bagaimana beli rumah no money down?

Rakan saya Siti Z memohon untuk saya kongsikan panduan ringkas Bagaimana untuk Membeli Hartanah secara No Money Down.

Sebenarnya untuk menulis dan menerangkan dengan terperinci bagaimana caranya, ia memerlukan satu buku setebal paling kurang 50 muka surat.
Namun saya telah berjanji kepada Siti Z untuk meringkaskannya supaya dijadikan panduan asas.

Bagaimana nak membeli hartanah dengan No Money Down?

Apa itu No Money Down sebenarnya?
saya tidak tahu definisi buku atau definisi pakar lain tetapi bagi saya membeli hartanah secara No Money Down adalah apabila anda tidak dapat membeli hartanah tanpa modal iaitu wang desposit.
Bukan sahaja tanpa modal, silap-silap anda boleh mendapat wang tunai pulak dari pembelian tersebut.

Betul ke tak ada modal?
Boleh beli dengan tanpa duit langsung ke?
jawapan saya, bolehh. Dah terbukti ramai yang berjaya beli tanpa keluar duit pun.

Tapi ada juga yang keluarkan sementara je modal tu, kemudian dapat balik.
contoh, keluarkan sementara 10K untuk deposit dan bayaran peguam, nanti bila dapat kunci rumah, kita dapat semula 18K.
Tolak dengan deposit dan bayaran peguam tu, maknanya dapat pulak lebihan 8k masuk dalam akaun bank.

ni saya bagi contoh 8k. ada orang lain boleh dapat 20k pun..
Tak ke meriah?


ok, bagaimana caranya tu, wahai sang penulis blog?

langkah-langkah ringkasnya begini, wahai kawan2 pembaca blog

1) Target kawasan yang anda ingin beli. Ini dinamakan mencari lombong

2) Tetapkan pula bajet harga rumah berapa yang anda ingin beli. Kemudian mula lah melombong dengan mencari rumah yang berada sekurang-kurangnya
- 10% di bawah harga pasaran, jika anda hanya ingin beli tanpa modal
- 20% di bawah harga pasaran, jika anda ingin beli tanpa modal dan dapat lebihan wang tunai
- 30% di bawah harga pasaran, jika anda ingin beli tanpa modal tetapi dah pun mempunyai 2 buah rumah yang masih ada pinjaman.

Kalau tanya saya mana yg terbaik, sudah pastilah 20% di bawah harga pasaran jika anda belum pun mempunyai 2 buah rumah. Sebab dah la dikira tak perlu keluar modal, siap dapat lebihan tunai lagi.

Macamana nak tahu hartanah tu di bawah harga pasaran?
ada 3 cara asas yg boleh digunakan

a) Perhatikan semua iklan rumah untuk dijual bagi rumah yang kita target tu. kalau purata jual 120K, tiba-tiba anda jumpa iklan jual 100K, anda tahu, penjual tu jual murah dan mungkin di bawah harga pasaran.
kena lah buat research dan ikuti iklan-iklan atau melawat kawasan tersebut mana tau ada signboard FOR SALE ya.

b) Tanya ejen hartanah yang mahir dan biasa di kawasan tersebut, ada tak rumah target anda yang nak dijual dengan harga yang lebih murah dari harga penilaian bank. Jika anda, minta dia menelefon anda dahulu.

c) Jika dah jumpa sama ada melalui cara pertama atau kedua, minta alamat penuh dan butiran rumah tersebut dari ejen atau penjual. Kemudian hubungi pegawai bank untuk tanya berapakah nilai pasaran maksima rumah tersebut.

3) Bila dah jumpa rumah yang di bawah harga  ni, bayar booking 2% dan minta kebenaran penjual untuk kita gunakan harga penialain bank di dalam s&p.  Jika perlu, cubalah berunding juga untuk mendapatkan sedikit diskaun. Katakan kita berjaya dapat harga jualan 96k

4) bila penjual dan bersetuju, dapatkan pinjaman atas harga penilaian bank tadi. contoh: 90% dari 120K = 108K

5) Tandatangan s&p atas atas harga penilaian (120K). Tandatangan juga perjanjian tambahan mengatakan harga jualan sebenar rumah adalah harga 96k. Bayar baki 8% deposit kepada penjual, kecuali penjual bersetuju untuk tidak perlu membayar baki ini.

6) Tandatangan perjanjian pinjaman rumah dan biarkan peguam menguruskan urusan tukar nama, disbursement dan sebagainya.

7) Bank kita disburse duit ke bank penjual bagi baki pinjaman penjual, jika ada. Katakan baki pinjaman beliau 50K, maka bank kita akan bayar ke bank penjual sebanyak 50K.

8) Bank kita keluarkan cek kepada peguam kita untuk baki harga jualan di atas s&p tadi selepas ditolak bayaran kepada bank penjual dari jumlah pinjaman. Dalam kes ini, cek yanag akan dikeluarkan adalah  adalah 108k - 50k.= 58K.
Baki sebenar atas harga jualan akan dibayar kepada penjual iaitu 96k - 50k (pinjaman) = 46K
Kita kemudiannya akan memperoleh baki selebihnya iaitu 58K - 46K = 12K
Wang 12K ini boleh lah digunakan untuk membayar hutang, membuat pengubahsuaian atau untuk membeli rumah seterusnya pula.


Ini hanya penduan ringkas.
Sebenarnya ada banyak teknik yang saya tidak dapat tulis secara umum di sini.
Anda kenalah hadir ke seminar anjuran kami untuk saya kongsikan tekniknya nanti :)

Harap Siti Z berpuas hati dengan panduan ringkas ini.

Satu lagi, saya ingin umumkan pemenang Biasiswa Kursus Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari.


Terima kasih diucapkan kepada semua penyertaan yang diterima.
Setelah juri meneliti dan mengadili berdasarkan kriteria penilaian, ini lah dia.. jeng jeng jeng,,,,

Senarai 5 org pemenang biasiswa adalah:

1) Rozi Saarey
2) Fhati Azait
3) Asyraf Effendi
4) Ain Farahati
5) Mazli Murshid

Tahniahhh!!!!!

Saya akan hubungi anda di Facebok pula ya nanti.. tunggu........

Kredit gambar: renjith krishnan / FreeDigitalPhotos.net
Share:

20 ulasan:

Derok berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Derok berkata...

Alhamdulillah..terima kasih..

tak sabar nak dengar apa yang akan dibincangkan nanti..




Asrul Effendi (Facebook name - Asyraf Effendi)

fareast berkata...

saya tak faham, kenapa bank cuma bayar rm50k kepada penjual?

Boleh mintak penjelasan.

narfey berkata...

@fareast:rm50k tu sebagai contoh. langkah no.7 tu dipanggil first disbursement. bank si pembeli akan membayar baki pinjaman perumahan kepada bank si penjual. dalam kes ni rm50k tu sebagai contoh. final disbursement yang penjual akan dapat untung(kalau ada la)- duit jualan selepas ditolak baki pinjaman.

rohaniah noor berkata...

huhu.. tadi saya ada typo sedikit. nak tulis "Katakan baki pinjaman beliau 50K" jadi "Katakan baki pinjaman beliau 70K". mana tak fareast pening dibuatnya.

anyway, terima kasih fareast dan narfey.

Derok, tahniah... nnt kita jumpa ya!

Derok berkata...

like

rohaniah noor berkata...

terima kasih derok

Razzo berkata...

Salam,

Nak tanya skit, berkaitan BNM ruling on LTV 70%.

Selain dr carik property 30% dr market value, apa lagi pilihan yg investor ada utk beli property with NO MONEYDOWN ?

Shall we consider setup up a company?
Or any other option ?

rohaniah noor berkata...

beli pakai nama org lain yg belum cukup kuota 2 rumah.

nanasweetgirl berkata...

nak makap harga lah ni... terlebih hutang pun susah juga.. kan x tertgg hutang... makin byk pinjam, makin menjulang interest.. erm...

mr.jawas berkata...

adakah kira-kira diatas mengabil kira kos guaman, mrta dan gov tax?

Razzo berkata...

Nanasweetgirl,
Tp kalau hutang dan semua interest tu penyewa kita yg bayar, apa salahnya....

cjb berkata...

salam, RHB x kan disburse loan atas firm lawyer snp.. Law diorg hnya disburse atas nama owner sahaja.. So ada risk skit dlm kes ni... Sbb duit dpt kt owner.. Klu owner hilangkan diri pas dpt cek disburse mmg masak la duit kita tu... Buat prjnjian pn ttp rasa ada risk..

Mohd Sazli berkata...

Salam..

Mohd Sazli berkata...

Salam.. Saya kurang faham dgn sedikit bahagian, dekat situ diberitahu bahawa kita akan mendapat loan 90%, jadi bila ditolak kan dgn bank sipenjual = 50k, jadi nye balance akan ada 58k.. Seperti yg diberitahu, bank pembeli akan memberi byaran kepada penjual dlm lingkungan cek, akan tetapi jumlah yg sepatutnya dibayar kepada penjual adalah = 46k sahaja. Persoalannya sekarang, bagaimana nk dpt kan 12k si pembeli td? Sedangkan cek diberikan terus kepada penjual?? Mohon penjelasan.. Terima kasih banyak2..

rohaniah noor berkata...

cjb, RHB tak sesuai. apply lah bank lain.

Mohd Sazli, hanya RHB sahaja yang disburse duit ke penjual terus. itu sebab RHB tak sesuai. Bank lain akan disburse ke peguam.

aeiryn aeirynaz berkata...

Leh x sy hubungi cik rohaniah...
Sng ckit nk tnyr n dptkn penjelasan..
Thanks

aeiryn aeirynaz berkata...

Leh x sy hubungi cik rohaniah...
Sng ckit nk tnyr n dptkn penjelasan..
Thanks

Mohamad Firdauz bin Ibrahim berkata...

As salam. Mohon kebenaran untuk share artikel ini di blog saya. tq

Laura Jacobs berkata...

Hello,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog