Hilang akal? Belajar dengan Tuan Azizi Ali dengan hanya RM 30?

Saya mula celik mata pada perancangan kewangan peribadi apabila membaca buku 'Cukup Wang Hati Tenang'.
Tetapi saya mula belajar banyak perkara mengenai pelaburan hartanah apabila membaca buku 'Tuan RUmah Jutawan' dan 'Bagaimana Hendak Menjadi Jutawan Hartanah' oleh Tuan Azizi Ali.

Masa tu tahun 2005.
Tuan Azizi Ali buat smeinar pelaburan hartanah pun dalam dua kali setahun sahaja agaknya.
saya masih ingat, yurannya RM 799.

Saya belum berkemampuan membayar yuran sebegitu pada waktu itu.
Tapi isi kandungan bukunya saya khatam, ulang baca dan khatam lagi.

Selepas bukunya, saya baca buku Renesial Leong pula.

2006, saya dapat beli rumah pertama.
2007, saya hadir mini talk tuan Azizi Ali.
Seminar 3 jam pada waktu malam, yuran RM 199, beli bertiga RM 150 seorang.
saya pergi bertiga.

Walaupun tiga jam, banyak tips yang saya peroleh ketika itu.
ada tips yang disebutnya yang saya masih ingat sampai sekarang.

Tuan Azizi Ali memang lagenda.
Memang mahaguru kepada hampir semua pelabur hartanah gen X dan gen Y di Malaysia.

Siapa sangka, satu hari nanti nama saya dapat berkongsi pentas dengan beliau.
berkongsi pentas dalam berkongsi mengenai pelaburan hartanah.

Meskipun pentas yang sama, tetapi tahap beliau jelas lebih tinggi.

Bagaimana kalau saya katakan, kawan-kawan berpeluang belajar mengenai pelaburan hartanah dari beliau dan beberapa speaker hebat lain dalam satu seminar satu hari penuh dengan yuran bermula dari RM 60?




Tuan Azizi Ali akan muncul dalam Havoc Hartanah 2.0 sesi bahasa inggeris pada 20 september, sabtu nanti.
saya pula akan muncul pada sesi bahasa melayu pada 21 september, ahad.

Ada ramai speaker lain yang sangat hebat juga.
Ada Faizul Rizuan, Ho Chin Soon, Chris Tan, Khalid Adis, Ishmael Ho, Miichael Yoh, Siva Shanker, Abang Ensem, Mekanik Wang, Adrian Wee, Tuan MKNK dan  dua orang lagi speaker misteri.



Yuran untuk satu sesi hanya rm60. kalau dua sesi rm90 sahaja.
Murah gilerrrr!

Tapi kan... untuk semua peserta seminar yang saya anjurkan sejak 2011, ada diskaun khas 50%.
nanti saya akan hantar email kepada semua bekas peserta saya, kalian daftar Havoc Hartanah ni macam biasa.
kemudian pada hari konvensyen, claim balik 50% diskaun dengan tunjukkan email yang kawan-kawan terima tu.

cool kan...
bermakna untuk semua peserta seminar anjuran Property N Co dan propertywaltz.com, yuran cuma RM 30 untuk satu hari dan rm45 untuk dua hari..

Woww wooww..

untuk mendaftar, KLIK DI SINI.

Saya nak shopping baju untuk kemunculan sesi pagi ni nanti. lalalala...
4