Jangan berangan lebih

Sekarang ni buyer's market. Lagi banyak rumah nak jual dari orang yang mampu beli.

Ramai yang beli property tahun 2011-2012 membeli kerana melihat kenaikan harga hartanah pada waktu itu. Siapa yang beli hartanah sebelum hujung tahun 2010 memang beruntung sebab harga naik cantik. Kalau sempat jual pada tahun 2013-2014, memang tersenyum besar.

Tapi hujung tahun 2014 dan 2015 berbeza. Lebih banyak rumah untuk dijual dari pembeli. Ramai juga penjual yang masih belum sedar. Masih mahu jual lebih mahal dari harga penilaian bank.

Kalau ditanya ada renovation tak, katanya full renovation. Tu sebab nak jual mahal dari harga penilaian. Tapi rupanya full renovation tu adalah cat baru, perabot baru, tiles lama tukar tilea baru dan hiasan dalaman yang cantik.

Kalau dulu ada tiles, sekarang tukar tiles cap lain atau warna lain, harga penilaian tak berubah. Kalau cat dan hiasan dalaman ala bali sekalipun, harga penilaian tak berubah. Lebih baik pasang kabinet dapur, built in wardrobe, besarkan dapur dan besarkan ruang tamu dengan kelulusan majlis bandaran. Baru penilaian boleh dilebihkan lagi.



Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog