Nak tukar nama kat geran tapi rumah ada pinjaman lagi. Boleh ke?

Pagi tadi semasa sedang berehat selepas balik berlari selama 45 minit, saya menerima satu soalan dari seorang follower.

Soalannya berbunyi:

"Salam cik,

Bapa saya nak tukar nama hartanah ni pada nama saya.....
pejabat tanah memerlukan geran ori untuk buat penukaran tersebut...disebabkan hutang perumahan belum langsai, geran ori masih ada pada kementerian kewangan....kami diberi tempoh sethaun untuk buat penukaran tersebut.....bagaimana caranya nak tukar nama tp pinjaman belum selesai?"


hmmm.. saya tertarik dengan soalan ni. Rasa macam tak pernah ulas di blog.


Jadi saya pun dengan machonya menjawab:

"Nanti saya jawab di blog utk bacaan bersama."


Mandi dahulu.. bancuh nestum.. klik-klik fesbuk kejap.. kemudian saya pun menjawab soalan ini.


Jawapan saya:

Kalau rumah atau tanah tu masih ada pinjaman, tak boleh tukar nama atau tambah nama ke geran/ title. Contoh ayah nak tukar nama rumah ke anak, tapi rumah ada pinjaman.
atau ibu cagarkan tanah ke bank untuk buat pinjaman tapi kemudian nak masukkan nama anak sekali dalam geran.

Tak boleh.

Sebab bila ada pinjaman, maknanya kita cagarkan hartanah tu untuk dapatkan pinjaman. Sebagai keselamatan, bank akan simpan geran asal.

Nak tukar nama atau tambah nama kat geran, pejabat tanah perlukan geran atau title asal ni. Mana boleh dapat sebab bank takkan bagi kebenaran.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan?

Penyelesaiannya: jelaskan habis pinjaman terlebih dahulu. Kalau ada cash, boleh bayar cash. Kalau terpaksa, buat personal loan kemudian bayar.

Dapatkan geran / title asal. Kemudian barulah boleh buat proses pernukaran nama, penambahan nama atau pembuangan nama selagi mana yang nama ada kat geran tu setuju dan turunkan tandatangan.

Cari kedua adalah buat SPA seolah-olah ayah nak jual ke anak dengan harga yang murah. Anak mohon pinjaman untuk beli rumah tersebut dari ayah, Jumlah pinjaman sekurang-kurangnya cukup untuk bayar baki hutang pinjaman ayah tadi. Terus nama kat geran pun jadi nama anak.

Boleh faham tak kawan-kawan?

Jadi, untuk jejaka kacak dan gadis jelita yang beli rumah sebelum kahwin, tak perlu risau lah ya.

Kalau bakal isteri atau suami mata duitan pujuk-pujuk nak rumah tu pindah nama dia, boleh la sambil makan laichikang tepi tasik, cakap kat dia.. "tak boleh tukar nama lah, sayang... Rumah ada pinjaman lagi."



Gambar : Villa Tropika corner lot unit besar untuk dijual. 1109 sqft, 3 bilik dah reno jadi 4 bilik, 2 bilik air. freehold. sangat dekat dengan komuter UKM dan kampus UKM, Bangi. Harga jual 370K nego.
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog