• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku-buku Terbitan Kasi Terbit

    Kasi Terbit dah ada banyak koleksi buku-buku yang panas dan bakal memberi manfaat kepada anda. Hubungi 0123547636 untuk mendapatkannya.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Free talk di Selayang: Strategi beli rumah bertingkat

Ahad ni ada ke mana-mana?

Nak tahu tak strategi beli rumah bertingkat dan bagaimana pasaran hartanah di tahun 2016?

Ahaa.. begini kisahnya.
Kawan saya ni, Ahyat Ishak dan Faizul Rizuan akan bagi talk free mengenai pelaburan hartanah.
Venue kat Bandar Baru Selayang, jam 11 pagi sampai 5 petang.

Free tau. Tak perlu bayar.
Teringat satu masa dulu, saya pun bermula dengan datang ke talk free macam ni. Nama je talk free tapi content yang dikongsi tu mahal.

Ni saya letak poster event ni ya.
Kalau nak hadir, call no telefon kat situ. Kasi gempak Selayang Ahad ni.

Yeahhh

Share:

Kenapa tak beli rumah - sebab kedua

Kenapa sesetngah dari kita belum beli rumah lagi? Sambungan artikel sebelum ini DI SINI.

Sebab kedua:

Tak reti nak simpan duit. Beli rumah kena pakai duit, bukan pakai air liur. Modal air liur, dapat air liur je la.

Rumah yang paling sikit pakai modal adalah rumah under construction. Paling-paling ready dalam RM5K. Legal fee percuma. Stamp duty percuma.
Tapi kalau kat Lembah Klang ni harga rumah under con paling murah pun lebih kurang RM280K untuk unit studio 450 sqft.
Kalau rumah mampu milik yang RM300K ke atas tu pulak memang nak 10% deposit.

Rumah yang ada harga lebih rendah adalah beli dari subsale atau lelong. Yang ni memang selalunya kena sedia 10%, bayar legal fee, bayar stamp duty semua. Kalau rumah lelong, mungkin rumah lagi busuk. Kena baiki lagi.

Kalau beli subsale dan dapat owner yang boleh terima 5% deposit je, alhamdulillah.. Lagi 5% deposit tunggu duit kwsp atau bila dapat duit markup snp. Orang tak ada modal banyak kena grab peluang ni kalau jumpa.

Pendek kata, semua mau duit. Empat ke lima angka.
Hidup pakai wang, mati pun pakai wang.

Jadi, tak reti-reti simpan duit?


Share:

Kenapa Belum Beli Rumah?

5 Sebab kenapa ada kalangan kita belum beli rumah

Sebab Pertama

Nak beli rumah murah.. bawah 200K di lembah klang.
Tapi nak rumah yang wangi berkilat macam kondo mewah.
Bila tengok rumah busuk dan cat kusam, terus rasa ouchh.. eii.... yuck!

Kamon.. Be realistik.

Yang busuk tu kita boleh kasi wangi.
Cat kusam boleh cat balik siap feature wall bagai.


 
Share:

Makan free di Cyberjaya

Makan Free wehhh

20 hb nanti syok juga kita ke Cyberjaya.
Ada makan-makan free sempena sambutan Chinese New Year di sana.
Setia Haruman belanja....








Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog