• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Jom Cari Rumah di Johor

    Sabtu Ahad ni jom jumpa di Plaza Angsana, Johor Bahru untuk Jom Cari Rumah. Slot saya, sabtu jam 4 petang ya.

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Rumah RM300K hanya untuk pembeli pertama sahaja. Satu lagi langkah maut?

Semalam Perdana Menteri kita membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016.

Yang melibatkan hartanah adalah :

1) Untuk projek perumahan baru, maknanya beli rumah under construction dari pemaju lah ni.. kerajaan buat peraturan yang rumah berharga RM300,000 ke bawah hanya untuk pembeli rumah pertama sahaja. Ini berkuatkuasa serta merta. Maknanya start dari ucapan najib pasal perenggan ni berlaku.

2)  Kerajaan akan buat Jelajah Ekspo Pemilikan Rumah Bersepadu untuk menawarkan lebih 100 ribu unit rumah yang ditawarkan oleh JPN, PR1MA, SPNB, PPA1M, agensi negeri serta sektor swasta.

3)  Kerajaan menerusi Bank Simpanan Nasional dan Bank Rakyat akan menawarkan pinjaman pada kadar 4% di bawah Projek Perumahan Rakyat yang berharga 35 ribu ringgit. Sebanyak 400 juta diperuntukkan untuk 10K pemilik rumah.



Hmmm.... saya percaya point pertama ni paling panas...
Lepas je najib sebut pasal point ni, ramai terus cepat-cepat update kat facebook atau forward kat whatsapp.

Sekali imbas, rakyat marhaen akan kata.. wowww.. bagusnya kerajaan buat langkah untuk membantu pembeli rumah. Limitkan rumah murah hanya untuk pembeli rumah pertama sahaja. Pembeli rumah kedua, biar lantak la mereka kena beli rumah lebih mahal. Kami mesti pilehhhh!

Tapi kejap.. cuba fikir kejap.


Sebenarnya perdana menteri kita ni nak tujukan langkah ni untuk pembeli rumah kat mana ni?

Kalau pembeli rumah di Lembah Klang. tak ada dah kot rumah yang macam rumah dijual oleh pemaju pada harga bawah RM300K. Kalau ada jumpa pun, studio unit 400 - 450 sqft sahaja.
Kebanyakan rumah under con sekarang, harganya dalam RM450K ke atas sahaja. Tak percaya cuba tengok dalam majalah atau website iproperty.

Kalau untuk pembeli rumah di luar bandar atau di negeri lain, memang ada rumah landed setingkat yang berharga kurang RM300K. Contoh di Pekan, Temerloh.. ni saya bagi contoh di negeri asal saya lah.
Tapi lepas ni, pasaran pembeli dah kecik. Pemaju ni bisnesman. Baik lah mereka jual yang harga RM301K ke atas sahaja supaya lebih ramai boleh beli. Lebih baik naikkan sikit harga ke 301K ke atas.

Nanti tengoklah.. kat luar bandar dan negeri lain, akan semakin kurang rumah dijual pada harga RM300K ke bawah.

Dan bagi orang KL dan Selangor yang nak beli rumah di Lembah Klang, langkah 4 pengubahsuaian bajet ni hanya mekap semata-mata. Tak memberi impak yang besar pun. Malah ia boleh menaikkan harga rumah under con di luar bandar kepada RM301K ke atas pula.

Jadi, apa tujuan langkah 4 pengubahsuaian bajet ni sebenarnya? 

Untuk baca teks penuh Pengubahsuaian Bajet 2016 ni, boleh baca DI SINI.
Share:

Rumah pun macam awek hot



Hari isnin baru-baru ni saya post satu rumah nak jual di Facebook. Harga RM115k di Nilai Perdana.

Perghh.. Letak je post tu, ia terus viral sampai telefon saya memanjang engage.
Sampai member nak call tanya kat mana pun tak lepas.

Ibarat awek cantik, hot tiba-tiba muncul kat drama pukul 7 malam.
Semua orang usha.
Haa.. Begitulah.

Tapi awek hot macamana pun tak ada yang sempurna.
Harga rumah ni ok.
Tapi valuation bank rendah.
Sebab kat situ tak banyak transaction.

Bila tak ramai orang jual rumah kat situ, maka tak ada banyak rekod.
Valuation ni diorang tengok rekod jualan terakhir.
Berapa last orang jual.
Kat situ baru valuer boleh anggar dan kira valuation terkini.

Habis tu kalau last orang jual dua tahun lepas, harga jual pun cuma RM75k, macamana nak dapat valuation 110k kan..

Itulah lebih kurang terjadi pada rumah ni.

Mula-mula saya dapat bank value 90k.
Saya pujuk lagi mintak mortgage advisor usahakan valuation lebih tinggi, dapat la 100k.
Owner memang nak jual 115k.
Paling nego pun 100k.

Jadi setiap yang call saya tanya pasal rumah ni saya beritahu yang bank value 100k je.
Maknanya kena topup 10k selain 10% deposit.

Tapi sehari kemudian, saya dapat tahu,  valuation tu silap.
Mortgage dan valuer ingat luas 900sqft. Rupanya 750 sqft.

Jadi bank value dia bagi cuma 80k.
Tak boleh pergi lagi tinggi dah.
Adehhh

Banyaknya cash kena ada.

10% deposit. Tu dah RM11k.
Kena bayar semasa booking (3.18%) dan semasa sign s&p ( baki 6.82%).

Loan pulak cuma 90% dari bank value.
Iaitu 90% x 80k = 72k sahaja
11k deposit + 72k loan baru 83k
110k - 83k = 27k
Buyer kena tambah cash lagi 27k.

Yang 27k tu bayar nanti masa bank dah buat full disbursement iaitu bayaran penuh amaun pinjaman kepada penjual.

Jadi maknanya jumlah cash yang buyer kena sediakan adalah 11k + 27k = 38k.

Faham ke faham?



Apa pun alhamdulillah...

Sehari lepas saya post pasal rumah ni, ia telah dipinang.

Pasangan suami isteri muda yang mahu membeli rumah pertama mereka untuk tinggal sendiri.

Diorang tengok rumah tu, terus jatuh chenta.
Siap berangan nak letak dapur kat mana.
Siap google pasal decoration rumah untuk hiaskan balkoni.
Wahh...

Saya terharu dengan impian mereka.
Saya sangat harap diorang dapat beli rumah ni dan capai impian mereka ni.

Mohon kawan-kawan semua doakan permohonan pinjaman ini lulus ya.

Hmm...
Rumah untuk duduk tak semestinya banglo besar dengan 8 bilik dan kolam renang saiz Olympic.
Yang penting dalam hati bahagia dan manis sentiasa.

Bermula dari bawah, esok insya Allah empayar kita berkembang gagah.

Amin...

Ada siapa nak jual rumah?
Mungkin saya boleh tolong.
Call 0123547636


Share:

Teknik beli perabut dapat diskaun

Pasang katil baru di rumah sewa di Cyberjaya.



Jangan terpedaya. Ada kedai yang harganya murah, tapi delivery kena bayar. Kalau kira balik, sama je harganya atau lebih mahal dari setengah kedai yang delivery percuma.

Terbaik kalau dah la harganya murah, delivery pun percuma.

Saya survey katil divan di bangi, harga dalam rm250-280. Ni yang tahan lasak dan murah lah. Penyewa orang arab, badan besar. Kena pilih yang lasak sikit.

Tapi di kedai rasmi saya,  boleh merayu buat muka kesian, dapat rm210. Delivery free.

Klunya.. Wujudkan hubungan yang baik dengan salesman kedai perabot. Setia dengan kedai yang sama. Kita sokong dia, dia sokong kita balik.







Gambar: Rumah studio unit di Cyberjaya untuk disewa. Partly furnish. Sewa RM1200.

#propertywaltz
Share:

Kedai 2nd hand Semenyih


Kat kedai ni saya dapat beli 2 kerusi eksekutif yang tempat sandarnya sampai kepala pada harga rm100 satu.
Kalau beli baru harganya tak kurang dari rm250.

Saya pernah beli kerusi kerani pada harga rm50.
Kalau beli baru, harga dalam rm120.

Saya juga beli bed side table pada harga rm20. Solid wood.
Kalau beli baru, kayu murah pun harga lebih kurang rm100.

Kedai 2nd hand di Semenyih.
On the way dari pekan Semenyih ke Tesco, pandang kanan.

Jangan kata ahkak tak payung.


Share:

Jangan bagitau bakal boifren

Pagi ini saya terbaca tulisan Dr Azizul di facebooknya.

Boleh rujuk pada screenshot ni.





Jadi saya nak mengulas sedikit mengenai hal ini. Boleh kan..

1) Perempuan kena beli rumah sebelum berkahwin. Itu untuk masa depan. Tapi jangan beritahu boifren atau balak yang nak mengorat.

2) Rumah untuk duduk, beli flat je. Kalau rumah landed atau kondo, itu kita sewakan atau untuk jual balik.

3) Suami tetap kena sediakan rumah untuk keluarga biarpun berkahwin dengan perempuan yang dah beli rumah. Menyewa pun tak apa.

4) Itu sebab perempuan duduk rumah flat atau rumah paling kecik yang dia beli. Kalau duduk rumah besar yang mereka beli sendiri, nanti suami kata, "rumah ayang dah selesa. Kita duduk sini je la ya..".

Oh.. No no no.


Share:

banyaknya insurans untuk rumah

MRTA atau MRTT adalah insurans yang akan bayarkan baki hutang pinjaman rumah apabila kita meninggal atau hilang upaya kekal.
Huruf A terakhir tu maknanya assurance, insuran konvensional.
Huruf T terakhir tu maksudnya Takaful, insuran Islamik.

MRTA atau MRTT ni attached kepada rumah.
Jadi kalau jual rumah tu, insurans tu pun dah tak protect.
tapi bayar sekali sahaja. Lump sump.

MLTA atau MLTT pula macam insurans nyawa.
Kena bayar bulanan, ada tempoh matang tapi benefitnya khusus untuk tolong settlekan baki pinjaman rumah bila kita meninggal atau hilang upaya kekal.
Tapi dia attached pada peminjam, jadi boleh tukar rumah mana-mana yang peminjam beli asalkan jumlah perlindungan tu cukup.
Kalau jual satu rumah, insurans tu pindahkan ke rumah lain pulak lah.

Jangan keliru dengan insurans yang kita bayar setahun sekali pada pihak pengurusan bangunan.
Tu fire insurans, kalau rumah terbakar.
Ada juga fire insurans yang cover bencana alam atau mana tahu kalau swimming pool atau tangki air pecah.

Huh, berat yang saya tulis hari ni dalam pening kepala.
Oleh kerana tak boleh tengok skrin lama, saya berhenti rehat beberapa kali selama beberapa minit untuk habiskan taip.

Gambar: rumah teres di Saujana Puchong nak jual. RM490k, boleh nego nipis. Market value boleh pergi RM500k

Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1TwW5oo
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog