Dua dokumen wajib jual rumah

Biasanya bila kita nak beli rumah, kita akan bertanya apa dokumen yang perlu kita sediakan untuk mohon pinjaman.

Tapi bukan pembeli sahaja yang perlu sediakan dokumen. Penjual pun sama, perlu sediakan dokumen tertentu.
Kalau tak ada dokumen ni, sangkut weh...

Jadi, bila terfikir  nak jual rumah, pastikan ada dokumen berikut:
1- salinan perjanjian jual beli masa kita beli dulu
2- salinan title atau bahasa pasar kata geran. Kalau rumah landed, sediakan salinan individual title, atau master title kalau title individu belum ada. Kalau apartment, sediakan salinan strata title atau master title kalau strata title belum keluar.

Tengok dalam file-file yang kita ada di rumah. Ada tak dokumen ni.
Kalau tak ada, dapatkan satu salinan dari peguam yang uruskan jual beli rumah tu atau dari bank yang kita buat loan. Buat dengan segera.

Kenapa dua dokumen ni penting?
Ia sangat penting untuk pembeli rumah ni nanti nak apply loan.
Tanpa dokumen ni, pembeli stuck. Banker tak boleh luluskan permohonan.

Kalau lama sangat stuck, pembeli boleh buat pilihan untuk batalkan pembelian dan duit booking dipulangkan 100%.

Jadi, selagi tak ada 2 dokumen ni, susah untuk anda menjual rumah anda.
Boleh faham?

Selamat pagi semua.

Info foto: apartment Sri Camellia, Taman Sepakat Indah 2, Kajang untuk dijual. Harga RM240K boleh nego



 
0