• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Jom Cari Rumah Seberang Perai: Jual Rumah Gaya Bijak

Orang utara... Berminat nak beli rumah tak?
Berapa ramai yang nak beli rumah, tapi tak tau cara... Tak tau nak beli kat mana..tak tau rumah apa yang tengah dijual yang kita boleh riki-riki....


Haaaa.... Ni ada berita baik.

Insya Allah Jumaat- Ahad 15-18 November nanti akan ada Jom Cari Rumah di Sunway Carnival Mall.


Insya Allah nanti ada booth-booth jualan hartanah baru untuk kawan-kawan survey.
Kalau berminat, set appointment untuk lawat tapak dan sales gallery. Tengok show house.

Kalau berminat dan rasa tulah rumah yang sesuai dengan kita, boleh la kita tangkap satu.

Yang lagi best, kat Jom Cari Rumah ni nanti ada sesi ceramah percuma tentang macamana nak beli rumah, macamana nak jual rumah, mavamana nak dapatkan pinjaman dan lain-lain tajuk berkaitan.

Masuk PERCUMA, dengar pun PERCUMA.
Tapi ilmunya mahal.

Saya sendiri insya Allah akan ada di snaa Ahad, sebab slot ceramah saya jam 3 petang.

Saya akan berkongsi mengenai Jual Rumah Gaya Bijak dan Apa Ada dengan Belanjawan 2019.



Insya Allah jumpa nanti ya di Penang.
Ingat slot saya, Ahad jam 3 petang.
Yeahh
Share:

Belanjawan 2018: Dari Perspektif Hartanah dan Kewangan Peribadi

Belanjawan 2019

Wowww.. dah lama tak dengar perkataan Belanjawan kan. Dah banyak tahun sejak pentadbiran Tun M yang pertama kali dulu, Tun M gunakan perkataan Bajet.
Tapi kali ni sempena Malaysia Baru, Tun M sendiri kembalikan perkataan Belanjawan.
Saya suka kerana Bahasa Melayu ada perkataan sendiri. Tak perlu import perkataan Budget dan jadikan Bajet lagi.

Baik, apa yang ada dalam Belanjawan 2019 kali ini untuk bidang hartanah dan kewangan peribadi?



OK, kita tengok dari segi HARTANAH dulu ya.


1. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau Real Property Gain Tax (RPGT) 

CKHT bagi hartanah yang dilupuskan pada tahun keenam dan ke atas.
- untuk pemilik yang terdiri dari syarikat dan bukan warganegara, CKHT akan dinaikkan dari 5% ke 10% dari keuntungan
- untuk pemilik individu warganegara, CKHT dinaikkan ke kadar  0% ke 5% dari keuntungan.

Maknanya kalau sebelum ni, owner rumah yang rakyat Malaysia , gigih tunggu cukup masuk tahun keenam baru nak jual. Sebab tak mau bayar CKHT.
Tapi tahun depan tidak lagi.... kena bayar juga ya...

Kecuali... haa.. ada pengecualian kepada rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah mampu milik yang berharga di bawah RM200,000.
Jual tiga jenis rumah ni tak perlu bayar CKHT.

Macamana cara kalau nak lari dari CKHT?
1) jual segera. Mesti kena sign SPA sebelum atau pada 31 Disember 2018
2) Gunakan pengecualian pembayaran CKHT sekali seumur hidup.
3) Jual pada anak, bapa atau emak.
4) Jual kepada cash buyer. letak harga kat SPA tu harga yang sama dengan harga masa beli tu dulu.
5) Flipper boleh fokus beli rumah low cost atau low medium cost dari lelongan sahaja dan jual balik. Sebab rumah ni tak kena bayar CKHT kan.
6) Jangan jual lagi. Tunggu kot Belanjawan 2020 atau Belanjawan 2021 kadar CKHT turun balik. Mana tau... eheheh


2. Perumahan untuk Semua

- Peruntukan sebanyak RM1.5 billion untuk Program Perumahan Rakyat, Perumahan Penjawat Awam Malaysia, PR1MA dan SPNB untuk membekalkan rumah mampu milik pada rakyat Malaysia.

Bagi saya, projek begini bagus untuk pembeli rumah pertama.
Sebab harganya lebih murah dari harga pasaran di kawasan yang sama.
Cuma, pembekalan rumah begini telah menjejaskan pasaran subsale. Kesannya dah nampak sekarang selepas projek seumpama ini dijalankan oleh kerajaan Barisan Nasional terdahulu.


3. Dana Pembelian Rumah Mampu Milik

Dana ini disediakan untuk mereka yang  berpendapatan RM2,300 sebulan ke bawah, mahu membeli rumah pertama dari jenis rumah mampu milik berharga sehingga RM150,000.
Dana berjumlah RM1 billion ini akan ditubuhkan oleh Bank Negara.
Ia kemudian boleh diperoleh melalui pinjaman dengan Ambank, CIMB Bank, Maybank, RHB Bank dan BSN dengan kadar pinjaman 3.5% sahaja. Jauh lebih murah dari kadar interest pinjaman perumahan biasa.


4. Pengecualian Duti Setem

Belanjawan 2019 meneruskan pengecualian duti setem untuk rumah pertama.
Sama dengan sekarang, rumah pertama mestilah berharga RM500,000 ke bawah tapi pengecualian duti setem untuk RM300,000 yang pertama sahaja.
Makanya kalau rumah tu berharga RM400,000, untuk RM300,000 pertama tak dikenakan duti setem. Hanya RM100,00 seterusnya sahaja kena duti setem sebanyak 2%.
Ini terpakai untuk SPA yang ditandatangani sehingga Disember 2020.


5. Bantuan Pinjaman Lebih untuk Rumah Pertama

Biasanya pinjaman perumahan ni 90% sahaja kan.
Tapi kerajaan akan teruskan bantuan pinjaman lebih tinggi kepada pembeli rumah pertama yang berpendapatan isirumah sehingga RM5,000 untuk dapat pinjaman lebih dari 90%.
Boleh dapat tambahan 7% ke 11% lagi supaya dapatlah buat pinjaman 97% ke 101%.
Untuk ini,  kerajaan akan memberi peruntukan sebanyak RM 25 juta kepada Cagamas Berhad untuk mereka beri jaminan pajak gadai bagi skim pinjaman ini.


6. Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

Sebelum ini, pinjaman LPPSA ni, maksima hanya 30 tahun sahaja.
Tapi mulai 2019, pinjaman boleh dipanjangkan lagi ke 35 tahun untuk pinjaman pertama.
Untuk pinjaman kedua pula, dipanjangkan dari 25 tahun ke 30 tahun.

Jadi, kepada kakitangan awam, boleh la beli rumah di usia muda melalui pinjaman LPPSA ni untul 35 tahun supaya ansuran bulanan lebih rendah.

Yang mana dah guna loan kerajaan dan harga rumah dah naik, boleh refinance dengan bank. Kemudian beli rumah kedua dengan pinjaman kedua LPPSA.
Pinjaman boleh pergi maksima lagi 30 tahun.


7. Pengecualian SST untuk perkhidmatan pembinaan dan bahan binaan.

Bila kos bahan binaan dan upah kontraktor tak dikenakan GST, kos pembinaan rumah baru lebih rendah.
Jadi, REHDA setuju untuk turunkan harga projek baru sebanyak 10%, kecuali bagi projek perumahan yang tertakluk di bawah kawalan harga.

Jadi, kita harapkan projek baru lebih murah tahun depan.
Mungkin pasaran under construction lebih rancak berbanding pasaran subsale.


8. Rumah tak terjual

Setakat 31 Mac 2018, banyak rumah yang dah siap dibina tapi belum terjual.
Nilainya mencecah RM22 billion.

Jadi, untuk boost jualan rumah-rumah ni, kerajaan akan beri pengecualian duti setem bagi SPA untuk rumah pertama yang berharga RM301,000 ke RM 1 juta.

Selain itu, pemaju juga akan turunkan lagi harga rumah tak terjual ni ke 10% lebih rendah dari harga asal.
Banyak jimat ni.

Tempoh pembelian adalah dari 1 Januari 2019 ke 30 Jun 2019. Enam bulan sahaja.


9. Property Crowfunding

Ini benda baru.
Kerajaan akan wujudkan platform crowdfunding ni yang akan dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti.
Caranya, seseorang nak beli rumah. Kemudian ia akan dibuka untuk pinjaman dengan rakan setara atau peer-to peer lending.
Pembeli keluarkan deposit 20%, 80% lagi akan dibiaya oleh peer tadi dengan pulangan kenaikan harga hartanah selepas satu tempoh.

Sebenarnya sebelum ni, ia mungkin beli rumah secara joint venture. Just sesama rakan atau ahli keluarga.
Tapi crowdfunding ni dibuat secara sistematik di bawah Suruhanjaya Sekuriti.
Ada platform khas oleh kerajaan.


10. Duti Setem hartanah bernilai RM 1 juta

Untuk yang membeli hartanah bernilai RM 1 juta ke atas, duti setem akan dinaikkan dari 3% sebelum ini ke 4%.

Hm... sebenarnya kalau kat Lembah Klang ni, hartanah 1 juta ke atas mungkin semi D, rumah teres corner lot atau paling power banglo lah.

Pembelinya memang golongan yang ada pendapatan lebih. Jadi, mereka kena keluarkan lebih tunai untuk bayar duti setem ni.





Jadi macamana dengan hartanah di tahun 2019 nanti?

Berdasarkan belanjawan ini, saya nampak sektor hartanah masih perlahan, terutama untuk pasaran subsale.
Mungkin ramai pembeli pertama akan memilih beli rumah under construction kerana deposit yang rendah dan penawaran harga yang mampu milik.

****



KEWANGAN PERIBADI

Ok, sekarang kita tengok dari segi kewangan peribadi pula.


1. Pelepasan Cukai untuk caruman insurans

- Pelepasan cukai untuk caruman KWSP atau dana pencen sebanyak RM4,000
- Pelepasan cukai untuk caruman insurans dan takaful dinaikkan ke RM3,000
- Pelepasan cukai RM7,000 untuk kakitangan awam yang masuk skim Pencen.

Jadi, kalau nak kurangkan bayaran cukai, jangan lupa ambik insurans sampai RM3,000 setahun dan buat caruman ke KWSP ya.


2. Pelepasan Cukai untuk penyumbang tabung penyenggaraan sekolah kerajaan dan IPTA

Mulai tahun depan, kalau kita menyumbang untuk tabung ini, kita boleh dapat pengecualian cukai. Tapi kena ada resit lah ya.

Tapi kalau menyumbang pada sekolah dan IPT yang berdaftar dengan Kememterian Pendidikan, kita boleh mohon dapat pengecualian cukai secara case to case basis.



3. Bantuan Sara Hidup

Bantuan Sara Hidup ni sebenarnya adalah penjenamaan semula kepada BR1M.
Kadarnya nampaknya berbeza berbanding tahun lepas.
- Bagi isirumah yang berpendapatan RM2,000 ke bawah, amaunnya adalan RM1,000.
- Bagi isirumah yang berpendapatan RM2,00 - RM3,000, amaunnya adalan RM750.
- Bagi isirumah yang berpendapatan RM3,001 - RM4,000, amaunnya adalan RM500.

Ada pemberian baru kali ni. Bayaran BSH sebanyak RM120 kepada setiap anak yang berumur 18 tahun ke bawah.
Terhad kepada 4 orang anak untuk satu keluarga.
Kecuali anak OKU, mereka tak ada had umur.

Jadi, BSH mak ayah ada, BSH anak pun ada.


4. Skim caruman KWSP i-Suri

Ini skim KWSP khas untuk surirumah.
Bagi surirumah dah mendaftar, minima RM5 akan dipotong dari gaji suami untuk caruman KWSP, manakala kerajaan akan mencarum RM40.

Jadi, lebih terbela lah nasib surirumah kan. Sekurang-kurangnya ada juga wang KWSP bila dah berusia 55 tahun nanti. Nak harap KWSP suami, ada yang tak merasa padahal mereka jaga anak-anak dan rumahtangga.


5. Subsidi Minyak

Yang ni panas sikit.
Subsidi minyak ROM 95 hanya untuk kereta yang 1,500 cc ke bawah dan motorsikal yang 125cc ke bawah sahaja.
Subsidi yang diberikan adalah:
- kereta 1,500 cc ke bawah: subsidi 30 sen seliter, terhad kepada 100 liter sebulan.
- motorsikal 125cc ke bawah: subsidi 30 sen seliter, terhad kepada 40 liter sebulan.

Apabila subsidi ini dikuatkuasa, kerajaan akan apungkan semula harga petrol RON95 mengikut harga pasaran.


6. Subsidi Bil Elektrik

Jika sekarang, subsidi bil elektrik diberikan kepada semua, terhad kepada penggunaan bil RM2 sebulan sahaja.
Tapi dalam Belanjawan 2019, subsidi bil elektrik ini terhad kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan sistem e-Kasih sahaja.
Bukan semua pengguna elektrik dapat.
Namun amaun subsidi kepada golongan miskin dan miskin tegar ni dinaikkan ke RM40 untuk setiap rumah.
Amaun lebih tinggi, tapi untuk golongan spesifik ini sahaja.
Golongan lain, sila bayar bil elektrik anda sepenuhnya ya... ahhaha


7. Pas Bulanan RapidKL

Untuk galakkan warga Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam, tahun depan, kerajaan akan perkenalkan pas bulanan RM100 untuk naik semua bas, LRT dan MRT bawah RapidKL untuk perjalanan tanpa had.

Maknanya, nak pergi kerja setiap hari ke, nak shopping weekend ke... pakai je pas tu.
Bayar RM100 je sebulan. Tak perlu beli tiket MRT yang mahal tu dah.

Tapi kalau cuma nak naik bas sahaja, ada juga pas bulanan RM50 sebulan, pun tanpa had.


8. LRT3 dan MRT 2

Dua projek ni akan diteruskan dengan kos yang lebih murah.
Jadi, yang mana beli rumah kat kawasan stesen LRT3 dan MRT2 ni, jangan risau.


9. Bas GoKL

Perkhidmatan bas ni akan ditambah lagi, selain 4 laluan sedia ada.
Bas GoKL ni yang bestnya ia percuma. Jadi kalau perkhidmatannya diluaskan, akan ramailah rakyat yang boleh gunakan bas percuma ni.
Boleh jimatkan kos hidup juga kan.


10. Beku Kenaikan Tol

Ok, walaupun tol di Lembah Klang dan PLUS masih belum dapat dimansuhkan, sekurang-kurangnya untuk tahun depan, takkan ada tol yang naik.
Ia akan kekal pada kadar sekarang.


11. Tiada Tol Motorsikal di Jambatan Pulau Pinang dan Laluan Kedua Johor

Untuk pengguna motorsikal, tol di jambatan pertama dan kedua di Pulau Pinang dan juga Lebuhraya Laluan Kedua di Johor akan dimansuhkan.

Bermakna, penjijmatan untuk penunggang motorsikal.
Jadi, yang mana nak kurangkan kos hidup atau gaji semput tu, boleh naik motor bercc bawah 1.25 sahaja supaya dapat subsidi minyak dan tak perlu bayar tol di tiga laluan ini.


12. Pembayaran balik  PTPTN

Peminjam yang berpendapatan RM1,000 ke atas akan dikenakan bayaran balik pinjaman secara potongan gaji berjadual. KAdarnya antara 2% ke 15% dari pendapatan bulanan.

Nak buat macamana kan. Pinjam perlu bayar.
Itu sebab kita kena beli 1 rumah untuk 1 anak.
Bila anak nak masuk Universiti nanti, boleh jual rumah tu atau refinance supaya anak kita tak payah pinjam duit PTPTN lagi.


13. Pelepasan Cukai bagi majikan yang membayar hutang PTPTN pekerja

Ini untuk pendapatan bagi tahun berakhir 2019.
Biasanya jangan harap la boss nak bayarkan hutang PTPN pekerja kan.

Tapi strategi ini boleh dipakai jika
- anda peminjam PTPTN
- anda atau pasangan ada syarikat Sdn Bhd atau PLT
- guna duit syarikat untuk bayar hutang PTPTN tu.


14. Skim Simpanan Pendidikan Nasional

Pelepasan cukai pendapatan individu untuk yang menyimpan dalam SSPN dinaikkan dari RM6,000 ke RM8,000.

Jadi yang mana ada anak tu, boleh tambah simpanan dalam SSPN untuk tambah pengecualian cukai ya.


15. Potongan Pinjaman PTPTN untuk pelajar kelas pertama

Ini terpakai untuk pelajar yang berada dari golongan B40 sahaja.


16. Hapus Baki Hutang PTPTN untuk peminjam 60 tahun ke atas

Ini terpakai untuk peminjam yang bergaji kurang RM4,000 sebulan sahaja.
Dijangka 350 peminjam akan dapat manfaat ni.



Untuk yang nak tahu lebih pasal macamana nak declare cukai, cara nak kurangkan cukai dan penjelasan lanjut mengenai Belanjawan 2019 berkaitan cukai, boleh datang booktalk Kurangkan Cukai Secara Sah ini.

Masuk percuma tapi RSVP dulu ya.

Whatsapp saya 0123547636 untuk RSVP
Share:

Booktalk percuma: Kurangkan Cukai Secara Sah

Nak tahu macam mana nak kurangkan cukai secara sah?
Haaaa jemput hadir ke Book Talk bersama Rezduan Bakar merungkai persoalan ini.


Kami tahu, mesti anda terfikir perkara ini kan? 
Lagi pula belanjawan 2019 sudah dibentangkan. 
Jadi, jangan tak datang. PERCUMA sahaja!!!! Tak kan nak tolak. Rugi lah!

Tarikh : 11 November 2018
Hari : Ahad
Masa : 10 pagi - 12 :30 tengahari
Venue : Bilik Putih, 1-06, Metia Residence Office, No.5, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100, Shah Alam
Untuk pertanyaan / RSVP sila hubungi saya ya : +6012-3547636

Cepat! Ilmu untuk dikongsi percuma sahaja  Rugi kalau tak dapat!
Share:

Rumah sewa untuk perempuan sahaja? Matilah kalau buat iklan macam ni di UK

Di Malaysia, kita selamba buat iklan rumah untuk disewa
... Perempuan bujang sahaja
... Lelaki bujang sahaja
.. Muslim sahaja
.. Expatriate preferred
.. Family preferred



Tahu tak, di UK, iklan sebegini adalah salah di sisi undang-undang.

Tuan rumah tidak boleh mendiskriminasi prospek penyewa disebabkan umur, status perkahwinan, mengandung, OKU, bangsa, agama, jantina, transexual dan orientasi seksual.

Kalau prospek penyewa mendapati berlaku diskriminasi, mereka boleh hubungi Equality Advisory Support Service (EASS).

Ahaaa... power kan?



Sabtu 4 Ogos 2018 nanti saya kongsi banyak lagi mengenai sewaan rumah. 
Saya dan sifu hartanah saya, tuan Azizi Ali akan berkongsi di satu seminar percuma di Sales Gallery Rencana Royale, TTDI.




Rencana Royale ni satu projek baru khas untuk pembeli Melayu di Taman Tun Dr Ismail.
Ada Corporate Suites in the sky, 2-storey Garden Suites, Deluxe Duplex Suites, Deluxe Suites, Executive Duplex Suites and Executive Suites.
Lokasi yang bagus tu...Kawasan yang dah matang. 
Kami kata, ttu empat orang kaya-kaya.
Tapi projek ni, harga paling rendah dalam RM360k++ untuk unit Executive Suite 472 sqft.




Baik, balik ke seminar percuma 4 Ogos ni,
Kita akan cerita pasal 5 perkara anda patut tahu untuk jadi tuan rumah power dan licik

1- Apa patut ada dalam tenancy agreement. Macamana nak faham terma dalam perjanjian tu
2- Bagaimana nak handle penyewa yang tak bayar sewa?
3- Macamana nak elakkan penyewa sewa kejap-kejap?
4- Kita bagi rumah bersih, penyewa keluar rumah macam tongkang pecah. Macamana nak handle?
5- Bagaimana nak lantik agen hartanah dan berapa mereka caj?

Selain itu, ada topik tambahan iaitu
- Kenapa kita perlu Akta Sewa Rumah
- Bagaimana akta seumpama dilaksanakan di UK dan Jerman. Mengapa kita masih ketinggalan?
Kita akan lihat bagaimana beberapa negara lain wujudkan akta khas untuk sewaan hartanah dan bagaimana ia dilaksanakan.

Untuk hadir, sila buat pendaftaran kehadiran dengan menghubungi nombor telefon di bawah:
+60173050308
+601121951925 (whatsapp) / +601161948893

Jemput datang ya..

Share:

Etika bila nak tanya lawyer pasal jual dan beli rumah kita

Mendengar luahan dan berkongsi pengalaman dari lawyer yang buat conveyancing...
Buat saya rasa nak tulis di sini.

Sangat tak bagus kalau
- kita lantik lawyer A sebagai lawyer spa
- lepas tu bila dapat draft spa, kita contact lawyer B untuk tanya ok tak spa ni? Dan tanya macam-macam soalan.

Aiseyman kawan-kawan...

Lawyer ni, menguruskan spa lah antara periuk nasi mereka.
Begitu juga khidmat nasihat berkaitan pembelian sesebuah rumah.
Pengalaman dan ilmu mereka yang mahal dan mereka hidup dengan ilmu ini.

Jadi, jangan la kita minta servis free dari mereka sedangkan kita bayar lawyer lain.

Kalau nak tanya dan ada apa-apa kemusykilan, tanyalah lawyer yang kita lantik tu lah.
Kita bayar mereka kan... Kalau tak percaya, baik jangan lantik mereka dari awal.

Kalau kita lebih percaya lawyer B berbanding lawyer A, haaa lebih baik lantik lawyer B je. Bukan lawyer A.
Jangan pula sebab lawyer B ni sedara-mara kita atau kawan-kawan rapat, kita nak ambik kesempatan.
Tak baik kan..

Lawyer ni dinilai bukan dari segi berapa banyak diskaun dia boleh beri.
Tapi bagaimana mereka boleh terangkan terma SPA dan prosedur berkaitan dan berapa efisien mereka bekerja.


OK?

Gambar: Rumah teres di Puncak Alam untuk dijual pada harga RM340K sahaja. Berminat call / whatsapp saya 0123547636 ya.




Share:

Skandal 1MDB: Jual beli harga tanah pada harga hilang akal.

Woww Malaysia 2.0

Tahniah kepada kawan-kawan yang mengundi untuk Ubah.
Setelah 60 tahun BN membentuk kerajaan di Malaysia, kali ni, ia beralih kepada Pakatan Harapan pula.

Saya kira, sekarang ni chanel Astro Awani adalah chanel tv kegemaran kita kan...
Melihat, mendengar, memperhalusi perjalanan 100 hari pertama Pakatan memerintah negara kita yang tercinta ini.


Sejajar dengan manifesto Pakatan Harapan, 1MDB adalah agenda utama untuk dikaji dan disiasat.
Beberapa agensi lain seperti Tabung Haji, Felda dan pembelian terus oleh agensi kerajaan menjadi agenda penting kabinet baru Malaysia.
Projek mega seperti ECRL, HSR, Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia juga akan dikaji semula dari segi kemampuan negara, terma pinjaman, jangkaan pulangan pelaburan dan sebagainya.

Tun M juga telah mengumumkan bahawa negara kini mempunyai hutang berjumlah 1 trillion.
Wowww.. Kata Astro Awani, jumlah hutang ni sama dengan membina 1000 buah KLCC.
Pergh...

Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, hutang ini termasuk suntikan dana (bail out) kerajaan dalam projek 1MDB.
Katanya,  "Kementerian Kewangan (MoF) telah membayar pelbagai tuntutan kewangan yang dikenakan ke atas 1MDB sejak April 2017. Pembayaran tersebut kini berjumlah RM6.98 bilion. Sebanyak RM954 juta lagi perlu dibayar sebelum akhir tahun ini."


Namun begitu, bekas PM kita, Dato Seri Najib Razak menafikan. Beliau mengatakan adalah salah memanggil pembayaran-pembayaran ini sebagai bail out.

Jadi LGE menjawab semula dengan kenyataan media ini.





Baik,
sebagai pelabur hartanah dan real estate negotiator, saya tertarik dengan fakta bahawa

1. Kerajaan menjual tanah persekutuan kepada 1MDB dengan harga yang sangat sangat sangat murah.

a. 70 ekar tanah TRX dengan harga cuma Rm74 persqft, berjumlah RM230 juta

b. 486 ekar tanah Bandar Malaysia pada harga cuma RM72 per sqft, berjumlah RM 1.6 billion.

Itu kerajaan jual, 1MDB beli murah.


Ada lagi.


2. Kerajaan iaitu MOF melalui anak syarikatnya Aroma Teraju Sdn Bhd membeli pula sebidang tanah yang cuma 2.6 ekar (bersamaan 113,256 sqft)  pada harga RM2,207 per sqft berjumlah  RM250 juta.


3. 1MDB menjual sebidang tanah kepada Tabung Haji dengan harga RM188.5 juta iaitu rm2750 per sqft pada April 2015

4. 1MDB menjual satu bidang tanah kepada Affin Bank, anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera LTAT pada harga RM255 juta iaitu RM4680 per sqft  pada Ogos 2015

Kemudian 1MDB pun buat lah beberapa aktiviti lagi yang boleh kita baca dalam Executive Summary yang boleh dibaca di laman web Kementerian Kewangan. Saya lihat, ia berupa gali lubang tutup lubang.

******

Baik, saya tertarik di sini pada harga tanah yang 1MDB beli dari kerajaan dan jual balik.
Bagi saya, harga ini sangat tidak munasabah. 

Sebagai pembandingan, mari kita lihat harga tanah di sekitar  Tun Razak Exchange yang ada dalam rekod transaksi.


Gudang berhampiran Berjaya Times Square di Jalan Imbi dijual dengan harga RM302 persqft


Unit retail di Berjaya Times Square dijual pada purata harga RM1899 persqft


Tanah untuk pembangunan di Jalan Pudu Lama dijual pada harga RM908 persqft


Tanah untuk pembangunan di Lorong Yap Kwan Seng, off Jalan Tun Razak dijual pada harga RM949 per sqft


*****

Melihat kepada harga per sqft tanah dan projek pembangunan sekitar Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia, adakah patut kerajaan Malaysia pada masa itu menjual tanah kepada 1MDB dengan harga cuma RM72-74 per sqft?

Bukankah ini merugikan negara? Menjual terlalu rendah dari harga pasaran pada keadaan negara tidak sangat terdesak untuk menjual tanah?

Dan melihat kepada harga pasaran ini juga, bukankah sangat tidak bijak Tabung Haji dan Affin Bank membeli tanah dengan harga Rm2750 dan RM4680 yang terlalu mahal dan terlalu tinggi berbanding harga pasaran tanah berhampiran?

Mustahil bank dan tabung haji buta mengenai strategi pelaburan. Beli pada harga below market atau pada harga pasaran. Bukan beli pada harga berganda lebih tinggi dari pasaran.

Isunya bukan duit gaji Pengerusi atau Lembaga Pengarah Tabung Haji atau Affin Bank yang digunakan untuk membeli tanah mahal berganda ni.
Tapi mereka menggunakan duit pendeposit. 
Orang macam kita yang simpan duit di sana... duit tu digunakan untuk membeli tanah dengan strategi pelaburan yang kurang bijak.

Nampak tak game ini direka untuk menguntungkan 1MDB semata-mata?


***

Kalau sebegitu teruk strategi pelaburan yang Tabung Haji lakukan, patutlah Pengerusi Tabung Haji sebelum ni sendiri tak percaya untuk simpan duit dalam Tabung Haji. sebaliknya simpan duit dalam bag di rumah sahaja.
Share:

Sky Awani 3: rumah mampu milik yang mewah

Biasanya kalau rumah mampu milik ni, kemudahan yang ada basic je kan.
Design pun simple simple sahaja.

Tapi saya dapat maklumat pasal ada satu projek RUMAWIP iaitu rumah mampu milik Wilayah Persekutuan ni yang kalau tengok kemudahan dan designnya.. wowww.. macam kondo mewah.

Nama projek ni Sky Awani 3, developernya Sky World

OK saya tunjuk gambar dulu.



swimming pool

BBQ area

swimming pool dan facilities dari atas

Rumah ni ada satu type sahaja. 800 sqft dengan 3 bilik dan 2 bilik air.
Siap ada balkoni.
Sky Awani 3 ni ada 52 tingkat.

Cuba tengok gambar kat bawah ni.
Kat atas sekali, kat tingkat 52 ada sky deck.
Sky deck ni bersambung pada semua tiga-tiga block.
Kat sini ada kemudahan rekreasi dan ada jogging track tau.
Bayangkan berjogging kat atas awan, dengan panjang track lebih 1 km.
pergh....


haaa.. ni gambaran situasi atas sky deck nanti

 
sky deck
Senarai kemudahan yang ada adalah:

Water Fun
    Bubble Jets Jacuzzi
    Splash Kids Pool
    Central Main Pool

Garden Space
    Potpourri Garden
    Tapestry Garden
    Manicured Lawn
    Bamboo Garden

Children Zone
    Children Playground
    Kindergarten
    Kids Integrated Play

Health Corner
    Basketball Court
    Reflexology Circle
    Yoga Lounge
    Gym
    Therapy Walk
    Jogging Track

Entertainment Area
    Multipurpose Hall
    BBQ Pavilion
    Indoor Siesta Lounge
    Book Nook Swings
    Lounge
    Zig Zag Pit

Banyak kan? Power ni...
Walaupun kemudahan banyak seperti kondo mewah, maintenance fee cuma 25 sen persqft termasuk sinking fund.

Selain itu, Sky Awani 3 juga dilengkapi dengan 3 tier security.
Satu tapisan keselamatan di gate masuk
Satu di pintu masuk lobi
Satu lagi di lif. Hanya yang ada kad akses sahaja boleh gunakan lift.

Kalau rumah kos rendah atau rumah mampu milik yang lain biasanya kualiti binaan banyak masalah, Sky Awani 3 insya Allah tidak.
Pembinaannya akan menepati standard QLASSIC. 
standard anarabangsa pada kualiti binaan bangunan.

Dari segi lokasi, memang cun.




Syarat pembelian RUMAWIP

Oleh kerana ini projek RUMAWIP, jadi ada syarat untuk pembelinya, iaitu
- Jika bujang, pendapatan tak lebih RM10K tapi jika dah kahwin, pendapatan suami + isteri tak lebih RM15k
- keutamaan kepada mereka yang belum ada rumah di KL
- keutamaan kepada mereka yang bekerja dan tinggal di KL
- tidak boleh jual untuk 10 tahun

Harga dan Booking

Harga untuk satu unit Sky Awani 3 adalah RM300K
Harga sama tak kira tingkat berapa, mengadap apa juga.

Booking RM5k
Sediakan cek dan isi borang, terus boleh pilih unit. Tak perlu ballot.

Berminat boleh call atau watsapp saya Rohaniah 0123547636
atau daftarkan nama anda di borang pendaftaran online ini


Share:

Wanita ini genap 10 tahun menulis blog property di tahun 2018. Apa lagi menarik 2018 ni?

Selamat Tahun Baru 2018!

Wowwowww... Saya mahu mulakan tahun baru kali ini dengan menulis di blog ini.
2018 bermakna ini tahun 10 saya menulis blog mengenai hartanah



Sempena tahun baru ini, saya kongsikan apa yang kita boleh dapat manfaat dari Bajet 2018, sepertimana dibentangkan oleh Perdana Menteri kita.

Walaupun pembentangannya 27 Oktober lepas, tapi boleh lah jadi rujukan kita untuk tahun ini dan awal tahun depan semasa mengisi e-filing ya.

Saya ringkaskan yang berkaitan dengan hartanah dan kewangan.


Perumahan untuk rakyat

17,300 unit rumah akan dibangunkan di bawah Projek Perumahan Rakyat.
3,000 unit rumah program Rumah Mesra Rakyat di bawah SPNB
210,000 unit rumah akan dibina di bawah program PR1MA. Harga rumahnya RM250K ke bawah
25,000 unit rumah akan disiapkan di bawah Projek Perumahan Awam 1 Malaysia (PPA1M), dan 128,000 unit lagi di bawah pelbagai peringkat pelaksanaan
600 unit rumah akan dibina di bawah program My Beautiful New Homes atau MyBNHomes untuk isi rumah B40 antaranya di Terengganu, Pahang, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak dan kawasan orang asli
200 juta ringgit untuk penyelenggaraan dan pembaikan rumah, termasuk Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia.

dan akhir sekali

2,000 unit rumah akan dapat diperoleh di bawah program MyDeposit untuk membantu pembayaran deposit, dan program MyHomes untuk pemaju menyediakan lebih banyak rumah mampu milik.

Untuk maklumat lanjut pasal MyDeposit, boleh BACA DI SINI ya

Hmm.. melihat figure besar rumah-rumah yang dikatakan mampu milik ni dibina, timbul persoalan.
Adakah figure beratus ribu yang dijanjikan dalam bajet terdahulu dicapai?
Jika ya, adakah ia betul-betul mampu milik?
Berapa ramai pula yang dapat rumah mampu milik tapi tak mampu dapat pinjaman perumahan?

hmmm...


LPPSA

1)
Pinjaman LPPSA akan masukkan bayaran peguam untuk loan agreement.
Jadi tak perlu keluar duit cash untuk bayar loan agreement.

2)
pinjaman LPPSA boleh dibuat untuk hartanah yang dibangunkan di atas tanah wakaf.

3)
Suami, isteri dan anak boleh buat joint loan dengan LPPSA
dengan syarat semua pemohon adalah anggota perkhidmatan awam.

4)
Suami, isteri dan anak boleh buat joint loan dengan LPPSA kalau hanya sorang kakitangan awam
dengan syarat sorang lagi yang kakitangan swasta boleh buat pinjaman bank atau skim pinjaman perumahan majikan, di mana bank atau majikan setuju pinjaman tu sebagai gadaian kedua.

Jadi, persoalan di sini, adakah bank setuju mereka jadi gadaian kedua?
Sebab kalau dua pembeli rumah ni tak bayar ansuran dan rumah terpaksa dilelong, duit jualan lelongan tu akan digunakan untuk menjelaskan pinjaman LPPSA dulu.
Bakinya baru jelaskan pinjaman bank.
Bukan half-half.

So bank berminat kah?


Pengecualian cukai pendapatan sewa rumah kediaman 

Untuk tahun ni, bila kita declare pendapatan sewa dalam efiling, kita boleh dapat diskaun 50% dalam mengira amaun sewa rumah tu.
Tapi ada had.
diskaun tu maksima RM2,000 sebulan sahaja.



Akta Sewaan Rumah Kediaman 

Tahun ini kerajaan akan digubal AKta Sewaan Rumah.
Ahaa... akta ini dah ada di beberapa negara maju untuk menjaga kebajikan tuan rumah dan penyewa.
siap ada tribunal lagi.
Jadi, saya sendiri malah saya percaya ramai lagi tuan rumah sangat menunggu-nunggu akta ni.


Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan 2 mata peratus.

hanya untuk yang pendapatan bercukai mereka antara 20 ribu hingga 70 ribu ringgit.
Jadualnya seperti berikut:

1. Banjaran Pendapatan Bercukai RM20,001 ringgit - RM35,000  ->  kadar cukai  sekarang 3%. Dulu 5%

2. Banjaran Pendapatan Bercukai RM35,001 - RM50,000  ->  kadar cukai  sekarang 8%. Dulu 10%

3. Banjaran Pendapatan Bercukai RM50,001 - RM70,000 -> kadar cukai  sekarang 14%. Dulu 16%



Pengecualian Pendapatan Individu untuk wanita yang kembali bekerja 

Aha... ni unik sikit.
Ramai wanita berhenti kerja untuk menjaga anak atau fokus pada rumahtangga kan.
Jadi, kalau mereka mula bekerja semula selepas at least tak bekerja untuk 2 tahun,  kerajaan mencadangkan mereka  dapat pengecualian cukai pendapatan individu ke atas pendapatan yang diperolehi dalam tempoh 12 bulan berturut-turut.
Pengecualian ini layak dituntut bagi tahun taksiran 2018 hingga 2020.


Pelepasan cukai untuk simpanan SSPN

Siapa yang ada simpanan SSPN, tempoh pelepasan cukai pendapatan individu dilanjutkan  selama tiga tahun mulai tahun taksiran 2018. 
Tapi pelepasan ni terhad kepada RM6K sahaja ya.


Cuti bersalin kakitangan swasta 

Mulai 2018, cuti bersalin ni dah wajib 90 hari.
Berita baik untuk ibu.
Kepada majikan, ramai yang mengeluh nampaknya.
Mungkin syarikat kecil kena hadkan pengambilan pekerja wanita muda dan yang baru berkahwin. ehehehe

Pengecualian stamp duty untuk rumah terbengkalai

Kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai boleh menerima  pengecualian duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindahmilik
berkuatkuasa 1 Januari 2018 - 31 Disember 2020.


Pengecualian GST untuk pengurusan bangunan 

Sebelum ni, kita sebagai pemilik rumah strata tak perlu bayar GST untuk perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan yang dilakukan oleh Badan Pengurusan Bersama dan perbadanan pengurusan
Tapi mulai 1 Januari 2018, kalau pengurusan dan penyenggaraan dilakukan oleh pemaju perumahan pun, kita tak prlu bayar GST.
Yeayyy


Bayaran khas kakitangan awam
Perghhhh.. ini paling ditunggu-tunggu oleh semua kakitangan awam.
Mereka akan menerima bayaran khas berjumlah RM1500 tahun ni.
Rm1000 awal Januari.
Rm500 menjelang raya.

Untuk kakitangan awam, sila simpan duit tu ya.



Salam Tahun Baru 2018
Semoga di tahun 2018, lebih banyak aset dapat dikumpul
lebih banyak pendapatan dapat dijana
lebih banyak cukai dapat dijimatkan secara sah
dan kita lebih gembira.

Yeaaahhh
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog