Cuci rumah bulan puasa

Projek bulan puasa.

Kawan saya duduk jauh. Nuun kat kerteh. Rumah dia di Shah Alam pula dah lama kosong. Jadi dia pos kunci ke saya untuk cucikan dan cari penyewa.

Pertama kali menjejaki rumah ni, kami hairan.. kata rumah kosong. Tapi kenapa kami tengok pintu terbukak sikit, ada seluar tergantung, ada kasut kat pintu macam ada orang duduk.

Rupanya member salah bagi nombor rumah. Dia cakap tingkat 4, rupanya tingkat 3.

Nasib baik kami belum panggil security, nak tanya awat ada orang masuk rumah dia duduk free.

La ni, saya bawak akak cleaner dari Kajang. Minta tolong cuci rumah yang macam titanic nak tenggelam ni. Normi dan mak dia pun ikut, sebab ada urusan lain di sini.

Ada perabot kepunyaan yang dah buruk, ada yang masih boleh pakai. Perabot buruk, kena buang lah.

Cuma cabaran terbesar adalah macamana nak keluarkan sofa yang lebarnya lebih besar dari lebar rumah.

Perghhh... kena cabut kaki dia dulu, kemudian berdirikan dia. Kemudian kena main angle.

Dengan tahap ketererran saya dan Normi, sofa gedabak dan buruk ni pun berjaya dikeluarkan. Sat lagi bersihkan rumah ni.






Eh, kawan-kawan kalau nak cari rumah sewa kat Shah Alam, boleh la sewa sini.
Kondo Mutiara Anggerik untuk disewa di Seksyen 15, Shah Alam. Security bagus. Rumah 4 bilik 2 bilik air. Siap ada kabinet dapur.
Kadar sewa RM1500 sebulan 







Mutiara Anggerik for rent
Contact saya 0123547636
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog