• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Jom Cari Rumah di Johor

    Sabtu Ahad ni jom jumpa di Plaza Angsana, Johor Bahru untuk Jom Cari Rumah. Slot saya, sabtu jam 4 petang ya.

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

200k deposit, boleh tak?



Hari ni sampai jam 4 petang saya jaga booth the Vyne di NSK Kuchai Lama.

Boleh kata majoriti yang datang ke sini adalah chinese, memang untuk membeli barang keperluan. Sama ada datang seorang atau dengan keluarga.
Pakaian sempoi je.
Semuanya datang, beli barang dan keluar dengan troli.
Tak ada sangat couple muda bujang berdating kat sini.

Tadi seorang ayah berumur dalam 50an singgah di booth dengan anak perempuan nya.
Gaya macam anaknya tu umur 20an.
Dia bertanya mengenai lokasi dan unit paling kecil di The Vyne.

Saya pun beritahu lokasi dalam 5 minit je dari sini.
855 sqft, 2 bilik.
Harga paling murah RM480K.
Ada 10% diskaun, 5% cashback, free maintenance fee 1 year, free stamp duty, free legal fee.
Booking cuma 1k.

Kemudian dia tanya dengan bahasa melayu, loan berapa?
Saya pun menjawab, encik sudah ada berapa rumah? Kalau rumah kedua, loan maksima 90%. Kalau rumah ketiga loan 70%.

Si ayah, saya gelarkan Mr Law, beritahu ini untuk anaknya tu.
Anaknya pun senyum.

Kemudian Mr Law menyambung. "Kalau I bayar deposit 200k loan 280K boleh tak?"

Wowww....
Saya ambil masa tiga saat untuk menjawab sebab terkesima.
"Boleh sir.. Sure boleh.."

******
Moral of the story, nampak tak beza kebanyakan orang Melayu kita dengan sebilangan orang Cina? Kita ni deposit 20k nak beli rumah harga 200k pun semput..


Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1r8KPH3
Share:

Tahun 2016 untung ke tak?

Ahad ni 24 April ke mana?

Apa kata kita update diri dengan perkembangan terbaru pelaburan hartanah.
2016 ni tahun yang bagus beli ke?
Ke tahun patut tunggu dan lihat?

Bertempat di Setia Putrajaya Galleria, satu property talk oleh tiga orang speaker hebat akan diadakan pada jam 1.00 tengahari - 4.00 petang.
Speakernya adalah
- Ahyat Ishak (CEO The Strategic Property)
- Amsyari Zahir (Founder AMACC Management Services)
- Norisah Ibrahim (perancang kewangan Islam)


Masuk percuma tau.
Cuma kena RSVP la. Hubungi 03-88616500
Share:

Albury : Rumah Landed 293K

Biasanya rumah landed baru sekarang harga melebihi 700K.
Itu kalau di kawasan berhampiran pusat bandar.

Tapi kalau di bandar yang sedang membangun seperti Sepang, Semenyih, Pajam... harga rumah landed lebih dari 400K.

Tiba-tiba saya dengar ada rumah landed berharga dalam RM293K sahaja.
Aik.. biar betul!

Ya.. betul.
Nama projek tu Albury.
Nama pemaju UMLand.




OK, kalau nak tau betul ke tak seperti yang diwar-warkan, 16 April iaitu Ahad nanti boleh hadir ke
Mahkota Hills Sales Gallery
No. 13, Jalan Kiara 1, Kawasan Perniagaan Kiara,
43500 Semenyih, Selangor

Akan ada limited unit dengan harga terbaik dan super duper rendah ni.

Tak familiar venue tu kat mana boleh guna waze, cari Mahkota Hills Sales Gallery

Ataupun telefon sahaja  016-36 11 002 dan mereka akan bantu anda tunjuk arah ke sana.

OK, jumpa nanti ya.
Zassss!
Share:

Rumah landed Saujana Puchong below market value

Client saya nak letgo sebuah rumah teres dua tingkat di Saujana Puchong, Puchong, Selangor

4 bilik 3 bilik air
Saiz tanah 22 x 75








Rumah ni condition cantik.
Nak jual cuma 465k. Bank value 500k.
RM35k below market.
Masa beli je dah untung 35k

Lagipun kalau beli rumah baru, kondo pun harga dah 500k.
So payah nak dapat rumah teres harga 400k++ ni wehhh..








Lokasi ni cun
Dekat dengan sekolah. Cuma 1.3km ke sekolah kebangsaan
Petrol station pun dekat.
Siap ada pengawal keselamatan lagi

13 km ke Tesco Puchong
20km ke Putrajaya
28 km ke MidValley KL


Berminat? Boleh call 0123547636



Share:

Apartment di Cyberjaya nak jual below market.




Ada satu apartment servis ni, Domain 1 di Neocyber, Cyberjaya.
Rumah ni 761 sqft, 3 bilik 2 bilik air.
Siap perabot penuh dengan 3 aircond, 2 water heater, kabinet dapur, sofa, set bilik tidur, mesin basuh, meja makan dan lain-lain.


Sewa sana sekarang RM1800 fully furnish

Yang cun pasal rumah ni:

1. Bank value boleh cecah 360K tapi owner nak let go 330K sahaja. Last price. Maknanya 30K below market value.

2. Bagi deposit rm6k sahaja.

3.Kalau dapat buat loan 90% dari 360K maknanya rm324K.
324K + deposit 6K = 330K.
Maknanya bayar 6K sahaja dan tak payah bayar apa lagi dah.

4. Owner nak letgo sekali dengan perabot. Jadi tak payah beli perabot dah. Terus boleh sewakan kepada expat atau foreigner kat sana untuk kadar sewa begini.

5. Apartment ni lokasinya cun. Berada di kawasan shop lot. Ada banyak kedai makan arab, 99 speedmart, kedai makan melayu, saloon, mamak dan macam-macam kedai lagi menyebabkan ia tetap menjadi kegemaran penyewa di sana.

Berminat? Boleh whatsapp 0123547636






Share:

Talk percuma Shah Alam 2 tahun 2016 : kita jumpa juga nanti ya

29 November 2015 tahun lepas saya sepatutnya beri talk hartanah di Shah Alam 2
Boleh baca posting saya sebelum ni DI SINI.

Tetapi sehari sebelum talk ni saya mengalami kemalangan motorsikal sehingga ada pendarahan di kepala dan kepala saya dibedah.
Jadi talk event ni terpaksa ditunda ke satu tarikh yang belum pasti.

Kesian pihak penganjur iaitu IJM.
Saya dimaklumkan mereka telefon setiap peserta beritahu event ni cancel 
Maaf banyak-banyak menyusahkan pihak IJM dan peserta.
Saya pun tak mahu kemalangan teruk begini.

Alhamdulillah.. setelah beberapa bulan saya berehat, insya Allah saya dah semakin sihat dan boleh beri talk semula macam sebelum ini.

Jadi, kita akan ulang semula event property talk yang penuh dengan peserta ini.

Insya Allah, Ceramah Hartanah 2016 akan diadakan pada
07 Mei 2016 Sabtu
bertempat di Galeri Jualan Shah Alam 2



Tapi kali ni saya tidak keseorangan.
Saya dan seorang lagi speaker cool dan femes, Khairul Ezuwan atau nama glemernya KEY akan berkongsi kepada semua yang hadir.



Insya Allah kami akan cover topik seperti:
- Strategi ASB mengurangkan kos profit bank pada pembiayaan perumahan.
- Pemilikan rumah di usia muda.
- Kenali keistimewaan Bandar Puncak Alam.
- Jangan beli rumah sekarang, yek ke?
- Apa kelebihan membeli rumah di perbandaran yang baru?
- Rumah Teres Vs pangsapuri?








Event bermula pada jam 11.30 pagi, kemudian ada jamuan makan tengah hari dan kemudiannya sesi saya.



Jadual penuh:

11pg-12.30tgh
Khairul Ezuwan
ASB Genius,
Bijak Kewangan dan Hartanah

2ptg - 3.30ptg
Rohaniah Noor
Pelatih blogger dan perundingan
hartanah

Saya ingatkan semula, sesi ini adalah PERCUMA
tapi ia hanya terhad kepada 50 peserta pertama yang mendaftar online sahaja.

Jadi, kalau berminat, kawan-kawan kena RSVP sebelum 30 April 2016!
Boleh klik Disini : http://buff.ly/1YSLHKd

eh jap...

untuk 30 pendaftar terawal, ada pulak free ebook yang terpanas di Malaysia/
Set Kombo ASB Genius & Hartanah,
7 Ebooks & 9 videos!



Ok. kita jumpa nanti ya...
Talk event Shah Alam 2 dibawakan oleh IJM Land.
Share:

Havoc Hartanah KL 2016 lagi seminggu

Pertama kali saya muncul dalam event Seminar besar begini selepas kemalangan.




Havoc Hartanah akan diadakan weekend depan, 16 dan 17 April. Venue di Wisma MCA, Kuala Lumpur.

Bukan saya saja. Ada ramai lagi Speaker power-power. Boleh belajar mengenai pelaburan hartanah dari 14 orang Speaker, padat dalam 2 hari ni.





Kalau event lain, yuran mau rm300-500.
Tapi Havoc Hartanah ni special. Tiket cuma rm90 untuk dua hari, atau rm50 untuk sehari.

Kena cepat tau... seminar ni akan berlangsung lagi seminggu.

Nak daftar dan dapatkan tiket? Boleh whatsapp 0123547636 ya
Share:

Cari suratkhabar semalam?

Pernah tak korang terlepas beli suratkhabar yang rupanya ada artikel penting atau ada gambar korang kat paper tu tapi tak sempat beli?

Rileks.. Masih boleh dapatkan suratkhabar semalam kat tempat pengedar suratkhabar. Diorang kumpulkan balik suratkhabar semalam sebelum dipulangkan ke syarikat pengeluar.

Dalam kes saya, saya dok  kumpul 7 hari Sinar Harian berturut-turut mulai Isnin haritu, 28 Mac.
Sebabnya... ?
Bila cukup 7 hari iklan Lost of of Tambun dalam suratkhabar tu, beserta dengan kepala surat khabar, saya boleh tukar dengan 1 tiket free masuk sana.



Woww...
1 tiket the masuk harganya rm58. Kalau ada promosi, harga rm49.25
Tapi dengan 7 kali beli Sinar Harian, kos cuma RM 1.20 x 7 = RM 8.4
Jimah 86% dari harga asal.
Woww weee.....

Tu yang saya gila kumpul 7 hari paper ni.
Tapi kita kan sibuk dengan kerja, jadi ada hari yang saya terlambat beli.
Sinar Harian pula paper paling laku. Paper lain ada lagi kat kedai, tapi Sinar Harian dah sold out.

Jadi kalau terlepas, saya ke ke kedai pengedar macamni la.

Kat kajang, ini tempatnya.



Kat pekan Kajang tu, ada nampak pejabat pos kecik, area sebelum simpang besar ke Metro Kajang. Area opposite Satey Kajang Haji Samuri. Haa.. Masuk jalan kecik depan pejabat pos tu dan cari kedai ni.

Ada banyak paper semalam kat situ..Nak beli sembilan pun boleh..
Tapi kena pergi cari awal pagi tau..

#tiketfreelostworldoftambun
Share:

Rumah landed modal rendah di Pajam


Ada projek baru Seri Pajam rupanya.
Ada teres setingkat, teres dua tingkat dan Semi D.



Teres setingkat, Nada 2 namanya.. ada 4 bilik tidur dan 2 bilik air.
Harga dari RM398K

Teres dua tingkat pula ada 2 jenis.
Yang pertama, Eusarca. Ada 4 bilik 4 bilik air harganya bermula dari RM497,800.
Siap ada pengawal keselamatan.

Teres dua tingkat kedua oula Nusa 13. Ada 5 bilik 5 bilik air.
Banyak bilik tidur dia. Harga pula bermula dari RM485K

Manakala yang semi D, namanya Aria D. Ada 5 bilik tidur dan 6 bilik air.
Luasa tanah 40 x 80
woww...
Harga bermula dari RM890K.

Untuk membantu pembeli mendapatkan unit dalam projek ni, pemaju dah siapkan dengan pakej istimewa.
Bayar deposit rendah, zero entry cost dan ada pakej bayaran ansuran rendah.

Nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi pihak Seri Pajam atau datang sahaja ke galeri jualan mereka.



Oh ya.. sebut pasal pergi ke galeri jualan, 10 April ni kat galeri jualan tu nanti ada seminar percuma pelaburan hartanah.
Ahyat Ishak akan berkongsi tajuk Buying Property during Uncertain Time
manakala Abdul Aziz Ahmad akan berkongsi tajuk Be Smarter Settle Your Housing Loan in 10 Years.
Majlis ini akan bermula dari jam 10 pagi - 6 petang,

Apa lagi.. seminar free ni...
Peta lokasi ada dalam gambar yang saya letak kat atas tu ya..
Orait!



Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog