Bakal graduan bertanya bila boleh buat pinjaman rumah?

Entah kenapa sekarang ni mood rasa nak jawab Q&A.

Soalan diterima dari pembaca blog saya. Saya copy paste termasuk ejaan dan bahasa rojak.

"Assalam kak rohaniah..sy student uitm..n dah final semester...insya Allah bln 7 ni selesai study sy...sy nk btanyakan 1 soalan...lps study ni mungkin sy akan bekerja...berapa lama tempoh bekerja yg bank akan tengok kita dah boleh buat loan rumah..segelintir kenalan sya kata ia mgambil masa hingga 2 tahun utk bank tgk komitmen kewangan golongan mcm sy ni. Baru lah bank pcaya yg kita dah kerja lama n stabil..ada ke cara utk sy dapat loan lbh cepat drpd mnggu smpi 2 tahun?...memndangkan harga rumah pun semakin mahal..minta pencerahan kak..sy bru nk belajar psl property... "



Jawapan:

Untuk memohon pinjaman perumahan, anda perlukan 3 bulan slip gaji dan 3 bulan penyata bank yang menunjukkan gaji masuk ke dalam bank. Amaun dalam slip gaji dan amaun yang bank in ke bank hendaklah sama.

Ini bermakna, sekurang-kurangnya 3 bulan bekerja dah boleh memohon pinjaman. Tapi seeleoknya biarlah sudah 6 bulan bekerja. Ia lebih meyakinkan bank,


Nanti ada pula yang tanya, kalau kerja kontrak boleh ke?

Baik, perhatikan keyword di atas. Slip gaji dan penyata bank. Adakah dalam slip gaji ada tulis - kontrak dan tak tentu bila-bila boleh kena terminate?

Kalau ada tulis, memang gelap lah masa depan kalian.
Kalau tak ada, berlagak macho hantar dokumen macam kalian bekerja tetap dan berpencen.

Tapi satu perkara saya nak highlight,
Bank luluskan pinjaman berdasarkan kemampuan dan kebolehpercayaan.

Kemampuan tu bank kira berdasarkan nisbah komitmen berbanding gajinya.
Ia dipanggil DSR. Boleh baca lebih lanjut DI SINI.

Tapi dari segi kebolehpercayaan, bank akan tengok rekod laporan CCRIS kita.
Laporan ini dikeluarkan oleh Bank Negara, menghimpunkan semua hutang kita dengan pihak bank.
Berapa amaun pinjaman, jenis pinjaman dan rekod bayaran on-time atau tidak.

Jadi, untuk graduan yang baru bekerja, kemungkinan besar laporan CCRIS dia bersih. Belum ada hutang lagi dengan mana-mana bank.

Ada bank yang susah nak beri pinjaman kalau rekod bersih tapi baru-baru ni client saya dapat pinajamna 80% sahaja.

Jadi, saya cadang elok buat satu kad kredit, guna untuk isi minyak dan bayar habis setiap bulan.
Jangan terlebih syok guna kad kredit pulak sampai tak terbayar.
85