2 hari yang kecoh habis

Dua hari yang hebat.
20 dan 21 September 2014, Havoc Hartanah 2.0 di Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay , KL.

Dapat jumpa mahaguru saya, tuan Azizi Ali
Dapat jumpa sifu-sifu pelaburan hartanah lain.. ada yang jadi speaker.. ada yang humble hadir sebagai peserta dan memberi sokongan kepada penganjur
dan dapat bertemu ramai kawan-kawan lain yang kepala alien, suka pelaburan hartanah.

Memang awesome, da bomb, kababommm

mahaguru saya, tuan Azizi Ali


Yang peserta seminar saya sebelum ni dapat refund 50% yuran.
Mereka happy, saya happy.

Sesi saya hari ahad 21 hb, forum dengan tuan MKNK, tuan Alwi Adam dan Tuan Ernest Bowle.
Harap ia sedikit sebanyak memberi sesuatu kepada kawan-kawan yang hadir.

Faizul sebagai moderator. Panel dari kiri - Adam Alwi, Tuan MKNK, Sir Ernest Bowle dan saya
Kredit foto: Tuan Raisul Fadhla

Kredit foto: Puan Hasifah Husin


Speaker lain usah cakap la..
memang berbaldi-baldi info dan tips yang mereka kongsi.
Baru saya tahu yang tuan Khairul Adis adalah taiko pelaburan hartanah yang diimport khas dari Singapura.
Hebat penganjur iaitu Faizul dan puan Rozalina.
Dapat bawa masuk otai dari luar untuk berkongsi ilmu.

Tuan Khairul Adis dan Puan Rozalina.
Kredit foto Puan Rozalina. pinjam gambar ya..

Ramai graduate interor design ahad tu.
Ini semua ajaran Sifu Adrian Wee.

Adrian Wee: pereka hiasan dalaman dan pelabur hartanah

tak kurang juga yang keras perut gelak bila Mr Siva Shanker berkongsi.
Memang kelakar habis.

Mr Siva Shanker: real estate agent

Tak boleh nafi berapa ramai yang melopong melihat keenseman Abang Ensem
dan kemudian mula dilema siapa lebih hensem bila Wan Infolelong muncul.

Abang Ensem in action

Wan Infolelong; pakar flipping rumah lelong dan sublet


Faizul Ridzuan ohsem seperti biasa.
Analisa kawasan dia sangat terperinci.
Rugi tak dengar...
Baru saya sedar yang ramai juga berpendapatan RM 20,000 selepas mendengar analisanya.
Patut lah rumah harga RM 500,000 pun ada orang sapu habis.

Faizul Ridzuan


Anak beranak pakar peta, tuan Ho Chin Soon dan Eshmael Ho juga ohsem.
Saya kagum dengan ketelitian mereka berdua.

Bila turn Abang Abu,  Mekanik Wang pula, memang gamat satu dewan.
Sibuk semua nak jadi kaya kan.. tapi beliau menyedarkan kita, betapa kayanya diri kita.
Wang RM 5 juta pun tak boleh ditukar ganti dengan dua biji mata kita.
Baru dua biji mata tu..

Abang Abu - Mekanik Wang


Speaker-speaker lain pun hebat-hebat juga.
Chris Tan misalnya sangat kelakar orangnya bila kenal dia in person.
Seronok dapat bertentang mata dan bersua muka dengan mereka semua.
Saya berazam mahu jadi sehebat mereka.

Event dua hari ini memang havoc habis lah!
betul dah tu namanya Havoc Hartanah 2.0
dengar akan muncul Havoc Hartanah 3.0 pula.. wowwww

Sempat posing-posing juga pada hari kejadian.

Dengan tuan Shaiful Effendy dan tuan Wah Harun. SE adalah proof reader dua ebook terdahulu saya manakala WH pula owner POD backpacker hostel.

Sifu Pie 2020, Tuan MKNK, Thoriq (subletter Mentari Court) dan Azlan (geng satu kepala dan crew event)



tuan Khairul Anuar, peguam dan penulis buku 40 Soalan Anda Patut Tanya Peguam

ini semua taiko-taiko property, antaranya Hazzim - REN, Wan Infolelong- speaker, tuan MKNK, Rahim Ibrahim - Internet Marketer dan Omar - Ho Chin Soon Research

Saya dan Hasifah, kawan lama sejak 1996

saya dan kak Bieeyah - kawan lama sejak 2005

saya dan Puan Rozalina. Beliau iron lady yang menganjurkan Havoc Hartanah ini bersama-sama sifu Faizul Rizuan

Saidah dan Hana yang sweet

alamak.. lupa nama dia... anak Puan Rozalina yang sungguh macho dan rajin bekerja.
Selfie dengan tuan Adam Alwi

tuan Raisul Fadhla
Tahniah dan Syabas kepada penganjur Havoc Hartanah 2,0
terima kasih kerana menjemput saya untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog