Utropolis: jalan kaki je pergi kelas.

Bagaimana kalau saya katakan, ada projek baru cun dengan harga kurang dari  RM 300K?
Projek tu pula dekat giler dengan kampus universiti baru yang akan dibuka pada tahun 2015.
Nak lagi best, area tu nak cari freehold susah.. banyak leasehold.
Tapi projek ni freehold...
Kemudian akan dibina retail lot pula di bawah tu... untuk shopping-shopping, cuci mata dan beli barang keperluan.

Kalau tengok lokasinya tu, sebelah Subang Jaya. Jadi ada potensi tempat ni boleh jadi sehebat Subang.

ahaaa... apa macam?

Masa saya dapat tahu ada projek ni, saya nampak potensi yang besar di sini.



Pertama kerana ada wow factor. ada IPT dan shopping mall.
saya selalu tekankan, cari wow factor bila beli rumah under construction.

Kedua, sebab freehold.
Jika kita ambil beberapa projek yang sedia ada yang freehold di kawasan ini, memang kenaikan harga sangat baik.
Dan kalau gerak ke kiri sedikit, semuanya dah leasehold.

Ketiga, ada matching atau pemadanan jenis hartanah dan infrastruktur di sini.

Jenis unit yang sedang dijual adalah lifestyle suites, ala-ala studio unit atau SOVO / SOFO.
ada kampus baru KDU University College akan dibuka pada tahun 2015 berhampiran projek ini.
Boleh jalan kaki je ni.

Biasanya kolej swasta akan mengambil pelajar dari luar negara, selain pelajar tempatan yang berasal dari keluarga yang boleh tahan kaya juga.
Jadi, unit studio seumpama ini memang diminati golongan sebegini.



Ok..
Projek yang saya maksudkan adalah Utropolis.
Lokasi di Glenmarie, Shah Alam.
Pemajunya Paramount Property.
Projek terdahulunya di sebelah utara Semenanjung Malaysia, di Kemuning Utama dan Cyberjaya.



Lifestyle suite Utropolis ni keluasannya 447 sqft.
setiap unit akan dapat satu tempat meletak kereta.
tanah berstatus komersial, maka perjanjian jual beli nya bukan standard ikut Housing Development Act.
Jadi, pastikan kita sebagai pembeli faham setiap terma dalam perjanjian jual beli tu nanti.

Harga jualan bermula dari RM 329,200 untuk Tower 1
dan RM 297,800 untuk Tower 2.
Mereka ada juga tawarkan unit 2 bilik tidur pada harga RM 600,000.

Ada diskaun bumiputra 7%.

Namun begitu suka saya sebut di sini, yuran penyenggaraan adalah sebanyak RM 0.45 per kaki persegi.
Jadi, untuk unit seluar 447 sqft ni, yuran penyenggaraan bulanannya adalah 447 x RM 0.45 = RM 201.15


Kemudahan yang disediakan adalah dewan serbaguna, gimnasium, kolam renang, surau dan landskap dengan water feature.



Berdasarkan kajian, didapati rumah-rumah di Glenmarie semuanya rumah bertanah berharga lebih kurang RM 1.6 juta.
Jadi, untuk memiliki satu kediaman di sini, ini pilihan paling murah lah.
sebab harga kurang dari RM 300,000 kan.

Untuk maklumat lanjut pasal Utropolis ni, boleh klik di sini
http://www.utropolis.my/

Tapi kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kampus baru KDU College University, boleh klik website KDU sendiri DI SINI.
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog