Budak UTP Pulang ke Perak

Sirih pulang ke gagang
Belut pulang ke lumpur
Student UTP pulang ke Perak

Begitulah ibaratnya bila saya menerima jemputan dari Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di Ipoh
mereka menjemput saya untuk berkongsi mengenai pelaburan hartanah
cerita pasal teori, parktikalnya, udang-undnagnya dan peluang-peluang buat duit.

Nama seminar ini adalah Seminar Pelaburan Hartanah Islam.
Selain saya, ada satu sesi pagi oleh seorang Pengurus Maybank Islamik, bercerita mengenai pelaburan hartanah dari sudut hukum agama.

Beruntung betul orang Ipoh sebab saya dimaklumkan yuran yang mereka kenakan hanya RM 20 seorang.
Itu pun bukan sebab nak caj sangat
Tapi sebab tanda komitmen.

Jarang-jarang saya bagi talk dengan berbaju kurung


Alhamdulillah.. ramai juga orang Perak yang hadir. 

Yang paling terharu bila tuan Azizul Azli Ahmad, pelabur hartanah tegar dan penulis buku yang hebat INI turut hadir ke seminar tersebut.

Beliau siap belanja makan nasi vanggey lagi selepas seminar berakhir.
Terima kasih tuan Azizul.

Geng-geng pelabur hartanah dari Perak


Terima kasih juga kepada pihak INTIM Perak terutama Ustaz Hafiz yang menjemput dan bersusah-payah memastikan seminar ini berjalan lancar.

Insya Allah, ada rezeki saya ke Perak lagi.

Ustaz Hafiz di sebelah kanan saya.

1