Mengejar impian Kababoom!

Tahun lepas saya rasa malu dengan diri sendiri.
Sebab sejak tahun sebelumnya, iatu tahun tahun lepas, saya merancang nak mempunyai sebuh buku fizikal sendiri.
Tapi hajat tu asyik terpendam, terendam dan terkempam sahaja.
Dah masuk 2014 bukunya masih belum ada.
Saya sekadar gembira dengan ebook sahaja.

Lama-lama rasa tak boleh jadi ni.
Saya kena buat sesuatu yang drastik untuk keluarkan buku saya.
Kekangan masa buat impian saya tertolak lama sangat.

Tu yang last-last saya nekad ambil cuti tanpa gaji, dan akhirnya meletak jawatan sebagai kakitangan awam.
Haa.. padan muka.
Biar ada masa untuk fokus pada buku.

Dah cuti tanpa gaji pun buku masih belum keluar.
Haihhh..
tak boleh jadi.

Saya nak bukukan blog saya ni menjadi buku fizikal.
Angan-angan saya, bulan Jun buku saya dah keluar.
Tapi bahan blog ni banyak. Perlu ditapis.
Jadi, lambat juga. Tak sempat keluar dalam bulan Jun.

Last-last bila dah masuk bulan Julai, saya decide nak bukukan ebook keempat saya, 15 Artikel Beli Rumah Kababoom!

Ha.. memandangkan ebook tu padat dengan tips, teknik, undang-undang dan strategi beli rumah, saya nampak ia sangat sesuai untuk dibukukan.

Asalnya saya merancang untuk terbitkan sendiri buku ni.
Tapi selepas berbincang dengan Legacy Publishing, kami setuju untuk terbit bersama dengan kos dikongsi dan hak edaran berasingan.

Masa saya decide nak terbitkan sendiri tu dah pertengahan bulan 7 dah.
Dan saya tetapkan, buku ini mesti diterbitkan sebelum Havoc Hartanah KL pada 5 dan 6 September nanti.

Woww.. saya ada masa lebih kurang satu bulan setengah sahaja untuk siapkan buku ni.

Maka segala jentera editorial dikerah.
Saya lah tu,..
saya bertindak sebagai editor pengurusan iaitu kuli yang menguruskan kerja-kerja editorial buku ni sampai siap.

Alhamdulillah saya dapat harga terbaik dari Hafiz Latiff, boss Legacy Oakheart untuk kerja-kerja editing, prufreading dan design layout.
Legacy Publishing pula bantu mereka kaver buku.



Untuk memberi sesuatu extravaganza pada versi buku fizikal ini, maka saya pun menambah lagi 5 bab yang tak ada dalam versi ebook.

Untuk buku saya, saya mahukan ia ringan dan bersaiz handy.
Sebab saya sendiri suka sentiasa bawa sebuah buku dalam beg atau bawa ketika travel.
Jadi, buku yang ringan dan bersaiz handy ni sangat sesuai.
Saya takkan bawa buku yang berat, besar.

Saya dapati kertas simili iaitu kertas putih yang biasa digunakan dalam buku di Malaysia tu berat.
Kertas bulky yang biasa digunakan oleh buku-buku keluaran pula kurang sesuai dengan cetakan gambar atau berwarna.
Nanti gambar jadi kembang.

Satu hari saya nampak buku The Naked Traveller oleh Trinity.
Buku travelog tu menggunakan kertas seakan bulky tetapi cetakan gambar berwarna penuhnya cantik.
Jadi, saya mula mencari kertas seumpama ini untuk digunakan.

Berbincang dengan syarikat percetakan, saya dibawa ke pejabat sebuat pemborong kertas.
Di situlah saya berjumpa dengan jenis kertas yang menepati apa yang saya mahukan.
Kertas yang ringan tetapi sesuai untuk cetakan berwarna penuh.



Nak ditambah kababoomnya, Puan Rozalina, CEO REConsult PLT, organiser Havoc Hartanah pula berbesar hati menawarkan peluang melancarkan buku semasa majlis tu nanti.
Wowwww..
Takkan dilepaskan peluang ni.
Buku wajib siap cetak sebelum 5 September, sebelum hari pertama Havoc Hartanah.

Maka saya dan team editorial buku ni pun pulun mengejar dateline.
Stresnya tak boleh nak cakap.
Berpetak-petak kepala saya.
Bersengkang mata sampai jam 2 pagi di pejabat Legasi Oakheart bukan perkara pelik.


Hinggalah akhirnya pada hari khamis petang, 3 Sept saya telefon syarikat penerbitan dan wallahhhh!
Buku saya dah siap dicetak.
Alhamdulillah.. syukur...

Malam itu juga saya dan kawan penulis bersama Saya Backpacker, Normi pergi ke kilang untuk mengambil stok buku.
Dalam hujan renyai kami redah.
Saya punya excited masa tengok buku tu kat kilang... tuhan sahaja yang tahu.




Alhamdulillah.. hilang semua penat dan stress selama ni bila tengok hasilnya.

Malam itu juga saya dan Normi pergi makan western food kat Serdang.
Celebrate.


Ahad 6 September 2015, buku Beli Rumah Kababoom! berjaya dilancarkan di Havoc Hartanah KL di Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay, KL.

Satu impian terlaksana.




Saya percaya buku ni akan membantu pembacanya dalam memahami tips, teknik, lompang, jalan maut, jalan mati dan jalan potong dalam membeli rumah mereka.
Tak kiralah beli rumah untuk duduk sendiri atau untuk pelaburan.
Semuanya perlu beli dengan ilmu kan...

emak dan buku saya

Ada 20 bab yang saya pilih kandungannya betul-betul wajib semua pembeli rumah tahu.
Kiranya, dari dummy jadi hero lah lepas baca buku ni. Insya Allah..

Berminat nak dapatkan buku ni?
Haa.. meh meh.. harga cuma RM29. Kos pos RM6 untuk Semenanjung dan RM10 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

Caranya mudah sahaja

1) bank in harga buku dan kos pos ke akaun bank CIMB atas nama Kaseh Trading and Services 8600304257. Email notification adalah propertywaltz@gmail.com

2) Emailkan bukti bayaran, nama, email, nombor hp dan alamat surat-menyurat ke propertywaltz@gmail.com untuk pengeposan buku.

Pihak saya akan mengepos buku itu terus ke rumah anda.

Yeahhhh


Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog