Doa musafir Allah makbul

Benarlah orang kata, doa musafir ini makbul.

Saya pernah menulis di Facebook saya mengenai sesuatu yang tak kena dengan dua rumah di Mentari Court saya.

Satu unit dah siap sejak bulan februari, bulan Jun dapat penyewa tapi duduk sebulan je.
Satu unit lagi siap selepas raya.
Sehingga tiga hari lepas, belum ada penyewa.






Rumah fully furnish.
Kadar sewa rasanya dah sampai turunkan rm100 dari harga asal yang standard.
Dah letak iklan di internet dan papan tanda di apartment.
Dah siap offer co-broke.
Dah siap minta member tolong cari penyewa dengan tawaran komisen macam agen.
Dah siap offer kat subletter.

Tapi memang mahal betul rezeki dua buah rumah ini.

Bayangkan, 5 jam sebelum saya meninggalkan Malaysia, ada satu keluarga last minute confirm nak pindah masuk.
Sebenarnya saya dah malas nak ke Mentari Court sebab saya belum siap packing dan research pun baru sikit.
Tapi sebab agen hartanah yang referkan mereka ni kata mereka betul-betul nak masuk rumah tu, saya pun dengan berat hati setuju.
Jumpa di sana jam 5.30 petang.

Kebetulan tak lama lepas tu ada orang lain call.
beriya nak tengok rumah tengahari tu juga.
Oleh kerana saya ada 2 rumah di sana, kiranya boleh lah dia tengok rumah yang lagi satu.

Saya minta mereka datang jam 4.30 petang memandangkan saya memang ada appointment jam 5.30 petang.

Petang itu saya terlewat sikit sebab bersiap untuk travel kan.
saya sms orang yang nak tengok jam 4.30 tu yang saya akan tiba jam 5 petang.
dia kata 'ok'.

Sampai di Mentari Court, saya call mereka, beritahu saya di lobi tangga blok rumah tu.
Dia kata "Ok, cominng".

Tapi sampai jam 5.25 pm , tak nampak batang hidung.
Aduh...

saya geram dan kecewa, pergi ke blok satu lagi di mana agen untuk penyewa yang katanya nak pindah masuk tu menunggu.
Yang tu appointment jam 5.30 petang.

Agennya tiba awal, tapi penyewanya hampir jam 6 petang baru sampai.
Saya nak cepat ni...



Mereka ni famili dari Pakistan.
Ibu dan dua anak.
Ibunya sakit dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Sunway.
Suaminya di negara asal.

Bila mereka sampai dengan teksi, mereka siap bawa beg dan bantal.
Memang nampak nak pindah terus la.

Saya bawa mereka naik ke rumah.

Sebenarnya dua orang anaknya tu dah tengok rumah ini tiga hari lepas.
Kalau dah nak masuk, maknanya mereka dah berkenan la kan...

Tetapi bila mereka masuk rumah tu dan angkut beg semua, lain pula ceritanya.
mereka minta nak sewa sebulan je.
adehh...
kalau sewa sebulan, harga lain lah. bukan harga sewa long term ni

Bila saya beri harga sewa sebulan, mereka tak setuju.
Mahal katanya.

Kemudian ibu dia komplen, tak ada aircond.
Haihh.. memang dari awal lagi, rumah ni tak ada aircond.
Nak sewa murah.. nak sewa pendek.. tapi nak ada aircond?

last-last, saya buang masa begitu sahaja.
Balik dengan kosong...
balik kelam kabut packing last minute.

Memang mahal betul rezeki di sini.

Misi mencari penyewa di Mentari Court terhenti.
Tapi saya sempat tinggalkan kunci dan handphone saya yang saya letak nombor di iklan kepada abang saya.
Saya minta dia tolong jawab phone dan bawa orang tengok rumah.
Kalau dapat close deal penyewa, saya beri komisen sebulan kepadanya.
sama macam hire agen lah.

Malam itu saya mulakan pengembaraan ke Turki, transit di Dubai.
Tapi flight bermula dari Singapura.



Dalam hati, saya berdoa agar ada berita baik semasa saya mengembara ini.

Tiga hari lepas, alhamdulillah.. dapat berita salah satu rumah ini dah dapat penyewa.
Semalam dia tandatangan perjanjian sewaan dan bayar deposit seperti yang dikehendaki.



Terima kasih tak terhingga kepada abang saya yang banyak membantu,
Ada bakat jadi agen rumah ni...

Saya ada lebih kurang 30 jam lagi untuk berdoa...
Amin..



Ada yang berminat menyewa rumah fully furnish di Mentari Court?
Sewa RM 1100 sahaja.

Boleh hubungi 0123547636.
buat masa ni, abang saya akan angkat phone.

2