200k deposit, boleh tak?



Hari ni sampai jam 4 petang saya jaga booth the Vyne di NSK Kuchai Lama.

Boleh kata majoriti yang datang ke sini adalah chinese, memang untuk membeli barang keperluan. Sama ada datang seorang atau dengan keluarga.
Pakaian sempoi je.
Semuanya datang, beli barang dan keluar dengan troli.
Tak ada sangat couple muda bujang berdating kat sini.

Tadi seorang ayah berumur dalam 50an singgah di booth dengan anak perempuan nya.
Gaya macam anaknya tu umur 20an.
Dia bertanya mengenai lokasi dan unit paling kecil di The Vyne.

Saya pun beritahu lokasi dalam 5 minit je dari sini.
855 sqft, 2 bilik.
Harga paling murah RM480K.
Ada 10% diskaun, 5% cashback, free maintenance fee 1 year, free stamp duty, free legal fee.
Booking cuma 1k.

Kemudian dia tanya dengan bahasa melayu, loan berapa?
Saya pun menjawab, encik sudah ada berapa rumah? Kalau rumah kedua, loan maksima 90%. Kalau rumah ketiga loan 70%.

Si ayah, saya gelarkan Mr Law, beritahu ini untuk anaknya tu.
Anaknya pun senyum.

Kemudian Mr Law menyambung. "Kalau I bayar deposit 200k loan 280K boleh tak?"

Wowww....
Saya ambil masa tiga saat untuk menjawab sebab terkesima.
"Boleh sir.. Sure boleh.."

******
Moral of the story, nampak tak beza kebanyakan orang Melayu kita dengan sebilangan orang Cina? Kita ni deposit 20k nak beli rumah harga 200k pun semput..


Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1r8KPH3
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog