Penyewa jam 10 malam

Siang tadi sangat produktif bagi saya dan Normi Nas

Pagi, saya berusaha menulis bahan buku baru.
Kejap ada idea, kejap tak ada.

Jam 2 petang ada 2 orang nak view bilik untuk disewa di Cyberjaya.
Rumah saya sendiri, saya sewa ikut bilik.

Seorang datang lewat, student dari Syria.
Kami reject.

Seorang lagi expat dari India. Bekerja di DHL.
Dia macam berminat.

Lepas habis urusan di Cyberjaya, kami terus ke Bangsar.
Ada perbincangan dengan editor untuk buku baru Kasi Terbit.
Insya Allah tajuknya 'Backpack Pusing Jerman & ...'

Settle discussion, kami hantar cik editor balik rumah.
Special service ehehehe...

Elok sebelum kami tiba di persimpangan MEX/ PLUS Highway atau Highway Cheras Kajang, expat dari India whatsapp.
Dia nak masuk rumah malam ni dan boleh bayar deposit penuh.



Maka kami terus divert dari masuk Highway Cheras Kajang ke MEX Highway.
 Jam 10 malam bawak expat tu masuk rumah, ambil deposit dan pass kunci.

Tapi sebab last minute dan kami direct dari Bangsar, esok kena datang lagi untuk bawak tenancy agreement dan beri resit bayaran.

Normi yang iklankan rumah ni. Dia yang bawak dan close deal dengan expat tu.
Jadi malam ni dia senyum dengan komisen yang dia bawa balik.

Rezeki malam namanya...
0