Puaka nombor

Apabila membeli rumah, terutama jika membeli untuk pelaburan, pastikan elemen seperti fengshui dan pantang larang bangsa lain.
Memang la kita yang muslim ni tak percaya.
Tapi sebab kita nak sewakan atau jual balik kan..
Takut yang nak beli tu percaya.
Jadi, market kita jadi terhad pula nanti bila ada sesuatu tak kena dari segi fengshui ni.

Saya ada sebuah rumah untuk dijual.
Dah lama juga rumah ni diiklankan.
kos iklan pun dah banyak habis.

Rumah ni below market.
Harga hampir sejuta.
Market value satu juta.
Banglow, kawasan freehold.


********
   4
********

Lokasi cun, rumah cun.
sayangnya nombor rumahnya no 4
ada chinese call berminat. Tapi bila dengar no 4, terus tak jadi.
orang melayu pula, pasarannya kecil untuk harga rumah sebegini.

Rumah no 4, tingkat 4, tingkat 14.. kalau boleh elakkan.
sei.. no 4 dalam bahasa cina. tapi kalau salah intonasi, maksudnya mati.

Satu lagi rumah mengadap simpang 3. T junction.
feng shui tak bagus
Dari segi logik pun, nanti rumah tu asyik kena lampu kereta orang yang menghala ke simpang tu, sebelum belok ke kiri atau ke kanan.
kalau buatnya brek tak makan, dah pergi hantam rumah tu pula.

Lainlah kalau kedai. Menghadap T junction bagus.
semua orang nampak kedai tu.
visibility tip top.

pernah ada seorang kawan pembaca blog saya nak beli rumah tingkat 13.
haaa.. ni kalau ikut orang putih, nombor tak bertuah.
cerita hantu orang putih pun suka berkisar pada tingkat 13
so hati-hati puaka nombor...



Tapi kalau anda yakin beli rumah tu untuk duduk sampai mati, tak apa lah...
sebab anda bukan percaya pun kan..

nak jual rumah?
kalau area kajang, bangi, cheras, cyberjaya dan kl, mungkin saya boleh bantu.
2