• Apartment di Cyberjaya untuk disewa

    Untuk mereka yang bekerja di Cyberjaya dan Putrajaya, kami ada apartment-apartment yang cantik dengan harga terbaik di Cyberjaya. Hubungi 012-3547636 untuk pertanyaan.

  • Buku Hartanah Panas

    Beli 5 buku, kos posnya percuma. Tak kisahlah pos ke Semenanjung atau pos ke Sabah dan Sarawak. Whatsapp 0123547636 dengan keyword 'buku property' ya....

  • Jom Cari Rumah di Johor

    Sabtu Ahad ni jom jumpa di Plaza Angsana, Johor Bahru untuk Jom Cari Rumah. Slot saya, sabtu jam 4 petang ya.

  • Nak jual, beli atau sewakan rumah?

    Saya sedia membantu jika hartanah anda di Lembah Klang atau Pahang. Hubungi saya 0123547636

  • Kasi Terbit dengan koleksi buku panas

    Kita ada koleksi buku-buku hartanah, buku travel dan buku perubatan. Lebih unfo akan ada di sini ya.

Sempoi je nak jadi jutawan

Hari ni saya nak kongsikan teknik jutawan melalui pelaburan hartanah paling sempoi.
Tak payah teknik pelik-pelik, pecah kepala, ambik risiko tinggi-tingi.
Beli rumah satu dengan sempoi dan relax, tetiba jadi jutawan.

Caranya:

1) Beli sebuah rumah RM 200,000. Beli semasa muda. Umur kurang 30 tahun.Buat pinjaman 35 tahun. Katakan bayar sebulan RM 1K.

2) Cari yang kadar sewanya kalau tolak bayaran bank dan yuran penyenggaraan pun boleh dapat lebihan sekurang-kurangnya RM 150 sebulan. Contoh: Sewa RM 1250. Tolak ansuran bank RM 1k, tolak maintenance fee RM 100. Ada baki RM 150.

3) Terus menyewakan rumah tersebut. Guna duit sewa tu untuk bayar ansuran ke bank. Untung RM 150 sebulan simpan dalam ASB/ Tabung Haji.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cukup 35 tahun, pada umur 65 tahun nanti:

** pinjaman dah habis.

*** Duit sewa bukan lagi RM 1200++. Mungkin sudah RM2K++.
Semua masuk poket sebab hutang dah habis.

****Harga rumah tu pula, kalau purata naik 5% setahun, sekarang harganya sudah RM 1.05 juta.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Beli satu rumah RM 200K, tiba-tiba eh eh jadi jutawan pada umur 65 tahun. Tanpa tinggalkan pekerjaan atau bisnes pung pang pung pang.

Itu kalau beli satu.
Kalau beli 5 buah rumah harga RM 200,000?

**Kalau beli satu rumah harga RM 500K, lagi 35 tahun rumah ni mungkin naik harga ke RM 2.6juta jika kenaikan harga 5% setahun.
Gambar hiasan ni rumah di puncak jalil, nak jual rm 535K, market value RM 550K. call 0123547636 untuk pertanyaan.


Share:

Matang dan senang ke mana-mana

Tempoh hari saya ke Rahang, berhampiran dengan Seremban dan Senawang.
Boleh dikatakan di tengah-tengah Seremban dan Senawang lah.

Sebenarnya saya pernah ke sana sebelum ni masa survey kedai untuk satu projek kawan dulu.
saya suka kawasan ni.
kawasan matang, bukan kawasan baru.
Dah ada banyak projek perumahan lama di sini.

Dijangkakan ada lebih kurang 40,000 penduduk di Senawang.
Senawang ni kawasan Melayu
Cuma Rahang setakat ini lebih ramai chinese.
Seremban pula lebih mixed kan..

Ada kawasan industri
Ada sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan cina.
ada hypermarket seperti Econsave, Aeon Big, Giant dan tak lama lagu dengarnya Mydin pun nak datang sini.

Satu lagi yang best adalah dekat dengan exit tol.
Nak ke highway atau keluar dari highway, ada exit tol dalam lebih kurang 1 jam sahaja dari situ.
Tak perlu ke exit tol Seremban, nanti jem.



Kalau nak naik komuter, tak jauh dari situ ada stesen Komuter Senawang.
cun..

Jadi, baru-baru ni saya ke sana lagi, saya nampak Rahang masih dengan identitinya.

Rupanya ada projek baru di sana.
IJM tengah bina projek perumahan landed baru, namanya Seri Binjai @ Rahang.



Projek ni gated and guarded.
Pembinaan tengah rancak. Bangunannya dah nampak dah.
Design cantik juga.




Saya berpandangan projek ni sesuai untuk penduduk sekitar Seremban, Negeri Sembilan, Nilai dan sekitar yang mahu memiliki rumah sendiri atau nak upgrade.
Projek ni memang tepi jalan je
Senang nak akses dari Jalan Tok Ungku,  Jalan Tampin Lama and Jalan Loop.

Jadi dengan lokasi yang dekat dengan pengangkutan awam, highway, dekat pula dengan rumah keluarga di sekitar.. membuatkan lokasi ni ada banyak plus point.
Oh ya... ia juga freehold!

Share:

Puaka nombor

Apabila membeli rumah, terutama jika membeli untuk pelaburan, pastikan elemen seperti fengshui dan pantang larang bangsa lain.
Memang la kita yang muslim ni tak percaya.
Tapi sebab kita nak sewakan atau jual balik kan..
Takut yang nak beli tu percaya.
Jadi, market kita jadi terhad pula nanti bila ada sesuatu tak kena dari segi fengshui ni.

Saya ada sebuah rumah untuk dijual.
Dah lama juga rumah ni diiklankan.
kos iklan pun dah banyak habis.

Rumah ni below market.
Harga hampir sejuta.
Market value satu juta.
Banglow, kawasan freehold.


********
   4
********

Lokasi cun, rumah cun.
sayangnya nombor rumahnya no 4
ada chinese call berminat. Tapi bila dengar no 4, terus tak jadi.
orang melayu pula, pasarannya kecil untuk harga rumah sebegini.

Rumah no 4, tingkat 4, tingkat 14.. kalau boleh elakkan.
sei.. no 4 dalam bahasa cina. tapi kalau salah intonasi, maksudnya mati.

Satu lagi rumah mengadap simpang 3. T junction.
feng shui tak bagus
Dari segi logik pun, nanti rumah tu asyik kena lampu kereta orang yang menghala ke simpang tu, sebelum belok ke kiri atau ke kanan.
kalau buatnya brek tak makan, dah pergi hantam rumah tu pula.

Lainlah kalau kedai. Menghadap T junction bagus.
semua orang nampak kedai tu.
visibility tip top.

pernah ada seorang kawan pembaca blog saya nak beli rumah tingkat 13.
haaa.. ni kalau ikut orang putih, nombor tak bertuah.
cerita hantu orang putih pun suka berkisar pada tingkat 13
so hati-hati puaka nombor...



Tapi kalau anda yakin beli rumah tu untuk duduk sampai mati, tak apa lah...
sebab anda bukan percaya pun kan..

nak jual rumah?
kalau area kajang, bangi, cheras, cyberjaya dan kl, mungkin saya boleh bantu.
Share:

Dah jumpa yang berkenan, nak menung lagi?

Hari ni saya nak cerita apa yang berlaku pagi Ahad lepas.

Ada sebuah rumah teres 2 tingkat bertanah untuk dijual di Taman Haneco, Semenyih.
Luas 18x65. memang lah tak besar sangat.
Tapi harga jual dia letak RM 250K. 
Boleh nego lagi harga ni kalau betul-betul beminat dan cepat booking.



Saya berpandangan rumah ni sangat sesuai untuk tinggal sendiri.
Susah nak dapat rumah landed dengan harga RM 250K ni. Harga apartment medium cost je ni.
Semenyih ni harga rumah pun dah naik.
Kalau Setia Eco Park tu, harga paling murah mereka jual dulu pun RM 400k++ untuk landed 2 tingkat intermediate.
Memang kalau Semenyih area tepi jalan utama menghala ke Beranang tu, harga dah naik.

Kalau Kajang pula, rumah subsale mungkin boleh dapat paling murah dalam RM 430K.. rumah lama.
rumah under construction, main harga rm700K ke atas dah...

Kalau orang yang bekerja di Putrajaya, Kajang, Cheras memang terbaik lah kalau beli rumah ni.
Market value rumah ni tak naik sangat sebab kat sini, tak banyak trnsaction.
Kawasan ni bukan kawasan pelabur. 
Ramai duduk sendiri.
Jadi saya dan kawan agent cek bank boleh bagi valuation paling tinggi RM 230K

Rumah ni memang cantik.
Cat masih nampak elok, tak ada rosak. Memang tak perlu renovation pun.
Sebab rumah ni owner dia duduk sendiri denagn keluarga.
Tu yang elok.

Unit ni sebenarnya unit co-broke. Bukan unit saya sendiri. 
Unit kawan agent saya tu tadi. 
Saya dapat tahu, ada agent lain jualkan juga rumah ni.

Pagi Ahad tu ada dua orang view rumah. 
Seorang lelaki tengok untuk duduk sendiri.
Seorang lagi lelaki datang dengan keluarganya, tengok untuk pelaburan.

Dalam hati saya, saya lebih suka kalau yang nak duduk sendiri tu ambil.
Selesa kalau duduk dengan keluarganya.



Sebenarnya yang contact saya bertanyakan rumah ini adalah isterinya.
Tapi sebab isterinya dah due nak bersalin, dia minta suaminya datang tengok rumah.
Isterinya kakitangan kerajaan, memang nak buat pinjaman kerajaan lah.

Tapi bila suaminya tengok, suaminya balik dulu.
Kata nak bincang dulu dengan isteri.

Petang tu saya follow up bertanya pun, belum ada keputusan.

Selasa barulah isterinya call saya semula cakap nak booking, cuma mereka minta nego sedikit harga.
Saya pun call kawan agent saya yang mewakili penjual tadi.
Beritahu yang mereka ni nak booking dan minta nego sedikit harga.
Kawan agent saya janji akan call saya semula.

Sekali dapat panggilan telefon, rumah tu baru je dibooking pada petang Ahad yang lepas.
Pagi Ahad kami bawa orang view rumah, petang ahad tu ada orang bayar booking.

Jadi, kalau nak juga, kena tunggu lah sama ada buyer tu loan dia lulus ke tak.
Kalau lulus, wasalam...
Kalau tak lulus, barulah ada can buyer tadi booking.


Kesimpulannya

- Rumah yang cantik dan harganya bagus tak banyak. Kalau jumpa, jangan fikir panjang.

- Hanya yang cepat ambil tindakan akan dapat rumah yang bagus. Yang banyak sangat fikir, akan banyak melopong dan fikir lagi dan lagi dan lagi.

- Kalau nak tengok rumah, sebaiknya bawa siap-siap buku cek. Kalau berkenan, terus tulis cek untuk amaun 3% dari harga yang kita dapat nego atau harga yang kita nak nego tu. Jangan tunggu balik rumah dulu, mandi, makan, tidur dan fikir semula.

- Kalau tak ada cek? Saya pernah pergi atm machine dengan agent, terus transfer amaun 3% yang agent perlukan untuk booking. Terus sign booking form time tu juga.

Dah letih cari rumah yang berkenan di hati kan.
Dah jumpa, buat apa menung lagi.


Nota: saya ada satu unit apartment nak jual di Flora Damansara.
Harga jual RM 200K, Market value RM 220K.
berminat boleh call 0123547636
Share:

December 19, 2014 at 06:54AM

2014 dah hampir sampai ke penghujung. Berkongsi pengalaman akan memberi manfaat kepada yang lain. Manfaat itu akan memberi pahala kepada kita semula pula. Jadi, boleh kongsi siapa yang ada beli rumah pada tahun ini? lokasi di mana dan adakah ia untuk disewakan, dijual semula atau untuk tinggal sendiri? Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1yMB1yo

via IFTTT
Share:

December 18, 2014 at 05:59PM

Any property guru can give any theory. But your own experience is the best. Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1yMB1yo

via IFTTT
Share:

December 18, 2014 at 11:23AM

Blog copy paste. Adalah satu pelanggaran hakcipta jika blogger ini copy paste artikel dari website atau blog orang lain tanpa kebenaran dan memberi kredit / link ke artikel asal. Kalau dari laman web berita online, letaklah kredit dan link artikel asal artikel tu. Jangan copy paste macam kita pula wartawan / penulis asal pula. Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1yMB1yo

via IFTTT
Share:

Sesi Q&A Ebook Kerjasama kali pertama

Malam kelmarin saya telah berjaya mengadakan sesi Q&A percuma ebook Kerjasama: Alien Beli Rumah Non-Stop.
Sesi ini khas untuk pembeli ebook ini sahaja.

Dalam membeli rumah secara joint venture ni, saya tahu ramai concern kalau nama tak ada dalam SPA, kemudian muncul perkara yang tak diingini seperti
- perselisihan faham
- campur tangan suami / isteri rakan kongsi atau
- partner yang nama di SPA meninggal dunia

Di dalam ebook ini, saya telah ceritakan 3 instrumen penting untuk tangani isu ini.
1) perjanjian joint venture
2) trust
3) hibbah

Jadi,untuk menjawab kemusykilan lebih terperinci dan teknikal berkenan joint venture itu sendiri serta 3 instrumen yang saya sebut, saya adakan sesi Q&A ini.



Saya jemput Cik Rozailiya dari firma guaman Liya Sani & Associates untuk berkongsi mengenai kepentingan perjanjian dan intipati penting yang tidak boleh diabaikan dalam perjanjian ini.

Cik Rozailiya

Teringat kata-kata spontan Cik Rozailiya, "kalau boleh jangan meninggal dulu selagi perjanjian joint venture ini berkuatkuasa."
hehehehe

Selain beliau, saya jemput Tuan Syahman dari Wasiyyah Shoppe untuk berkongsi mengenai mekanisme dan bagaimana hibbah boleh dilakukan untuk menangani kes partner bawah karpet ini.
Yang penting, hak setiap partner terpelihara dan bahagiannya tidak difaraidkan bila dia meninggal dunia.

Tuan Mohd Syahman


Insya Allah akan ada sesi kedua. Nantikan pengumumannya di mailbox anda dan di FB page Kelab Alien Hartawan.

Untuk yang belum mendapatkan ebook Kerjasama: Alien Beli Rumah Non-Stop, boleh dapatkan DI SINI.
Share:

December 16, 2014 at 09:23AM

Sangat kelakar jika graduan berkata, mereka tak ada duit nak beli rumah tetapi di tangannya memegang iphone atau Samsung Galaxy Note / S2 / S3.

Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1yMB1yo

via IFTTT
Share:

December 16, 2014 at 08:44AM

Deposit rumah adalah modal pelaburan hartanah untuk mengganda wang. Travelling cost pula adalah modal pelaburan untuk mengganda pengalaman. #rohaniahnoorquote.

Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1yMB1yo

via IFTTT
Share:

Alien Beli Rumah NON-STOP. Bagaimana?

Ramai orang ingat, kalau tak ada gaji, tak boleh beli rumah.
Kalau bankrap, tak boleh rumah.
Kalau loan dah tak lepas, tak boleh beli rumah.

Betul ke?
Memang gelap masa depan ke?



No no no...
Sebenarnya boleh.

Ada caranya.
Cara ini dipanggil beli rumah melalui teknik joint venture.
Dalam bahasa melayu, KERJASAMA!

Macamana tu?

Beli rumah pakai dua tiga nama atau pakai nama orang lain bukan perkara asing.
Cuma ramai masih tertanya-tanya bagaimana sepatutnya ia dilakukan.
Bagaimana pembahagian keuntungan seeloknya berlaku.
Siapa nak jaga rumah.

Ahaa....

*****************************
KERJASAMA!
Alien beli rumah NON-STOP
*****************************



Kerjasama: Alien Beli Rumah Non-Stop adalah ebook ketiga saya.
Ebook ini selepas ebook kedua saya,  5 Langkah Jana Wang Sewa Besar.

Ebook ketiga ini akan menjawab persoalan-persoalan yang timbul dalam pembelian rumah secara joint venture.
Ia ditulis berdasarkan pengalaman sebenar saya dan  rakan saya seperti diceritakan kepadanya
Ia kemudiannya diadun menjadi panduan membeli rumah secara joint-venture terpanas di alaf ini.

Setebal 73 muka surat termasuk muka hadapan,ia akan memandu anda yang mungkin blur sebelum ini tetapi berhasrat untuk membeli hartanah
melalui joint-venture ini, agar dapat melakukannya dengan penuh gaya dan selamat.

***************************
BONUS EXTRAVAGANZA
***************************

Ebook bukan sebarang ebook

ebook datang dengan BONUS EXTRAVAGANZA

1) Sesi Perkongsian  khas ebook dan sesi Q&A yang akan diumumkan tarikhnya kemudian.

2) Diskaun RM 100 untuk perkhidmatan penyediaan perjanjian pembelian hartanah secara kerjasama yang di’customize’ mengikut keperluan dan persetujuan anda dan partner. Sah untuk sekali sahaja.
 Perjanjian akan disediakan dengan kerjasama peguam korporat yang berpengalaman.

3) percuma keahlian Kelab Alien Hartawan. Ahli Kelab akan menikmati diskaun atas semua seminar dan produk yang diterbitkan oleh PropertyWaltz.com dan Kaseh Akademi, serta prioriti menjawab Q&A melalui FB kumpulan Kelab.

****************************
BERAPA PERLU DILABURKAN?
****************************
Ebook yang rare ini boleh bikin anda untung beratus ribu ringgit.

Termasuk pula dengan sesi Q&A percuma yang akan saya aturkan, maklumat yang akan anda perolehi nilainya mencecah empat angka.

Sebenarnya harga asal ebook ini adalah RM50.
Namun untuk kawan-kawan semua, saya kekalkan harganya pada RM 35 sahaja.
Lebih menjimatkan, namun manfaatnya sama.

Untuk membuat bayaran, mohon bank in ke akaun
CIMB 16010000461106 atas nama Kaseh Trading and Services.
masukkan email saya rohaniahnoor@gmail.com sebagai notifikasi pembayaran

Kemudian, maklumkan kepada saya pembayaran anda ke email saya rohaniahnoor@gmail.com dengan menyatakan email, no tel, tarikh dan masa bayaran dan bank mana bayaran dibuat.

Mohon beri saya masa sehingga 24 jam untuk emailkan anda ebook ini.

Terima kasih dan semoga terus berjaya.


Share:

perkara no 6 yang berbunyi cengkerik

Saya banyak menerima soalan sebegini.
 "Saya ni berniaga sendiri. Boleh kah saya beli rumah?"
 "Saya buat bisnes online sahaja. Boleh ke saya buat pinjaman untuk beli rumah?"

Tak salah berniaga sendiri. Bisnes online. Itu semua pekerjaan yang sangat bagus malah digalakkan oleh agama kita.

Tetapi untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli rumah, bank akan melihat kriteria berikut:
1) ada tak pendaftaran perniagaan atau pendaftaran syarikat
2) profile perniagaan atau syarikat
3) ada tak akaun bank perniagaan atau syarikat
4) berapa transaksi duit masuk dalam akaun bank tersebut
5) berapa lama perniagaan atau syarikat beroperasi. Sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas
6) borang cukai pendapatan bagi pendapatan perniagaan dan syarikat tersebut.

Ramai orang yang hebat dalam perkara 1 - 5.

Bila bab perkara 6, mula berbunyi krikkk... krik....

Dah tu, macamana nak beli rumah?

Declare cukai pendapatan tak bermakna kena bayar berpuluh ribu ringgit.
Ada teknik bagaimana kita boleh jimatkan bayaran cukai pendapatan perniagaan enterprise kita dengan cara yang sah.
Cara yang LHDN memang benarkan.

Nak tahu rahsianya?
Aha... Seminar Cukai Enterprise.. khas untuk peniaga enterprise dan partnership yang mahu berkembang lagi dan lagi dan jimat bayar cukai dan maksimakan keuntungan.

Tempat: 1-21 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, Ampang, KL.
Tarikh : 21 Disember 2014 (ahad)

Berminat? sms cukai  <nama> ke 018-9687803 sekarang!





Share:

Gossip rumah semasa kenduri kahwin

Berada di Pasir Mas, menghadiri majlis perkahwinan kawan saya.
Ketika sedang makan, saya berbual dengan seorang bapa saudara kawan.
Orang kelantan juga. Mesra dipanggil sebagai Ayah Long.

Ayah Long sekarang pesara Keretapi Tanah Melayu, berumur 73 tahun.
Borak punya borak, beliau berkongsi yang ada orang nak beli rumahnya di Kuala Krai.

Dulu masa pencen, dapat duit pencen dan duit ganjaran.
Dia gunakan duit tu untuk beli rumah.
Katanya, kalau tak beli rumah, dalam 3, 4 bulan duit tu mesti habis.

Beringat masa depan, beliau beli rumah tu tapi sebahagiannya buat pinjaman juga dengan Bahagian Pinjaman Perumahan.
Sebulan bayar dalam RM 122. Lagi 2 tahun pinjaman habis.
Dia tak ingat berapa harga rumah tu masa dia nak beli tu.
Tapi saya jangka sangat murah la tu.. sebab katanya, kawan lain yang bukan nak pencen, ansuran tak sampai 100.
Dia punya je sebab dah nak pencen sangat, ansuran jadi  rm122.

Sekarang ni, ada orang tawarkan nak beli rumahnya dengan haga RM 400k++ ke RM 500k++

wow woww...
berapa ratus ribu kenaikan harga kannn...

cadangan kami kepadanya, jual sahaja rumah tu.
Duit untung yang ada tu gunakan lah untuk apa juga impian mereka suami isteri yang tak dapat tertunai masa muda.
Nak ke umrah? nak ke haji? nak travel pusing dunia?
Buat sahaja.. bila lagi kan...

Bila memikirkan wang pencen dan wang ganjaran, ramai yang habiskan dengan cepat selepas dapat.
Tak tahu buat apa
Ramai juga yang laburkan berpuluh-puluh ribu pada perniagaan
Tapi disebabkan langsung tak ada pengalaman berniaga, modal hilang, bisnes entah ke mana.

Nampaknya beli rumah dengan wang pencen dan wang ganjaran adalah keputusan yang bijak.
Slowly but surely.

Selamat pengantin baru kepada kawan saya, Anim dan pasangannya, Rusdi!


Share:

kat Johor pun ada rumah bayar 2K sahaja

Semalam saya berkongsi mengenai kebaikan dan peluang pelaburan hartanah under construction.
Antara yang bestnya bila beli rumah under con ini adalah boleh beli rumah dengan modal yang rendah.
Nak beli rumah yang berharga rm400K misalnya, cuma perlu bayar 1% sahaja.
Bukan 10%
Bukan 100% macam beli saham dan emas.

Maknanya, bayar RM 4K sahaja untuk miliki rumah berharga RM 400K.
Tak cool ke tu?

Tak semua developer tawarkan projek begini.
Kena survey, kena tanya pemaju berapa deposit yang diperlukan jika nak beli rumah tu.
Kalau di Kajang, antara contoh rumah yang boleh dibeli dengan modal 1% adalah PROJEK INI.

Hari ini saya cuba ronda-ronda booth projek hartanah baru di Iskarnival ini.
Nak tengok ada tak projek baru di sini yang boleh dibeli dengan modal yang rendah.

ronda... ronda... tanya... tanya..

Jeng Jeng!
saya jumpa projek ini.

Seri Austin Residence di Wilayah Iskandar Malaysia.
Pemaju UM Land.



Saya dimaklumkan jika pembeli bumiputra, ada diskaun bumi 15%
Mereka akan tolak diskaun tu dari harga jualan siap-siap,
Kemudian baru masukkan harga lepas diskaun tu dalam spa.

Tapi ada satu lagi pilihan, beli international lot.
Saya difahamkan, pembeli bumi boleh beli unit international.
Diskaun 10% sahaja.
Dan harga di SPA adalah harga sebelum diskaun.
Jadi, kalau dapat pinjaman 90%, pembeli hanya perlu bayar booking RM 2K sahaja.
Tak perlu bayar apa-apa lagi dah.

Harga rumah bermula dari RM 220K untuk unit 1 bilik tidur seluas 661 sqft.
Untuk unit 2 bilik, harga lebih kurang RM 350K.

Loacation wise ok ke tak, saya tak sure sebab saya tak familiar sangat dengan Johor Bahru.
Tapi ia freehold.

JAdi kepada pelabur dan pembeli hartanah di JB, mungkin boleh kaji lebih mengenai projek ini.
Kalau nak maklumat lanjut, boeh hubungi Christina Chan 016-7218688
atau layari laman web projek ini DI SINI.

Pesanan saya sebelum tamatkan perkongsian saya semalam,
"Orang tak ada duit, kita beli property cara orang tak ada duit. Yang penting tetap boleh buat untung."


Share:

Budak UTP Pulang ke Perak

Sirih pulang ke gagang
Belut pulang ke lumpur
Student UTP pulang ke Perak

Begitulah ibaratnya bila saya menerima jemputan dari Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di Ipoh
mereka menjemput saya untuk berkongsi mengenai pelaburan hartanah
cerita pasal teori, parktikalnya, udang-undnagnya dan peluang-peluang buat duit.

Nama seminar ini adalah Seminar Pelaburan Hartanah Islam.
Selain saya, ada satu sesi pagi oleh seorang Pengurus Maybank Islamik, bercerita mengenai pelaburan hartanah dari sudut hukum agama.

Beruntung betul orang Ipoh sebab saya dimaklumkan yuran yang mereka kenakan hanya RM 20 seorang.
Itu pun bukan sebab nak caj sangat
Tapi sebab tanda komitmen.

Jarang-jarang saya bagi talk dengan berbaju kurung


Alhamdulillah.. ramai juga orang Perak yang hadir. 

Yang paling terharu bila tuan Azizul Azli Ahmad, pelabur hartanah tegar dan penulis buku yang hebat INI turut hadir ke seminar tersebut.

Beliau siap belanja makan nasi vanggey lagi selepas seminar berakhir.
Terima kasih tuan Azizul.

Geng-geng pelabur hartanah dari Perak


Terima kasih juga kepada pihak INTIM Perak terutama Ustaz Hafiz yang menjemput dan bersusah-payah memastikan seminar ini berjalan lancar.

Insya Allah, ada rezeki saya ke Perak lagi.

Ustaz Hafiz di sebelah kanan saya.

Share:

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog