Jejak Kasih Cik Tangga

Malam semalam, penyewa rumah kakak saya di Domain 3 berpindah keluar.
Dia pindah setelah tamat kontrak sewaan setahun.

Bagus betul mereka suami isteri ini.
Mereka ni pelajar Limkokwing. 
Suaminya dah habis belajar dan akan sambung peringkat Sarjana.
Isterinya masih lagi dalam pengajian ijazah pertama.

Bagus mereka ni. 
Pindah dan tinggalkan rumah yang bersih.
Boleh terus masuk penyewa barulah.

Bila penyewa nak pindah keluar, kita kena check balik keadaan rumah.
Bersih ke...
ada kerosakan ke..
cat dinding masih baik ke..

Kalau ada yang rosak yang mereka buat, kita boleh tolak dari wang deposit mereka sebelum dipulangkan.

Begitu juga jika ada bil utiliti yang belum dijelaskan.

Keseluruhannya rumah ni memang bersih dan baik.




Cuma tombol bilik tidur tak ada kunci.
Mereka pun tak pasti di mana letaknya sebab mereka tak pernah kunci bilik tidur tu.
Jadi, saya tolak RM35 dari wang deposit untuk saya ganti tombol pintu yang baru.
Lebih kurang begitulah harga tombol pintu yang bagus kualitinya.
yang bukan ketuk sekali je pun dah patah.

Selain tu, sebenarnya sebelum penyewa pertama masuk rumah ni 2 tahun lepas, saya tertinggal tangga saya di sini.
Tak sempat ambil.

Bila saya nak guna tangga, terpaksa lah saya beli tangga baru.

Jadi bila penyewa dah keluar ni, bolehlah saya bawa balik semula tangga saya.
Dapatlah saya menjejak kasih dengan tangga yang telah banyak berjasa kepada saya ni.
Dah lebih kurang 7 tahun dia dengan saya.

I miss you, cik tangga!



Nota: Domain 3 partly furnish sedia untuk disewa. RM1400 sebulan (boleh nego).
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog