• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Belanjawan 2018: Dari Perspektif Hartanah dan Kewangan Peribadi

Belanjawan 2019

Wowww.. dah lama tak dengar perkataan Belanjawan kan. Dah banyak tahun sejak pentadbiran Tun M yang pertama kali dulu, Tun M gunakan perkataan Bajet.
Tapi kali ni sempena Malaysia Baru, Tun M sendiri kembalikan perkataan Belanjawan.
Saya suka kerana Bahasa Melayu ada perkataan sendiri. Tak perlu import perkataan Budget dan jadikan Bajet lagi.

Baik, apa yang ada dalam Belanjawan 2019 kali ini untuk bidang hartanah dan kewangan peribadi?



OK, kita tengok dari segi HARTANAH dulu ya.


1. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau Real Property Gain Tax (RPGT) 

CKHT bagi hartanah yang dilupuskan pada tahun keenam dan ke atas.
- untuk pemilik yang terdiri dari syarikat dan bukan warganegara, CKHT akan dinaikkan dari 5% ke 10% dari keuntungan
- untuk pemilik individu warganegara, CKHT dinaikkan ke kadar  0% ke 5% dari keuntungan.

Maknanya kalau sebelum ni, owner rumah yang rakyat Malaysia , gigih tunggu cukup masuk tahun keenam baru nak jual. Sebab tak mau bayar CKHT.
Tapi tahun depan tidak lagi.... kena bayar juga ya...

Kecuali... haa.. ada pengecualian kepada rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah mampu milik yang berharga di bawah RM200,000.
Jual tiga jenis rumah ni tak perlu bayar CKHT.

Macamana cara kalau nak lari dari CKHT?
1) jual segera. Mesti kena sign SPA sebelum atau pada 31 Disember 2018
2) Gunakan pengecualian pembayaran CKHT sekali seumur hidup.
3) Jual pada anak, bapa atau emak.
4) Jual kepada cash buyer. letak harga kat SPA tu harga yang sama dengan harga masa beli tu dulu.
5) Flipper boleh fokus beli rumah low cost atau low medium cost dari lelongan sahaja dan jual balik. Sebab rumah ni tak kena bayar CKHT kan.
6) Jangan jual lagi. Tunggu kot Belanjawan 2020 atau Belanjawan 2021 kadar CKHT turun balik. Mana tau... eheheh


2. Perumahan untuk Semua

- Peruntukan sebanyak RM1.5 billion untuk Program Perumahan Rakyat, Perumahan Penjawat Awam Malaysia, PR1MA dan SPNB untuk membekalkan rumah mampu milik pada rakyat Malaysia.

Bagi saya, projek begini bagus untuk pembeli rumah pertama.
Sebab harganya lebih murah dari harga pasaran di kawasan yang sama.
Cuma, pembekalan rumah begini telah menjejaskan pasaran subsale. Kesannya dah nampak sekarang selepas projek seumpama ini dijalankan oleh kerajaan Barisan Nasional terdahulu.


3. Dana Pembelian Rumah Mampu Milik

Dana ini disediakan untuk mereka yang  berpendapatan RM2,300 sebulan ke bawah, mahu membeli rumah pertama dari jenis rumah mampu milik berharga sehingga RM150,000.
Dana berjumlah RM1 billion ini akan ditubuhkan oleh Bank Negara.
Ia kemudian boleh diperoleh melalui pinjaman dengan Ambank, CIMB Bank, Maybank, RHB Bank dan BSN dengan kadar pinjaman 3.5% sahaja. Jauh lebih murah dari kadar interest pinjaman perumahan biasa.


4. Pengecualian Duti Setem

Belanjawan 2019 meneruskan pengecualian duti setem untuk rumah pertama.
Sama dengan sekarang, rumah pertama mestilah berharga RM500,000 ke bawah tapi pengecualian duti setem untuk RM300,000 yang pertama sahaja.
Makanya kalau rumah tu berharga RM400,000, untuk RM300,000 pertama tak dikenakan duti setem. Hanya RM100,00 seterusnya sahaja kena duti setem sebanyak 2%.
Ini terpakai untuk SPA yang ditandatangani sehingga Disember 2020.


5. Bantuan Pinjaman Lebih untuk Rumah Pertama

Biasanya pinjaman perumahan ni 90% sahaja kan.
Tapi kerajaan akan teruskan bantuan pinjaman lebih tinggi kepada pembeli rumah pertama yang berpendapatan isirumah sehingga RM5,000 untuk dapat pinjaman lebih dari 90%.
Boleh dapat tambahan 7% ke 11% lagi supaya dapatlah buat pinjaman 97% ke 101%.
Untuk ini,  kerajaan akan memberi peruntukan sebanyak RM 25 juta kepada Cagamas Berhad untuk mereka beri jaminan pajak gadai bagi skim pinjaman ini.


6. Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

Sebelum ini, pinjaman LPPSA ni, maksima hanya 30 tahun sahaja.
Tapi mulai 2019, pinjaman boleh dipanjangkan lagi ke 35 tahun untuk pinjaman pertama.
Untuk pinjaman kedua pula, dipanjangkan dari 25 tahun ke 30 tahun.

Jadi, kepada kakitangan awam, boleh la beli rumah di usia muda melalui pinjaman LPPSA ni untul 35 tahun supaya ansuran bulanan lebih rendah.

Yang mana dah guna loan kerajaan dan harga rumah dah naik, boleh refinance dengan bank. Kemudian beli rumah kedua dengan pinjaman kedua LPPSA.
Pinjaman boleh pergi maksima lagi 30 tahun.


7. Pengecualian SST untuk perkhidmatan pembinaan dan bahan binaan.

Bila kos bahan binaan dan upah kontraktor tak dikenakan GST, kos pembinaan rumah baru lebih rendah.
Jadi, REHDA setuju untuk turunkan harga projek baru sebanyak 10%, kecuali bagi projek perumahan yang tertakluk di bawah kawalan harga.

Jadi, kita harapkan projek baru lebih murah tahun depan.
Mungkin pasaran under construction lebih rancak berbanding pasaran subsale.


8. Rumah tak terjual

Setakat 31 Mac 2018, banyak rumah yang dah siap dibina tapi belum terjual.
Nilainya mencecah RM22 billion.

Jadi, untuk boost jualan rumah-rumah ni, kerajaan akan beri pengecualian duti setem bagi SPA untuk rumah pertama yang berharga RM301,000 ke RM 1 juta.

Selain itu, pemaju juga akan turunkan lagi harga rumah tak terjual ni ke 10% lebih rendah dari harga asal.
Banyak jimat ni.

Tempoh pembelian adalah dari 1 Januari 2019 ke 30 Jun 2019. Enam bulan sahaja.


9. Property Crowfunding

Ini benda baru.
Kerajaan akan wujudkan platform crowdfunding ni yang akan dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti.
Caranya, seseorang nak beli rumah. Kemudian ia akan dibuka untuk pinjaman dengan rakan setara atau peer-to peer lending.
Pembeli keluarkan deposit 20%, 80% lagi akan dibiaya oleh peer tadi dengan pulangan kenaikan harga hartanah selepas satu tempoh.

Sebenarnya sebelum ni, ia mungkin beli rumah secara joint venture. Just sesama rakan atau ahli keluarga.
Tapi crowdfunding ni dibuat secara sistematik di bawah Suruhanjaya Sekuriti.
Ada platform khas oleh kerajaan.


10. Duti Setem hartanah bernilai RM 1 juta

Untuk yang membeli hartanah bernilai RM 1 juta ke atas, duti setem akan dinaikkan dari 3% sebelum ini ke 4%.

Hm... sebenarnya kalau kat Lembah Klang ni, hartanah 1 juta ke atas mungkin semi D, rumah teres corner lot atau paling power banglo lah.

Pembelinya memang golongan yang ada pendapatan lebih. Jadi, mereka kena keluarkan lebih tunai untuk bayar duti setem ni.





Jadi macamana dengan hartanah di tahun 2019 nanti?

Berdasarkan belanjawan ini, saya nampak sektor hartanah masih perlahan, terutama untuk pasaran subsale.
Mungkin ramai pembeli pertama akan memilih beli rumah under construction kerana deposit yang rendah dan penawaran harga yang mampu milik.

****



KEWANGAN PERIBADI

Ok, sekarang kita tengok dari segi kewangan peribadi pula.


1. Pelepasan Cukai untuk caruman insurans

- Pelepasan cukai untuk caruman KWSP atau dana pencen sebanyak RM4,000
- Pelepasan cukai untuk caruman insurans dan takaful dinaikkan ke RM3,000
- Pelepasan cukai RM7,000 untuk kakitangan awam yang masuk skim Pencen.

Jadi, kalau nak kurangkan bayaran cukai, jangan lupa ambik insurans sampai RM3,000 setahun dan buat caruman ke KWSP ya.


2. Pelepasan Cukai untuk penyumbang tabung penyenggaraan sekolah kerajaan dan IPTA

Mulai tahun depan, kalau kita menyumbang untuk tabung ini, kita boleh dapat pengecualian cukai. Tapi kena ada resit lah ya.

Tapi kalau menyumbang pada sekolah dan IPT yang berdaftar dengan Kememterian Pendidikan, kita boleh mohon dapat pengecualian cukai secara case to case basis.



3. Bantuan Sara Hidup

Bantuan Sara Hidup ni sebenarnya adalah penjenamaan semula kepada BR1M.
Kadarnya nampaknya berbeza berbanding tahun lepas.
- Bagi isirumah yang berpendapatan RM2,000 ke bawah, amaunnya adalan RM1,000.
- Bagi isirumah yang berpendapatan RM2,00 - RM3,000, amaunnya adalan RM750.
- Bagi isirumah yang berpendapatan RM3,001 - RM4,000, amaunnya adalan RM500.

Ada pemberian baru kali ni. Bayaran BSH sebanyak RM120 kepada setiap anak yang berumur 18 tahun ke bawah.
Terhad kepada 4 orang anak untuk satu keluarga.
Kecuali anak OKU, mereka tak ada had umur.

Jadi, BSH mak ayah ada, BSH anak pun ada.


4. Skim caruman KWSP i-Suri

Ini skim KWSP khas untuk surirumah.
Bagi surirumah dah mendaftar, minima RM5 akan dipotong dari gaji suami untuk caruman KWSP, manakala kerajaan akan mencarum RM40.

Jadi, lebih terbela lah nasib surirumah kan. Sekurang-kurangnya ada juga wang KWSP bila dah berusia 55 tahun nanti. Nak harap KWSP suami, ada yang tak merasa padahal mereka jaga anak-anak dan rumahtangga.


5. Subsidi Minyak

Yang ni panas sikit.
Subsidi minyak ROM 95 hanya untuk kereta yang 1,500 cc ke bawah dan motorsikal yang 125cc ke bawah sahaja.
Subsidi yang diberikan adalah:
- kereta 1,500 cc ke bawah: subsidi 30 sen seliter, terhad kepada 100 liter sebulan.
- motorsikal 125cc ke bawah: subsidi 30 sen seliter, terhad kepada 40 liter sebulan.

Apabila subsidi ini dikuatkuasa, kerajaan akan apungkan semula harga petrol RON95 mengikut harga pasaran.


6. Subsidi Bil Elektrik

Jika sekarang, subsidi bil elektrik diberikan kepada semua, terhad kepada penggunaan bil RM2 sebulan sahaja.
Tapi dalam Belanjawan 2019, subsidi bil elektrik ini terhad kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan sistem e-Kasih sahaja.
Bukan semua pengguna elektrik dapat.
Namun amaun subsidi kepada golongan miskin dan miskin tegar ni dinaikkan ke RM40 untuk setiap rumah.
Amaun lebih tinggi, tapi untuk golongan spesifik ini sahaja.
Golongan lain, sila bayar bil elektrik anda sepenuhnya ya... ahhaha


7. Pas Bulanan RapidKL

Untuk galakkan warga Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam, tahun depan, kerajaan akan perkenalkan pas bulanan RM100 untuk naik semua bas, LRT dan MRT bawah RapidKL untuk perjalanan tanpa had.

Maknanya, nak pergi kerja setiap hari ke, nak shopping weekend ke... pakai je pas tu.
Bayar RM100 je sebulan. Tak perlu beli tiket MRT yang mahal tu dah.

Tapi kalau cuma nak naik bas sahaja, ada juga pas bulanan RM50 sebulan, pun tanpa had.


8. LRT3 dan MRT 2

Dua projek ni akan diteruskan dengan kos yang lebih murah.
Jadi, yang mana beli rumah kat kawasan stesen LRT3 dan MRT2 ni, jangan risau.


9. Bas GoKL

Perkhidmatan bas ni akan ditambah lagi, selain 4 laluan sedia ada.
Bas GoKL ni yang bestnya ia percuma. Jadi kalau perkhidmatannya diluaskan, akan ramailah rakyat yang boleh gunakan bas percuma ni.
Boleh jimatkan kos hidup juga kan.


10. Beku Kenaikan Tol

Ok, walaupun tol di Lembah Klang dan PLUS masih belum dapat dimansuhkan, sekurang-kurangnya untuk tahun depan, takkan ada tol yang naik.
Ia akan kekal pada kadar sekarang.


11. Tiada Tol Motorsikal di Jambatan Pulau Pinang dan Laluan Kedua Johor

Untuk pengguna motorsikal, tol di jambatan pertama dan kedua di Pulau Pinang dan juga Lebuhraya Laluan Kedua di Johor akan dimansuhkan.

Bermakna, penjijmatan untuk penunggang motorsikal.
Jadi, yang mana nak kurangkan kos hidup atau gaji semput tu, boleh naik motor bercc bawah 1.25 sahaja supaya dapat subsidi minyak dan tak perlu bayar tol di tiga laluan ini.


12. Pembayaran balik  PTPTN

Peminjam yang berpendapatan RM1,000 ke atas akan dikenakan bayaran balik pinjaman secara potongan gaji berjadual. KAdarnya antara 2% ke 15% dari pendapatan bulanan.

Nak buat macamana kan. Pinjam perlu bayar.
Itu sebab kita kena beli 1 rumah untuk 1 anak.
Bila anak nak masuk Universiti nanti, boleh jual rumah tu atau refinance supaya anak kita tak payah pinjam duit PTPTN lagi.


13. Pelepasan Cukai bagi majikan yang membayar hutang PTPTN pekerja

Ini untuk pendapatan bagi tahun berakhir 2019.
Biasanya jangan harap la boss nak bayarkan hutang PTPN pekerja kan.

Tapi strategi ini boleh dipakai jika
- anda peminjam PTPTN
- anda atau pasangan ada syarikat Sdn Bhd atau PLT
- guna duit syarikat untuk bayar hutang PTPTN tu.


14. Skim Simpanan Pendidikan Nasional

Pelepasan cukai pendapatan individu untuk yang menyimpan dalam SSPN dinaikkan dari RM6,000 ke RM8,000.

Jadi yang mana ada anak tu, boleh tambah simpanan dalam SSPN untuk tambah pengecualian cukai ya.


15. Potongan Pinjaman PTPTN untuk pelajar kelas pertama

Ini terpakai untuk pelajar yang berada dari golongan B40 sahaja.


16. Hapus Baki Hutang PTPTN untuk peminjam 60 tahun ke atas

Ini terpakai untuk peminjam yang bergaji kurang RM4,000 sebulan sahaja.
Dijangka 350 peminjam akan dapat manfaat ni.



Untuk yang nak tahu lebih pasal macamana nak declare cukai, cara nak kurangkan cukai dan penjelasan lanjut mengenai Belanjawan 2019 berkaitan cukai, boleh datang booktalk Kurangkan Cukai Secara Sah ini.

Masuk percuma tapi RSVP dulu ya.

Whatsapp saya 0123547636 untuk RSVP
Share:

Booktalk percuma: Kurangkan Cukai Secara Sah

Nak tahu macam mana nak kurangkan cukai secara sah?
Haaaa jemput hadir ke Book Talk bersama Rezduan Bakar merungkai persoalan ini.


Kami tahu, mesti anda terfikir perkara ini kan? 
Lagi pula belanjawan 2019 sudah dibentangkan. 
Jadi, jangan tak datang. PERCUMA sahaja!!!! Tak kan nak tolak. Rugi lah!

Tarikh : 11 November 2018
Hari : Ahad
Masa : 10 pagi - 12 :30 tengahari
Venue : Bilik Putih, 1-06, Metia Residence Office, No.5, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100, Shah Alam
Untuk pertanyaan / RSVP sila hubungi saya ya : +6012-3547636

Cepat! Ilmu untuk dikongsi percuma sahaja  Rugi kalau tak dapat!
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog