Berniaga lepas dibuang kerja



Saya risau kalau seorang yang makan gaji bergaji tinggi dalam 5 angka tiba-tiba diberhentikan kerja.

Kemudian dengan wang simpanan atau VSS yang ada, mereka mulakan perniagaan.
Tak pernah berniaga
Baru pertama kali berniaga
Niaga pula pilih bisnes modal besar. empat ke lima angka.

Saya sangat risau sebab - mereka tak biasa berniaga.
 Belum faham cara dan cabarannya bagaimana. - pemikiran dan cara pengurusan kewangan orang makan gaji lain dengan orang berniaga.
Takut-takut modal hangus, untung tak ada.

Saya lebih gemar orang makan gaji sebegini, bila hilang pekerjaannya cepat-cepat kurangkan komitmen kewangan.
Tukar kereta mahal ke kereta asal ada.
Tutup loan ASB.
Jual rumah yang bagi cashflow negatif.

Berjimat cermat habis-habisan.
Simpan duit simpanan dan pampasan yang mana ada dan cuba survive sepanjang mana yang boleh dengan wang yang ada sambil mencari pekerjaan baru.

 Lain orang lain style lain pandangan.
0