nak ebook pelaburan hartanah pertama saya?

Ramai yang tertanya-tanya, betul ke saya dah ada ebook pertama?
macamana nak dapatkannya?

Ya kawan-kawan. benar saya ada keluarkan satu ebook pertama dalam sejarah saya.
ebook ringkas yang bertajuk WANG BESAR dalam Pelaburan Hartanah.

ya, ebook ni memang ringkas.
Di dalamnya saya kongsikan 6 strategi untuk jana wang besar melalui pelaburan hartanah.
percubaan pertama menulis ebook, memang banyak kelemahan.

Alhamdulillah ada encik Shaiful dan en Yusof yang tolong tegur mana2 ejaan yang salah.
Maka saya cepat-cepat buat perubahan dan upload semula.

Terbaru, ctfarazila kata saiz font saya telalu kecil.
Kesian kalau orang yang sedikit rabun nak membacanya.
Pun saya dah besarkan sedikit saiz font tu dan upload semula.

Terima kasih kawan-kawan yang bantu proof reading dan bagi komen-komen membina ni.

ebook ni saya edarkan percuma kepada rakan-rakan semua
Cara nak dapatkannya mudah sahaja.

Isi borang langganan yang ada di sebelah kanan blog ni.
Nanti anda akan terima satu emel pengesahan. Klik lah ACCEPT.



Kemudian nanti anda akan terima satu lagi emel yang akan beri url ebook ini.
Boleh lah baca atau download dari situ.

Dengan mengisi borang ini juga, anda telah melanggan blog ini.
Perancangan saya, kawan-kawan akan terima penulisan dalaman saya nanti serta artikel-artikel terkini di blog yang akan saya highlightkan.

Tapi jika lepas anda mengisi borang tu, tidak terima sebarang emel dari kami, mungkin ada yang tak kena sama ada pada sistem atau pada capaian internet pada waktu itu.
KAlau berlaku kes sebigini, tolong bgtau saya ya dan tinggalkan alamat emel supaya saya boleh ambil tindakan segera.

Pertama kali juga setup benda-benda begini.. memang terkial-kial dibuatnya.

Terima kasih banyak kepada semua kawan-kawan yang membaca blog saya dan juga membaca ebook ini.
Sekurang-kurangnay takde la saya ni mcm syok sendiri.. sendiri tulis, sendiri baca sorang2

terima kasih :)
1