Gaya orang Jerman: Harga kereta murah wooo

Menyambung kisah pengembaraan saya ke Eropah DI SINI dan DI SINI.
Hari ini saya ingin kongsikan kisah kereta pula.

Malaysia 

Di Malaysia,  29,338 kes iaitu 25% daripada 116,379 kes rakyat Malaysia benkrap adalah kerana hutang kereta.
Ini statistik sejak 2005 hingga April 2012, dilaporkan di Dewan Rakyat.

Puncanya?
Harga kereta di Malaysia sangat mahal, sedangkan pengangkutan awam sangat mendukacitakan.
Sudahlah begitu, rakyat Malaysia tidak menganggap kereta sebagai alat membawa Point A ke Point B sahaja
Sebaliknya bagi mereka, kereta itu teman lelaki / teman wanita mereka.
Kereta itu simbol 'kejayaan' dan 'kekayaan' mereka.
Maka walaupun kereta berharga hampir 50K, lebih 50K atau lebih 100K pun bagi mereka ia patut dibeli.
Beli rumah kemudian tak mengapa.

Disebabkan inilah. lebih 70% rakyat Malaysia menghabiskan separuh dari pendapatan mereka untuk membayar hutang kereta.

Sudahnya, bila perbelanjaan tak mencukupi atau ada masalah dengan punca pendapatan, hutang tak berbayar.
Simpanan memang dah sedikit.
Itu yang ramai bankrap.

Untuk perbandingan, gaji fresh graduate di Malaysia adalah lebih kurang RM 1500 - RM 2200 sebulan, bermakna dalam 18,000 - 26,400 setahun.

Jika membeli MyVi pun sebulan dah bayar lebih kurang RM 500++ untuk 7 tahun pinjaman.
Kalau Myvi terpakai pun

Jerman

Bagaimana keadaannya pula di Jerman?

Di jerman, gaji fresh graduate lebih kurang €30,000 setahun bersamaan  €2500 sebulan.
Kalau tukar ke RM, wowww
RM 10,000++ sebulan.

Di Jerman, kereta buatan negara sendiri dan negara Eropah sangat popular.
Dari pemerhatian saya di sana, boleh dikatakan 95% adalah kereta Eropah.
WolksWagen, Renault, Citroen, Alfa Romeo antara kereta yang popular di sini.
Hanya satu dua buah kereta sahaja yang saya lihat berjenama Jepun dan Korea iaitu Toyota, Daihatsu dan Hyundai.


Cuba kita lihat berapa harga kereta di sana?

Saya ada ke kedai kereta terpakai di Duisburg, Jerman dan ini yang dapat saya kongsikan/

Toyota Yaris 1.0 ini dijual dengan harga €2,999 sahaja

 


Toyota Yaris 1.4 ini pula dijual dengan harga €3,449





Mercedes Benz C 200 ini hanya dijual dengan harga €3,450 sahaja



Peugeot ini masih nampak seperti baru. Masih sangat cantik. Cuma €5450 sahaja



Audi A3 1.6 ni pun cuma €2,950 sahaja. Besar dan nampak masih baru.




Kalau nak nampak sporty sikit,belilah yang ni. Mitsubishi Eclipse 2 pintu dengan bumbung yang boleh dibuka. 
Harga €9,950.




Tapi kalau fresh grad yang cuma nak kereta untuk bergerak dan bersiar-siar, boleh lah beli kereta ni. 
Peugeot 206 baru €1,750



Sebenarnya ada banyak lagi kereta terpakai pada harga kurang dari €2,000 tapi saya cuma ambil satu contoh  sahaja di sini.

Walaupun ini harga kereta terpakai, tapi harga kereta baru pun tak mahal sangat cuma saya tak dapat ke galeri kereta baru sahaja.

Mari kita banding semula harga kereta dengan purata gaji fresh graduate mereka.
Ini jelas menunjukkan bahawa orang Eropah boleh beli kereta dengan cash.

Kalau Peugeot dan kereta lain yang kurang dari €2000 tu, maknanya tak sampai sebulan gaji dah boleh beli kereta.
Kalau nak yang nampak baru sikit atau kereta baru, mungkin wang gaji 2 bulan atau simpan beberapa bulan sahaja.
Tak perlu buat hutang banyak-banyak sampai bayaran ansurannya separuh dari gaji untuk 7 atau 9 tahun

Ingat lagi tak perkongsian saya INI.
saya katakan, orang di sana tak mengejar wang sangat.
Mereka pandai menjana pendapatan pasif
Dan satu rumah cuma ada satu kereta. itu pun kereta terpakai atau kereta lama.
Sebab biasanya mereka gunakan kereta untuk bersiar-siar atau melancong sahaja.

Bila hutang kurang atau tak ada, barang-barang keperluan pula murah.. memang la hidup tak stress sangat.
Berniaga pun boleh tutup kedai pada hari Ahad dan cuti umum. Sabtu setengah hari.

Jika ini berlaku di Malaysia, mungkin kadar rakyat Malaysia yang bankrap kerana pinjaman kereta akan berkurangan.
Tak sampai 25%.

Kalau harga kereta murah, nanti lebih banyak kereta atas jalan?
Nanti lagi jem?

Yang saya nampak di Jerman tak begitu.
Kereta murah pun, satu rumah cuma satu kereta.
Kereta tak banyak pun. Orang tak berlumba beli kereta.

Kenapa?
Pertama, sebab pengetahuan kewangan peribadi mereka bagus.
Kedua? haa.. yang ni saya akan ceritakan dalam artikel berikutnya.

eh jap.. nak sambung sikit lagi.
Di Jerman, banyak kereta sedan dan kompak. 
Tapi di Rome, boleh dikatakan 90% adalah kereta kompak.

Zassss!
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog