Sesi Q&A Ebook Kerjasama kali pertama

Malam kelmarin saya telah berjaya mengadakan sesi Q&A percuma ebook Kerjasama: Alien Beli Rumah Non-Stop.
Sesi ini khas untuk pembeli ebook ini sahaja.

Dalam membeli rumah secara joint venture ni, saya tahu ramai concern kalau nama tak ada dalam SPA, kemudian muncul perkara yang tak diingini seperti
- perselisihan faham
- campur tangan suami / isteri rakan kongsi atau
- partner yang nama di SPA meninggal dunia

Di dalam ebook ini, saya telah ceritakan 3 instrumen penting untuk tangani isu ini.
1) perjanjian joint venture
2) trust
3) hibbah

Jadi,untuk menjawab kemusykilan lebih terperinci dan teknikal berkenan joint venture itu sendiri serta 3 instrumen yang saya sebut, saya adakan sesi Q&A ini.



Saya jemput Cik Rozailiya dari firma guaman Liya Sani & Associates untuk berkongsi mengenai kepentingan perjanjian dan intipati penting yang tidak boleh diabaikan dalam perjanjian ini.

Cik Rozailiya

Teringat kata-kata spontan Cik Rozailiya, "kalau boleh jangan meninggal dulu selagi perjanjian joint venture ini berkuatkuasa."
hehehehe

Selain beliau, saya jemput Tuan Syahman dari Wasiyyah Shoppe untuk berkongsi mengenai mekanisme dan bagaimana hibbah boleh dilakukan untuk menangani kes partner bawah karpet ini.
Yang penting, hak setiap partner terpelihara dan bahagiannya tidak difaraidkan bila dia meninggal dunia.

Tuan Mohd Syahman


Insya Allah akan ada sesi kedua. Nantikan pengumumannya di mailbox anda dan di FB page Kelab Alien Hartawan.

Untuk yang belum mendapatkan ebook Kerjasama: Alien Beli Rumah Non-Stop, boleh dapatkan DI SINI.
0