Tak buat perfection, sekali tak boleh direct transfer

Nanti-nantilah...

Kita memang suka melengahkan hal kan...

Kena pulak kalau nak buat perkara tu, kena bayar.


Melengahkan pun ada ruginya juga tau.
Terutama jika title dah keluar dan anda buat derk je.

4 tahun lepas saya nak beli sebuah kedai di subang jaya.
Kedai tu terletak di ground floor sebuah apartment.
Strata title dah keluar tapi owner tak uruskan lagi.
Kita panggil perfection: uruskan agar strata title tu dah diletakkan nama pemilik dan pemilik dapat title untuk unit dia sendiri.

Kalau urusan tanah, lebih kurang macam tukar nama sendiri kat geran besar dan terus pecah geran lah.

Ramai pemilik rumah suka berlengah-lengah buat perfection sebab nak buat perfection ni kena guna perkhidmatan peguam.
Dalam kata lain, ada kos ribu-ribu lah.


Nanti.. Nanti... Sampai la tiba-tiba pemilik rumah tu nak jual rumah tu.
Atau memang sengaja nak jual sebab dah alang-alang kena keluar duit untuk completion, baik jual terus kan...

Iklan: The Heron ada 2 unit nak jual. Below 400k dan 450K (lebih besar)

Ok, itu memang agak bijak.
Tapi ada kalanya bijak tu makan diri sendiri juga.

Sebab tak semua pemaju boleh buat direct transfer, iaitu terus pindahkan nama di atas title kepada pembeli kedua.
Ada kes yang tak boleh buat direct transfer.
Ini bermakna title perlu dikeluarkan atas nama pembeli pertama atau penjual rumah subsale ini dahulu.
Title tu dah siap, barulah dipindahkan ke pembeli kedua iaitu orang yang nak beli subsale sekarang ni.

Kesannya:

- Prosedur leceh. kena uruskan title atas nama vendor dulu, baru tukar ke buyer subsale.

- Proses vacant posession ambil masa lama. Kalau semua berjalan sanat lancar, ia ambil masa 9 bulan. Biasanya setahun setengah. Boleh pergi ke 2 tahun.

- Bayangkan pembeli dah sign spa, dah bayar 10% dari harga jualan tapi tak boleh nak masuk rumah dan tak dapat kunci lagi sampai setahun setengah. Duit modal stuck di situ.

- Bayangkan juga penjual rumah tu, jual rumah sebab nak duit. Tapi cuma dapat 10% je dulu. Baki kena tunggu lama lagi baru dapat. Tak tercapai la hajat nak duit cepat.

- Rumah lagi susah nak jual, sebab tak ramai pembeli sanggup tunggu lama untuk dapat kunci.

Gambar hiasan je


Dalam kes kedai yang saya nak beli tadi, memang tak boleh direct transfer.
Kalau saya nak beli juga, saya kena bersedia tunggu setahun setengah baru boleh mula kutip sewa.
Kalau anda di tempat saya, anda sanggup?

Jadi, seeloknya kepada semua pemilik hartanah, kalau title dah keluar, buat la cepat-cepat perfection tu. Jangan tangguh.
Supaya senang nak jual semula nanti.

Sambungan artikel ini di http://www.propertywaltz.com/2015/03/tak-kira-nak-juga-beli-rumah-belum.html
1