Dividen KWSP 2020 mengecewakan?

Semalam satu Malaysia digemparkan dengan pengumuman dividen KWSP.
Dividen KWSP untuk tahun 2020.

Untuk simpanan konvensional, kadar dividen adalah 5.45%.
Manakala bagi simpanan syariah, kadar dividen sebanyak 5% sahaja.



Simpanan Islamik lagi rendah dari konvensional?
yup.
sebab konsep islamik tu sendiri, tak ada janji keuntungan kan. Ada untung, sama-sama untung. Ada rugi, sama-sama rugi.
Telus.

Kadar tahun ni lebih rendah dari tahun lepas dan tahun 2018 tau.
Tahun lepas, masih lebih cun.
Untuk simpanan konvensional, dapat lah 6.15%
untuk simpanan Syariah, dapat 5.90%

Tapi rendah sangat ke kadar dividen KWSP tahun 2020 ni?



Sebenarnya sejak 20 tahun lepas, kadar tertinggi adalah tahun 2017.
Kadarnya 6.9% untuk simpanan konvensional manakala 6.4% untuk simpanan syariah.

Kadar kedua tertinggi adalah pada tahun 2014.
Kadarnya 6.75% untuk simpanan konvensional.
Masa tu belum ada simpanan syariah lagi.

Kadar paling rendah adalah pada tahun 2002 iaitu 4.25% sahaja.

Jadi, kalau nak kaitkan kadar dividen KWSP dengan parti politik yang memerintah, saya nampak ia tak ada kaitan secara langsung.
Sebab masa zaman Pakatan dan BN memerintah, ia kadar pertama dan kedua tertinggi.

Kalau nak bandingkan kadar dividen ASB dengan pelaburan lain, ya... ia mungkin lebih menguntungkan berbanding sesetengah pelaburan lain.
Ia lebih menguntungkan berbanding ASB atau sesetengah pelaburan hartanah.
Jadi, kalau ada duit akaun 2 KWSP yang banyak, saya cadang jangan simpan sahaja di situ.
Gunakan untuk beli rumah yang bagus untuk pelaburan atau untuk masa depan ya.

Walaupun cash is king, tapi cash yang banyak diterima selepas pengeluaran penuh KWSP dikatakan biasanya habis dalam tempoh 3 tahun je.
Jadi, ketepikan sikit amaun tu dalam pembelian rumah yang solid, susah dicairkan tapi boleh memberi kenaikan harga yang bagus.

Share:

Tiada ulasan:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog