Bagaimana penyewa survive dalam rumah tak ada air

Walaupun bulan puasa, tapi kerja macam biasa kan..

Beberapa hari lepas saya membantu membersihkan rumah di Cyberjaya.
Rumah ni penyewa dah keluar. Jadi kita bersihkan semula untuk disewakan semula

Penyewanya student lelaki dari Tajikistan. Duduk dengan kawannya.
Dia ni memang selalu buat owner stress.
sebabnya setiap bulan sewa memanjang lewat.

Bukan lewat sehari dua.. itu ok je.
Ini lewat seminggu dua. Sampai owner kena kejar.

Last sekali dia bayar sewa bulan tu kurang RM5. Alasannya cash deposit machine tak terima note rm5 dia.
Janji nak bank in kemudian tapi sampai masuk bulan seterusnya tak bank in pun.

Ok lagi.

Naik bulan depannya, tak bayar sewa sampaila dah lewat 10 hari.
Owner whatsap minta dia bayar sewa cepat. Penyewa kata dia tak dapat duit dari mak ayah dia kat negara asal dia.

Bagi tempoh lagi.
Lepas 15 hari, tak ada juga bayaran.
Owner pun call pihak management. Minta tutup air.

Tenant pun whatsapp. Mintak buka balik air ke rumah tu.
Owner kata, boleh.. tapi bayar lah sewa. at least half.
"Ok, Ok i pay the rent".

Janji manis... dah jadi janji kelat.
Tak ada sesen pun sewa masuk ke akan bank.

Pada hari ke 21, owner whatsapp minta mereka bayar sewa dengan segera atau kosongkan rumah pada hujung bulan.

Ingat, kita tak boleh tunggu sampai 2 bulan sewa tertunggak baru nak suruh penyewa kosongkan rumah.
Sebab deposit kita 2 bulan je.
Kalau dua bulan dah tak bayar, lepas tu ada keroskan kat rumah, bil air tertunggak melebihi deposit utiliti, dan rumah kosong sebulan lepas tu sementara nak cari penyewa baru.. tak ke naya.
Duit deposit tak cukup nak tanggung tu semua.
Kena keluar duit poket sendiri pulak.

Jadi, biasanya paling lewat hari ke 21 dah kena hantar notis untuk dia bayar sewa segera atau kosongkan rumah pada hujung tarikh sewaan.
Maknanya kita bagi notis akhir 7 hari sebelum dia kena keluar rumah.

Dalam kes tadi, owner hantar whatsapp, saya pula hantar notis bertulis.
Saya dah plan, kalau tak ada sesiapa di rumah tadi, saya nak tampal notis tu kat pintu masuk.
Saya dah stand by bawa seletep siap-siap. Senang kalau diperlukan.
Tapi bila sampai sana, ada orang dalam rumah.
Penyewa tak ada. Yang ada kawan-kawannya sahaja.
Jadi saya sampaikan notis bertulis kepada kawannya. Minta tolong sampaikan kepada penyewa.

Selepas tu, kawan penyewa yang duduk serumah yang hubungi owner.
Dia setuju kosongkan rumah pada tarikh yang ditetapkan.

Baik juga budak ni. Jumpa owner dan serah kunci baik-baik.

Itulah bila penyewa dah keluar, kami tengok balik rumah..
Hmm rumah berkecah habis, kena kemas semula.
Dinding di bilik comot. Kena cat balik.
Lampu di ruang tamu dah terbakar. Kena baiki.

Tapi penemuan yang paling best adalah, cleaner yang cuci rumah jumpa 4 - 5 botol air besar ala-ala botol 100 Plus tu dalam bilik.
Dalam botol tu ada yang separuh penuh, ada yang 3/4 penuh dengan air berwarna coklat gelap.
Ingatkan air apa..
rupanya.... air kencing. yuck!

Bila fikir balik, oh.. ye lah.. rumah kan dah kena tutup bekalan air.
Kami terfikir-fikir macamana mereka boleh duduk lagi dalam rumah yang tak ada air.
Rupanya mereka ada penyelesaian terbaik untuk masalah nak terkucil.

Surivor!

Maaf la tak ada gambar air tuut dalam botol. Tak sanggup nak tengok, apatah lagi snap.


1