macamana nak start?

Baru je sampai rumah dari Damansara.

Ada prospek buyer nak tengok rumah apartment di Flora Damansara corner lot untuk dijual.
Below market value.

Sebelum tu kami di Ampang. Mereka nak view kondo below market value di taman kosas yang saya iklankan.
Prospek buyer merupakan sepasang suami isteri dengan seorang anak yang baru berusia setahun setengah.
Kagum saya melihat mereka. Gigih dukung anak, naik tangga, naik lif ke sana ke mari untuk mencari rumah yang sesuai dibeli untuk pelaburan.

Begitulah.. bukan senang nak senang.
Kena ada niat, azam dan mulakan.

Ada orang tanya saya, dia dah lama berminat nak buat pelaburan hartanah. Tapi tak start-start.
Jadi, macamana nak start?

Untuk jawab soalan ni, saya nak tanya satu soalan dulu.
Serius ke tak sebenarnya?

Kalau serius, kalau hati memang ada keinginan yang kuat, soalan ini takkan muncul.
Sebab bagaimana nak start adalah dengan start.

- start cari ilmu

- start tetapkan objektif pelaburan.

Contoh: Nak beli untuk sewa? untuk jual balik? nak beli untuk jangka pendek, sederhana atau panjang? nak beli untuk kumpul duit belanja kahwin? nak beli untuk duduk? nak beli untuk simpanan pendidikan anak-anak?

 - start cari rumah yang menepati objektif pelaburan yang anda dah tetapkan tu.

-start beli.

Cakap je berminat nak buat tak guna.
Pergi kelas 28 kali pun tak guna.
Baca 36 judul buku pelaburan hartanah pun tak guna.

Kalau tak ada TINDAKAN.

Macamana nak start?
Caranya, START hari ini.


Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1fDMz4K
7