• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Jom Cari Rumah di Johor

    Sabtu Ahad ni jom jumpa di Plaza Angsana, Johor Bahru untuk Jom Cari Rumah. Slot saya, sabtu jam 4 petang ya.

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Havoc Hartanah KL menggegar lagi september ini.

Insya Allah, Havoc Hartanah KL akan kembali lagi september ini.

Havoc Hartanah ni unik dan istimewa sebab ia satu seminar hartanah yang membawakan perkongsian ilmu dari 12 orang speaker dan 12 sesi perkongsian ilmu power kepada semua peserta.



Dari tajuk strategi beli rumah, macamana nak capai kebebasan kewangan melalui hartanah, macamana nak buat duit dari hartanah pada era RM jatuh ni dan macam-macam tajuk power lagi.

Yang paling menakjubkan adalah, tiket  masuk  cuma RM90 sahaja untuk 2 hari dan RM50 sahaja untuk satu hari. Giler murah untuk koleksi ilmu mahal sebegini.

Insya Allah, kali ni saya  juga turun sekali lagi ke pentas Havoc Hartanah untuk berkongsi tajuk mengenai Pembelian Rumah Under Con: Apa Yang Perlu Dikaji.

Butiran seminar:
.
Tarikh: 5 & 6 September 2015
Masa: 8:00pagi-6:00ptg
Lokasi: Auditorium Panggung Sari, Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur

Antara speaker yang akan berkongsi ilmu adalah:
- Dr Daniele Gambero
- Khalil Adis
- Jackson Yee
- Adrian Un
- Adzman Ariffin
- Adrian Wee
- Rohaniah Noor
- K Y Tee
- Dr Azizul Azli
- Wan Infolelong
- AbangAbu Mekanik$ Wang



Tiket ni jadi murah sebab ia ditaja dan dibiayai oleh pemaju-pemaju yang turut mengambil bahagian dalam acara ini.
Siap 3 kali makan, kalau tak memang tak dapat lah harga ni.

Tempat terhad.
Untuk mendapatkan tiket,

1) bank in amaun tiket ke akaun CIMB Bank 8600304257 atas nama Kaseh Trading and Services.
2) emailkan nama, email dan no hp ke propertywaltz@gmail.com

Nanti!





Khas untuk yang membeli tiket dua hari dari kami, ada 2 ebook untuk anda yang bernilai RM 45 PERCUMA.

1) ebook 5 Langkah Jana Wang Sewa Besar bernilai
2) ebook Tips Kembara Bajet Koh Lipe.

Oh ya, insya Allah buku Beli Rumah Kababoom akan dilancarkan semasa Havoc Hartanah ini nanti.
Pada 6 hb.

Insya Allah kita juga akan mula buka jualan buku ini pada harga pelancaran terbaekkk punya.

Jangan lupa, untuk mendapatkan tiket,

1) bank in amaun tiket ke akaun CIMB Bank 8600304257 atas nama Kaseh Trading and Services.
2) emailkan nama, email dan no hp ke propertywaltz@gmail.com

untuk makluman lanjut, whatsapp 012-3547636

Tunggu apa lagi..

Jom Daftar Sekarang!




Share:

Sky Awani, rumah mampu milik di Sentul, Kuala Lumpur.

Siang tadi saya ke pejabat jualan Sky Awani di Ampang.
Melihat model dan berbincang mengenai majlis penerangan projek rumah mampu milik ini yang akan diadakan pada hari Ahad nanti.

Haah.. ahad ini saya akan anjurkan majlis penerangan projek ini buat semua yang telah mendaftarkan nama mereka menyatakan minat untuk mendapatkan rumah ini.



Sky Awani


Ia merupakan rumah mampu milik di bawah projek RUMAWIP, kelolaan DBKL.
Nama pemajunya SkyWorld.

Projek ini berlokasi di Sentul.

Kalau yang familiar dengan Sentul tu, Sky Awani ni tepi jalan besar Pasar Sentul. Terus lagi nanti akan jumpa Petronas belah kiri dan kondominium 1Sentul.
Haa. depan sikit lagi, dia belah kanan.

Rumah ni saiznya 800 sqft, 3 bilik 2 bilik air. Kira selesa lah untuk tinggal dengan keluarga yang sederhana.

Walaupun rumah mampu milik, tapi kemudahannya ala kondominium. Ada swimming pool infiniti, gelanggang takraw, gelanggang badminton, gelanggang futsal / bola keranjang, taman permainan kanak-kanak, dewan pelbagai guna, ruangan BBQ dan surau.



Lokasi pulak, dekat dangat dengan pusat bandar KLCC, 3 km dari stesen komuter Kg Batu, 4 km dari stesen LRT Sentul Timur, 4 km dari stesen KTM Sentul dan 4.5km dari stesen LRT Sentul.

Kiranya, tak ada masalah pengangkutan awam. Senang nak ke mana-mana.

Oleh kerana ini projek mampu milik ,ia terbuka untuk mereka yang:
- berumur 21 tahun ke atas
- pendapatan isirumah RM10K ke bawah
- tinggal atau bekerja di KL dah lebih 3 tahun (hmm.. yang penting pakai alamat KL)
- Tak boleh jual sebelum 10 tahun dari tarikh SPA.

Harga cuma RM300K sahaja, iaitu bersamaan dengan RM374 per sqft. Memang murah harga ni.
Sebab harga kondominium di sekitar harganya sudah lebih RM600 per sqft.
Beza banyak kan..

Untuk booking, deposit RM15K diperlukan.

Kalau Berminat boleh daftar nama anda di http://bit.ly/skyawani

Kalau tak sempat dipanggil untuk sesi ahad ini, kami panggil untuk sesi seterusnya pula.


Share:

Dua tyty penting memilih hartanah komersial. Apa tu?


Selamat pagi semua.

Saya berada di Jengka hari ini. Kejap lagi nak bantu mak mengecat rumah.
Tapi tadi saya terbaca satu soalan ahli Kelab Alien Hartawan mengenai memilih shoplot.
Jadi, saya beri respon di sana, dan saya rasa elok saya kongsi sekali lagi di sini.

Memang ramai pelabur yang selepas membeli beberapa rumah, mereka rasa syok pulak nak cuba beli unit komersial. 
Tak kisahlah kedai atas tanah ke, unit pejabat ke atau retail lot.
Tapi macamana nak tahu itu unit komesial tu bagus atau tidak untuk dibeli?



ok..
Nak beli shoplot atau unit komersial, sebahagian ilmu yang ada dalam hartanah kediaman tak boleh pakai. Penilaiannya berbeza.
Bukan tengok lampu menyala waktu malam, bukan sekadar tengok double park atau tidak. Bukan hanya tengok ada LRT atau IPT berhampiran atau tidak.

Secara ringkas saya ceritakan, paling penting dalam memilih hartanah komersial adalah 2 ty ty ni:

1) Visibility
- mudah tak trafik nampak unit tu. Mengadap jalan besar? mengadap belakang? mengadap simpang tiga?
perhatikan flow trafik, perhatikan ada tak pokok, bangunan lain, papan tanda atau box TNB di depannya menghalang.
adakah unit ni sama paras dengan jalan? atau kedudukannya lebih tinggi atau lebih rendah dari tanah? Kalau tak sama level dengan tanah, akan ada kesan dari segi visibility sebab trafik tak berapa nampak.


2) Accessibility
- senang tak trafik nak pergi ke unit tu. Kalau tepi jalan, ada tak jalan masuk yang mudah? Kalau nampak tapi tak ada jalan, tak ada guna. Perhatikan laluan di depannya, jalan sehala ke? ada tak kemungkinan trafik lalu dan keluar balik ke jalan besar, sebelum sampai unit kita berminat tu?
Unit kedai di sebelah jalan balik ke rumah biasanya lebih happening dari unit kedai di jalan sebelah pegi kerja. Sebab pergi kerja, orang nak cepat. Balik kerja, orang senang menyinggah.

Ini antara ilmu asas dalam memilih komesial unit. 
Ada lagi strategi lain seperti beli in group, beli undercon atau beli subsale, corner lot atau intermediate unit, kaji support dari residential dan lain-lain.

Sekarang ni ada GST kan untuk hartanah komersial.Kena ambil kira lah ya.
Saranan saya, lengkapkan diri dengan ilmu secukupnya dulu. Memang apa pun, bahaya buat pelaburan tanpa ilmu cukup di dada.
Gambatte!

Apa pun, ada satu projek unit komersial menarik di Sentul. Harga bermula dari RM2.1 juta. Lokasi di Sentul, KL. Support dari kediaman insya Allah memang tinggi sebab terletak di sebuah projek rumah mampu milik yang high density. 
Jika berminat, boleh call 0123547636.

Baik, 
Saya nak mula pegang tong cat dah ni.
Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog