Pesta Hartanah BDB Land: Property talk percuma.. mai mai...

Saya dengar kat belah utara ni tak banyak perkongsian ilmu hartanah kan...
Kalau kat KL banyak la..

Aha...
Esok kita menyambut hari Kemerdekaan.
31 Ogos 2016.

Dan hari ni  saya akan bergerak ke Jitra, Kedah.
Nak sambut merdeka di sana.

Merdeka kali ni istimewa betul.
Saya dan kawan-kawan saya Ahyat Ishak, Faizul Rizuan, Aziz Ahmad dan Vince Chia akan berkumpul di sana.
Ada Pesta Hartanah BDB Land hari ini dan esok.
Bertempat di Darulaman Park, Jitra.



Malam ni ada sambutan Ambang Merdeka. Kita sambut malam menjelang 31 Ogos beramai-ramai.
Dengarnya akan ada bunga api.
Kita tunggu dan tengok.

Esok pula dari pagi sampai petang, padat dengan perkongsian ilmu pelaburan hartanah.
Otai-otai besar seperti Faizul Rizuan dan Ahyat pun ada sama...
pergh..
 

Insya Allah topik yang akan dikongsikan adalah
- Strategi Power Pemilikan Hartanah
- Analisa Kawasan dan Kelebihan Melabur dalam Hartanah Bertingkat
- Elemen Feng Shui dalam Rumah
- Teknik Senang Lulus Pinjaman
- Langsai Hutang dalam 10 Tahun

dan topik yang saya akan kongsikan adalah Nikmat Diskaun Pembelian Rumah.


Jadi, jom.. malam ni dan esok kita berkumpul.
Yang mana orang Kedah duduk KL tu, jom balik Kedah hari ni.

Oh ya, lupa nak bagitau.
Event ni percuma.
Property talk ni PERCUMA ya.
Semuanya dibawakan khas oleh BDB Land.

Jadi,
Datang sahaja dan bawa buku nota, pen dan hati yang gembira untuk belajar.

Jumpa di Jitra.
Mai mai...
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog