Masalah leaking di rumah teres dua tingkat. Puncanya rumah jiran?

Hari ni hari keenam Kawalan Pergerakan di Malaysia kan.
Rakyat Malaysia kesemuanya dikehendaki duduk di rumah sahaja.
Kecuali kakitangan di sesetengah industri yang dikategorikan penting
dan keluar rumah pun jika ada keperluan penting untuk membeli barang keperluan di rumah atau yang berkaitan dengan industri penting tadi.

Namun, apa yang saya nak cerita hari ni sebenarnya berlaku sebeluam partial lockdown ni.

Selalunya kalau dalam apartment, rumah atas bocor, yang kena orang rumah bawah.
Kalau rumah teres. lain pula.

Rumah ni penyewanya dah lambat bayar full deposit. Tak seperti dijanjikan.
Tapi rumah dah serah kunci.
Penyewa dah masuk.
Ini berlaku sebab owner setuju dengan syarat petang hari yang sama, baki deposit akan dibank in.
Tapi tak berlaku. Panjang ceritanya, saya kena cerita detail dalam posting lain.

Tapi ringkasannya, penyewa ni kemudian tak bayar sewa masuk bulan ketiga.
Kita hantar notis, dia tak kekuar-keluar.
Hantar mesej suruh keluar pun, dia reply nak keluar tapi bagilah masa.
Itu je alasannya.

Tiba-tiba dua minggu lepas tenant kata nak serah kunci.
Saya macam woww happy.
Good for owner.

Kemudian rupanya dia nak serah kunci sebab dinding bilik tidur, air keluar dari dinding.
Dinding lembab.





Bukan itu sahaja, rumah sebelah pun, air keluar berpunca dari rumah ini.
Air bocor ke rumah jiran sampai bilik air dan bilik tidur mereka basah dan air bergenang.
Kenapa jadi macam tu?

Jadi pada hari tenant nak serah kunci, saya sebagai agen rumah tu ajak owner sekali
tengok keadaan leaking tu dan puncanya.
Owner bawak kontraktor yang biasa baiki rumah ni
Owner rumah sebelah pun ada sekali.

Sampai di sana, jiran tu tunjukkan kami bilik air dan bilik tidur dia
Bilik air tu, airnya keluar dari dinding sampai bergenang
Bilik tidur pula, dinding lembab dan cat terkopek-kopek.
Syiling di aras bawah pun nampak lembab dan berkulat.

Jiran tu ingat, bocor kat rumah dia.
Jadi dia pun hack dinding dia di beberapa tempat yang dijangka mungkin berlaku kebocoran.
Habis syiling aras bawah dan beberapa dinding tempat penyambungan paip dah kena hack.





Tapi masalahnya, semuanya kering.
Tak ada bocor langsung.

Dia jem.
Tetiba terdengar bunyi air menitik di rumah sebelah, rumah client saya ni.
Adakah itu puncanya?

Jadi dia hubungi tenant ni.
Tenant ni pulak, sebenarnya dah jarang ada di rumah tu.
Bisnes kedai makan dia dah tutup. Pekerja dah ramai lari.
Cuma dia belum serah kunci sebab masih ada banyak barang lagi dalam rumah.

Jadi, bila tenant ada di rumah, jiran ni pun datang tengok rumah tu.
Bawak kontraktor dia sekali.
Ada satu bilik air di tingkat atas betul-betul bersebelahan dengan bilik air dia.
Air dari shower bilik air tu non stop menitik.
Mungkin sebab stokok paip bermasalah, jadi air shower terus menitik.



Kemudian, mereka dapati dinding di bilik tidur sebelah bilik air ni pun lembab.

Ada satu lagi bilik air di bilik master pun nampak bermasalah.
Dinding master bedroom juga lembab.
Syiling aras bawah yang betul-betul bawah bilik air master pun nampak lembab.
Cat dah terkopak. dah start berkulat juga.



Jadi kontraktor cadang, tutup dulu air di aras atas.
Kita tengok, kalau semua dinding rumah ni, serta dinding dan bilik air rumah jiran kering, maknanya betul puncanya dari bilik air rumah client saya ni.

Then lepas 2 minggu test, memang betul la.
Rumah jiran dah tak ada bocor dah.
Betul waterproof bilik air rumah client saya ni dah tak ok, ditambah dengan shower yang asyik menitik, buat rumah jiran bocor habis

Hadoi...
Kesian jiran ni.

Jadi bila dah jelas begini dan client saya pun bawak kontraktor dia, solution yang akan dilakukan adalah:
- buat semula waterproof bilik air ni
- buat juga waterproof di bilik air master
- repair stokok yang bermasalah
- cat balik dinding yang lembab apabila dinding kering semula sepenuhnya.

Jujurnya, sebagai orang yang tak duduk rumah teres, ini pertama kali saya jumpa kes sebegini
waterproof bilik air tak ok, menyebabkan leaking besar di rumah jiran.

Share:

Tiada ulasan:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog