fatwa yang dikeluarkan.

ASB Club berkata...

Sedikit pendapat berkenaan topik ini:

http://asbclub4u.blogspot.com/2014/12/hukum-pelaburan-asnasb.html

London Lending berkata...

Pernah dengar syarikat London Pinjaman dan peminjaman yang popular? Ini adalah sebuah syarikat pinjaman yang bekerja pada yang menakjubkan kadar faedah 2.5% ke atas pinjaman. Kami memberi pinjaman daripada 10,000 kepada 300000000. Kami mempunyai tempoh pinjaman maksimum yang selesa 50 tahun dan kami beroperasi pelan terbuka mengira ke atas pinjaman. Kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kereta, dan lain-lain
Kami masih dikenali di seluruh dunia untuk maklum balas yang cepat dan penghantaran cepat. Oleh kerana kita ditubuhkan pada tahun 2000, kami kini beroperasi di lebih 4 benua di dunia, maka di mana sahaja anda berada, kami akan membawa anda pinjaman dengan mudah. Anda perlu pinjaman? adalah
anda menganggur dan memerlukan pinjaman? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk keadaan kesihatan kecemasan? Apa jua keperluan untuk wang, kita akan memegang tangan dengan anda untuk membuat dan mengambil beban yang lebih ringan.

Hubungi kami sekarang melalui londonloansandlendingcompany@gmail.com

Qaisara Ann berkata...

Sallam.. Saya ingin bertanya. Melalui pembacaan saya, pelaburan asb / asn ni ada hukum2nya yang tersendiri. Bagaimana kalau kita menyimpan di dalam asb secara bulanan mengikut apa yang kita mampu adakah ini turut dikategorikan sebagai pelaburan atau tidak. Bantu sy kerana sy kurang jelas.

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog