Rumahku syurgaku, punggungku kematu

Malam tadi saya terima satu soalan menarik dari rakan Facebook saya.
Untuk manfaat bersama, saya kongsikan soalan dan jawapan itu di sini tapi identiti rakan tersebut dirahsiakan.

Soalannya berbunyi lebih begini

salam. puan..
saya mohon pendapat puan tentang bandar AKADEMIA. lenggeng .N9. harga 276k
Saya kerja pulau meranti . puchong.
jarak dgn akademia . lebih kurang 55km..
saya ingin membeli rumah untuk tinggal sendiri. dan jual. adakah akademia berpotensi untuk pelaburan..
atau ada yg lebih sesuai dari akademia.

Jawapan saya, (saya ada tambah sedikit point-point yang tertinggal)
waalaikum salam..
kalau tuan nak beli untuk tinggal sendiri, jangan fikirkan aspek pelaburan. fikirkan, sesuai ke nak ulang alik 55 km satu perjalanan bersamaan dgn 110km satu hari ke tempat kerja. ekonomik ke?
ada sekolah ke kat situ untuk anak-anak? ada pasar atau kedai tak untuk membeli barang? macamana dengan aspek keselamatan? macamana dengan jiran-jiran di situ? selesa tak tuan nak tinggal dalam persekitaran begitu?
jangan campur aduk penilaian utk pelaburan dan penilaian utk tinggal sendiri

Jawapan balas beliau

owh.camtu. saya rasa terlalu jauh. 110km. . dan tempat tu baru serta masih belum ada sekolah. paling dekat pun semenyih..
sekarang ni saya buntu nak buat pilihan.. sekarang saya tinggal sg. buloh. wife pun kerja guru di sg buloh. dan saya kerja puchong. kebanyakkan di puchong leashold. .

Jawapan saya lagi (sekali lagi saya ada tambah sedikit point yang tertinggal semalam):

Tuan, carilah rumah di tengah-tengah antara sg buloh dan puchong. Yang harganya di dalam kemampuan tuan. Ia mestilah sesuai utk didiami, selesa dan memudahkan semua ahli keluarga tuan. Yang ada semua kemudahan asas yang tuan perlukan dan kejiranan yang baik dan selamat. Itu paling utama.

Kesimpulannya:
membeli rumah untuk kediaman sendiri ni kriteria pemilihannya yang sangat berbeza dengan membeli rumah untuk pelaburan.
Jangan keliru, jangan tercampur aduk.
Kebajikan, keselesaan, keselamatan dan kemudahan diri dan keluarga adalah aspek yang perlu dilihat.
Tapi yang penting, harganya di dalam kelayakan dan kemampuan anda.

Sanggup ke beli rumah lebih murah
tapi terpaksa berulang alik dengan motorsikal jauh-jauh sampai punggung naik kematu?

kalau naik kereta pun, cuba kira berapa kos minyak dan tol sebulan
dan masa yang diambil untuk mengharung kesesakan lalu lintas.

kalau beli rumah yang lebih murah tapi terpaksa memperuntukkan
- RM 88 sebulan tol  (jika tol sehari rm2 satu perjalanan x 22 hari x pergi balik)
- dan RM 400 sebulan untuk petrol
adakah berbaloi?

Namun sekiranya anda bercita-cita untuk membeli rumah untuk pelaburan juga satu hari nanti
jangan pula beli rumah untuk kediaman sendiri yang mana harganya sampai mencecah kelayakan maksima anda dan pasangan
jangan pula sampai buat pinjaman bersama (joint loan) dan gunakan maksima kelayakan kedua-duanya

Simpanlah sedikit kelayakan pinjaman itu untuk rumah pelaburan anda nanti
Kalau dah perhabis kali ini, macamana bank nak luluskan pinjaman lagi di masa depan, kan?

Kecualilah jika anda ada kenaikan pendapatan yang sangat tinggi selepas ini
:)
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog