Gaya rumah orang Eropah, gaya wang mengalir ke poket


Hari ini saya ingin berkongsi mengenai bagaimana orang Eropah menjana wang pasif dari rumah yang mereka duduk.

Malaysia

kebiasaan di Malaysia, jika kita ada sebidang tanah lot rumah, kita akan bina sebuah rumah.
sama ada kita sewakan atau duduk sendiri.

Katakan kita mahu duduk sendiri, kita akan bina sebuah rumah mengikut bajet sendiri.
Kalau zaman dulu, orang bina sebuah rumah kampung.
Kalau zaman sekarang, orang bina rumah banglo.
Ada bajet kecil, mungkin bina sebuah rumah kecil setingkat.
Jika ada bajet besar, akan bina satu banglo besar dua tingkat.

Kalau lalu kat taman perumahan, dari penampilan rumah dah boleh agak orang tu berada atau tidak.
Rumah cikgu, lain..
rumah doktor lebih besar
rumah petani, kecil sahaja.

Kemudian, jika kita nak beli rumah untuk pelaburan, kita akan beli rumah lain.
Susah betul nak jumpa pemilik tanah lot yang gabungkan rumah kediaman dan rumah pelaburan bersama.

Eropah

Tetapi sangat berbeza dengan apa yang saya nampak di Eropah
Orang di sana sangat bijak dalam membina pelbagai punca pendapatan serta pendapatan pasif

Apabila mereka ada sebidang tanah kediaman, mereka akan bina satu bangunan rumah dalam 3 atau 4 tingkat.
Satu tingkat mereka duduk, tingkat lain mereka sewakan.
Jika tanah mereka besar, mereka akan buat dua unit rumah dalam satu tingkat.
Jika tanah kecil, cukuplah satu tingkat satu unit rumah.

Ini contoh rumah di Jerman.



Bentuk dan saiz rumah yang hampir sama, menyebabkan kita tak tahu mana rumah orang kaya, sederhana atau miskin.
Semua nampak hampir sama.

Perhatikan juga bumbung mereka.
Jika anda lihat ada tingkap di bumbung, bermakna masih ada satu tingkat lagi di situ.

Ini pula di Perancis

Rumah-rumah di Strasbourg dan Mulhouse, Perancis lebih bersaiz kecil-kecil dan seunit-seunit.
Biasanya ada 2 tingkat sahaja.




Di Belanda juga  menarik.
Jika lot tanah sahaja, mereka bina rumah beberapa tingkat dan disewakan seperti yang saya kongsikan di atas.
Tapi jika mereka punya satu kebun atau ladang pertanian, mereka akan pelbagaikan sumber pendapatan di tanah tersebut.
Dah pasti ada tanaman, tapi ada juga penternakan lembu, kambing, kambing biri-biri, ayam, itik dan keldai untuk membantu kerja.
Selain itu, mereka membina beberapa unit rumah penginapan berteres.
Rumah ini dijadikan homestay dan diiklankan di internet.
Maka, pelancong luar negara yang ingin merasai pengalaman di perkampungan Belanda pasti tertarik untuk tinggal di sana.
Termasuklah kami ni... hehehe
Kami menginap di Appartementen Rijnhoeve, Leiden di Belanda.

Appartementen Rijnhoev
beberapa rumah penginapan kelihatan di belakang

lembu disimpan dalam kandang sebab masih musim sejuk di luar

keldai ini sangat comel dan mesra pengunjung
Boleh juga baca mengenai perkongsian ini DI SINI.


Switzerland

Di switzerland, kecantikan pergunungan Alps menjadi daya tarikan utama.
Maka tarikan pelancong sangat kuat di sana.
Maka pemilik-pemilik rumah akan membina bangunan kediaman yang mempunyai beberapa unit rumah juga.
Kemudian dijadikan penginapan ala-ala homestay

Di hotel yang kami tinggal, pemilik membina dua bangunan.
Bangunan yang kami inap sahaja ada tiga tingkat
Setiap tingkat ada 3 unit.
Maka semua sekali 9 unit dalam satu bangunan.
Belum kita bangunan sebelah lagi yang bersambung dengan bangunan ini.



kami tinggal di bangunan ini yang bersambung dengan bangunan dalam gambar di atas

Rumah lain di swiss
Maka dengan ini, bayangkan betapa beruntungnya mereka
Mengamalkan gaya hidup sederhana, buat rumah yang sederhana tapi boleh menjana wang pasif seumur hidup
Setiap bulan mereka mengutip wang sewa di bangunan kediaman yang mereka duduk sendiri.
kagum saya.

Setiap keluarga hanya ada sebuah kereta sahaja. Itu pun bukan kereta baru.
Sudahlah harga kereta murah di sana.
Nanti saya sambung mengenai harga kereta pula.

Mereka tidak bekerja bermati-matian seperti orang Asia
Semua kedai termasuk kompleks membeli belah akan ditutup pada hari Ahad dan hari cuti umum.
Sabtu pun buka setengah hari sahaja atau hingga jam 7 malam jika shopping komplex.

Mereka lebih utamakan kelesesaan, rehat dan masa untuk keluarga.

Kemaskini:
Sambungan artikel ini DI SINI dan DI SINI.
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog