• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Jom Cari Rumah di Johor

    Sabtu Ahad ni jom jumpa di Plaza Angsana, Johor Bahru untuk Jom Cari Rumah. Slot saya, sabtu jam 4 petang ya.

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Awak nak ke Bangi tak?

#Awakkatmane
#awakadakebangike
#awakjomlahkebangi
#awakkitaadakatsane

Perkongsian percuma ilmu pelaburan hartanah di Bandar Baru Bangi, hari ini dan esok.
Sempena Ekspo Prospek Hartanah Bangi di Kompleks PKNS Bangi.
Majlis perkongsian bermula dari jam 11 pagi.

Sesi saya sendiri adalah pada hari ini 24 Jan pada jam 2.00 - 2.50 ptg nanti



Jumpa di sana!

Share:

ANTARA DUA DARJAT

Perasan tak yang sesama kita kalau mohon pinjaman, akan ditawarkan kadar faedah yang berbeza?

Walaupun dari bank yang sama.
Ada yang dapat lebih murah Ada yang dapat lebih tinggi.
Kenapa jadi begitu?

Jawapannya kerana darjat sesama kita tak sama.

Ohoooo! Jangan salah faham. Ini bukan filem antara dua darjat P. Ramlee dan Saadiah.
Ini kisah dua darjat peminjam yang profilenya berbeza.

En Jamil seorang eksekutif muda.
Mahu membeli sebuah apartment kos sederhana pada harga RM 120K.
Beliau ke bank berwarna biru muda dan memohon pinjaman.
Akhirnya bank luluskan pinjamannya dengan kadar pinjaman 5.05%.

En Sazali pula seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka.
Beliau mahu membeli sebuah rumah teres berharga RM480K.
Jadi beliau juga pergi ke bank berwarna biru dan memohon pinjaman.
Pinjamannya diluluskan pada kadar 4.65%.

******************
Pipit masakan sama dengan enggang
******************

Kadar faedah memang berbeza bergantung pada amaun pinjaman.
Lagi besar amaun pinjaman, lagi bank suka.

Sebab keuntungan bank lebih besar.
Bank orang berniaga.
Uruskan pinjaman harga RM100K dan pinjaman harga RM500K, perosedurnya sama je.
Jumlah tenaga kerja dan masa yang diperlukan untuk memprosesnya juga sama.

Tapi pulangan kepada bank berbeza.

Itu sebab bank suka pinjaman tahap enggang.
Bank suka sampai dia bodek peminjam dan beri kadar faedah lebih murah.
Kalau tak tawarkan kadar faedah yang menarik, nanti en Sazali lari ke bank warna kuning.
Bank biru gigit jari.

Kuasa persaingan di sini.

Tapi untuk pinjaman yang cuma RM120K, proses sama macam pinjaman yang lain, bank terpaksa naikkan sikit kadar faedah.
Barulah boleh untung lebih sikit walaaupun tak la untung besar mana.

Jadi, jangan sekadar tanya bank mana yang bagi kadar faedah murah.
Tapi tengok dulu berapa amaun pinjaman yang kita nak pohon.
Tahap enggang ke.. tahap pipit?

Tahap bank kenyang perut suka hati ke atau sekadar buat celah gigi?

Kredit foto: http://ift.tt/1xGUWyW

#hackerpelaburanhartanah


Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1zBgC50
Share:

Muka cute dalam majalah

Minggu lepas kawan saya tag saya untuk satu post FB.
Saya ingat apalah agaknya...
Sekali bila tengok?
Oh oh..muka majalah!

wahh.. cun jugak muka saya bila masih majalah katalog ni.
walaupun tak secun model sebelah saya tu.



Sebenarnya ini diambil dari majalah pengiklanan tempatan Metroliv,
Saya dapat tahu majalah ini ada dierdarkan di kawasan Seremban dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan.

Sebenarnya 15 Februari nanti saya akan beri seminar percuma begaimana caranya dan mudahnya untuk beli rumah.
Tempat belum ditentukan lagi tapi ia akan diadakan di Seremban.
Fokus lebih kepada penduduk sekitar Negeri Sembilan terutama di Seremban, Senawang, Nilai dan sekitarnya.

Sebenarnya saya berbangga dengan projek ini.
Kerana biasanya setakat ada muka dan nama saya je.
Tapi kali ini, saya terlibat untuk menterjemah dan menulis ayat pada poster ini untuk versi Bahasa Melayu.
memang pengalaman yang tak dapat saya lupakan bila pertama kali apa yang saya tulis tertera di poster sebegini.

Terima kasih kepada Kay kerana memberi peluang ini.








Ada orang Negeri Sembilan di sini?
jemput hadir ke talk percuma saya ini.
Talk satu jam setengah bernilai RM 200 ini percuma sahaja.

tapi kalau nak datang, kena sms Liza di talian 019-2763177 atau Joanne 013-3068850.
atau boleh juga layari www.seri.binjai.com untuk maklumat lanjut.


Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog