Apa nak kena buat selepas dah settlekan loan rumah?

Hari ni saya terbaca kawan peguam conveyancing saya berkongsi satu artikel menarik di Facebooknya.

Nama peguam tu adalah Murni Zabiri dari Murni & Co.

Jemput baca ya


******

APA NAK KENA BUAT SELEPAS ANDA SELESAIKAN PINJAMAN LOAN RUMAH


Apabila anda (sebagai Pemilik Hartanah) telah menyelesaikan keseluruhan pinjaman perumahan yang diambil semasa membeli rumah tersebut, anda perlu bertindak untuk melupuskan kepentingan Bank terhadap rumah tersebut.


1. Jika Hartanah tersebut telah mempunyai Geran (“Property With Title”)


“DISCHARGE OF CHARGE”

- Lantik Peguam untuk menyediakan Borang 16N dan menguruskan semua dokumen yang berkaitan

- Peguam akan menghantar Borang 16N untuk ditandatangani oleh Bank

- Bank akan menandatangani Borang 16N dan mengembalikan Borang 16N kepada Peguam bersama-sama dengan salinan Asal Geran dan Pendua Gadaian Borang 16A dll

- Peguam akan menyerahkan Borang 16N yang telah disetemkan kepada Pejabat Tanah untuk didaftarkan

- Apabila proses pendaftaran telah selesai, Peguam akan mengutip semula salinan Asal Geran (Nama Bank telah dipadamkan dari rekod) dan mengembalikan Geran tersebut kepada Pemilik Hartanah.



2. Jika Hartanah tersebut belum mempunyai Geran (“Property Without Title”)


“DEED OF RECEIPT AND REASSIGNMENT”

- Lantik Peguam untuk menyediakan “Deed of Receipt and Reassignment” dan menguruskan semua dokumen yang berkaitan

- Anda perlu menandatangani “Deed of Receipt and Reassignment” tersebut

- Peguam kemudiannya akan menghantar “Deed of Receipt and Reassignment” untuk ditandatangani oleh Bank

- Bank akan menandatangani “Deed of Receipt and Reassignment” dan mengembalikannya kepada Peguam bersama-sama dengan salinan Asal Loan Agreement/Deed of Assignment/Power of Attorney dll

- Peguam akan menyerahkan salinan Asal “Deed of Receipt and Reassignment” yang telah disetemkan ke Mahkamah Tinggi untuk pendaftaran membatalkan surat kuasa wakil

- Apabila proses pembatalan surat kuasa wakil selesai, Peguam akan menyerahkan satu salinan “Deed of Receipt and Reassignment” kepada Pemaju untuk simpanan dan rekod.

- Peguam akan menyerahkan salinan Asal “Deed of Receipt and Reassignment” kepada anda untuk simpanan.


Nota: Proses yang disenaraikan di atas hanyalah ringkasan daripada proses keseluruhan.



Murni Zabiri
#PeguamHartanah
#Murni&Co
Share:

Tiada ulasan:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Highlight

Pengeluaran RM500 KWSP sempena serangan Covid 19. Apa kesannya?

Masih lagi dalam Arahan Kawalan Pergerakan. Semalam Perdana Menteri kita membuat pengumuman, rakyat Malaysia boleh keluarkan wang dari aka...

Popular Posts

Translate Blog

Blog Archive

Arkib Blog