Kenapa perlu jual rumah?

Haaa... ramai orang kongsi macamana nak beli rumah kan.

Hari ni saya nak tulis macamana nak jual rumah.

Ok, mula-mula kita nak tau, kenapa nak jual rumah tu?

Ada beberapa sebab kenapa pemilik hartanah menjual rumahnya.




1) Malas nak layan perangai penyewa. 

Ni alasan glemer. Bukan semua orang sanggup layan karenah penyewa yang asyik komplen tapi sewa bayar lambat.
Ada juga sakit hati tengok rumah rosak lepas penyewa keluar. Terus patah hati rasa nak jual je rumah tu.
Bila kes begini, kalau rumah ni lambat terjual, owner kena sanggup bayar ansuran bulanan.
Sebab rumah kosong kan.
Nak jual mungkin makan masa beberapa bulan.
Dah dapat jual, kena tunggu 6-9 bulan pula untuk proses selesai.
Jadi, ok tak kalau bayar installment sepanjang beberapa bulan atau hampir setahun ni?


2) Rumah jauh dari lokasi sekarang

Ha... ni pesen masa beli dulu duduk KL. Lepas tu dah dapat pindah ke kampung kat Kedah.
Dah tak nak balik KL dah. Malas nak sewa, jual je la.

Kes begini, sementara nak jual, rumah boleh terus disewakan.
Namun dengan syarat, penyewa mestilah mahu bekerjasama tolong bukak pintu dan pagar rumah bila ada prospek buyer nak tengok rumah ni.


3) Beli rumah untuk anak tapi anak tak nak 

Haa.. bunyi macam eh, kenapa tak nak? Biar betul...
Tapi memang betul. Saya pernah jumpa kes sebegini.
Owner ada rumah teres kat Rawang. Kemudian ada rumah lain di Nilai dan sekarang dah settle down di Nilai.
Tak ada sorang anak pun nak duduk rumah kat Rawang tu. Malas nak sewakan.
Jadi, jual je la. Lagipun owner dah tua. Bila lagi nak rasa duit hasil rumah tu kan.


4) Beli rumah tu memang untuk jual balik

Ha.. ni memang pelabur hartanah lah.
Masa beli tu dah pasang niat, sahaja aku beli rumah ni untuk jualkan semula bila harga dah dapat value RMxxx ribu, kerana Allah Taala.
Tu yang bila harga dah naik ikut sasaran dia, rumah tu pun dijual.
Kalau ada baca ebook saya bertajuk Kerjasama: Alien Beli Rumah Non-Stop, saya ada cadangkan kalau beli rumah secara JV dengan orang lain, sasarkan pembelian ni untuk jangka pendek atau jangka sederhana.
Maknanya pegang 5 - 10 tahun sahaja. Lepas tu jual dan bahagikan keuntungan.
Sebab beli pakai JV atau beli atas nama orang lain ni, kalau simpan lama nanti boleh berisiko salah sorang meninggal dunia.
Leceh pula.



5) Nak jual sebab sewa tak untung atau harga tak naik sangat.

Yang ni, biasa juga berlaku. Ingatkan beli rumah ni untung.
Sekali rupanya tak untung.
Jadi dari sakit hati setiap bulan kena topup duit sendiri bayar installment, baik jual je la.
Just cover harga jual dan baki pinjaman dengan sedikit lebihan duit, dah cukup.
Kasi let go je. Tak perlu berkira untung tak cecah RM100K dah sebab yang penting, rumah terjual dan kita lepas dari bebanan top up sewa tadi.
Satu lagi kalau harga tak berapa naik pun, ada kalanya sakit hati juga.
Baik beli rumah kat lokasi lain yang lebih hot.
Tapi nak beli lagi, loan tak lepas pulak. Atau loan 70% kan.. tak cukup deposit.
Jadi, apa kata jual je rumah yang paling kurang menguntungkan tu untuk ganti dengan rumah lain.


6) Nak jual sebab installment dah tertunggak. Takut terlelong

Kes macamni, owner memang dah sesak dah bayar bank.
Mungkin bisnes bermasalah, mungkin kena buang kerja atau mungkin beli dengan joint loan tapi kemudian bercerai-berai.
Nak biarkan terlelong, nanti nama kena blacklist pula.
Owner ada cita-cita nak beli rumah baru.
Jadi, dari dibiarkan terlelong, baik cepat jualkan rumah tu.


7) Nak pakai duit

Harga rumah dah naik lama. Ada pula keperluan nak pakai duit banyak.
Mungkin nak kahwinkan anak.. atau nak kahwin lagi... atau nak bayar hutang personal loan... atau apa-apa perkara lain yang memerlukan duit.
Jadi, jual lah rumah ni. Dapat duit untung, pakai la untuk tampung keperluan tadi.
Kalau keperluan nak pakai duit tu tak mendesak, boleh jual rileks-rileks.
Tapi kalau keperluan mendesak dan nak duit cepat, dalam keadaan pasaran hartanah yang mendung begini, saya cadang jual lebih murah dari harga pasaran.
Kemudian untuk cepatkan lagi jual, bagi kebenaran buyer beli dengan deposit lebih rendah dari standard 10%.

8) Owner nak migrate ke luar negara

Yang ni, owner memang sayang rumah tu.
Tapi disebabkan mereka nak migrate ke luar negara, mereka terpaksa jual je lebihan rumah yang ada.
ya.. lebihan rumah.

Maknanya kalau setakat ada satu rumah, mungkin owner tak jualkan rumah mereka.
Tapi bila ada lebih dari satu, rumah kedua dan ke atas tu yang mereka nak jual.
Yelah... nak migrate ni pakai duit juga.
Nanti dah di negara lain, masih terikat dengan beberapa pinjaman rumah di Malaysia.
Jadi, baik letgo lebihan rumah dan simpan at least satu.
Boleh la tidur situ kalau balik Malaysia nanti.


***

Ha ni antara sebab kenapa pemilik rumah nak jual rumah mereka.

Alasan pertama dan kelima, pemilik rumah biasanya tak desperate nak jual. Jadi, pemilik rumah boleh tunggu untuk dapat pembeli yang mahu beli pada harga yang diharapkan.

Tapi kalau alasan ke6, ke7 dan ke8, biasanya owner kena jual cepat.
Nak jual cepat, kena la jual lebih rendah dari harga pasaran.
kalau tak, mungkin ambik masa 6 bulan ke setahun baru dapat jual.
Bergantung kepada berapa hot rumah anda.

Jadi, adakah anda ada dalam salah satu situasi di atas?



Share:

Tiada ulasan:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog