Tak reti nak tulis nombor akaun?

Semalam saya belajar sesuatu yang baru.
Mungkin bagi setengah orang, mereka dah tahu.
Tapi ia pengalaman baru bagi saya.

Saya nak bank in cek.
Lalu saya ke Maybank di Cyberjaya.
Guna la mesin deposit cek macam biasa.



Kalut punya pasal, saya lupa tulis nombor akaun, nama akaun dan no hp di belakang cek.
Bila cek dah masuk mesin, resit dah keluar baru saya sedar.
Alamak...
Alamak.. Macamana ni?

Macamana maybank akan tahu cek ni nak di deposit ke akaun mana?
Lepas tu, apa akan jadi pada cek ni?
Kena tendang kah?
Atau bank pegang cek dan hubungi pemilik akaun yang mengeluarkan cek untuk pulangkan semula?
Atau pengeluar cek ni kena hubungi bank dan batalkan cek dulu?

Ala.. Adakah itu bermakna saya kena call pengeluar cek ni semula dan minta dia keluarkan cek baru?
Leceh juga tu..
Macamana kalau dia sibuk sangat, nak jumpa dia ambik cek baru susah?
Macamana kalau dia tak mau dah keluarkan cek baru?

Habislah saya kalau macamni...

Saya nampak orang ramai bertanya soalan ke pegawai bank yang ada di  kaunter ambil nombor giliran.
Aha.. Tanya dia dulu lah...

"Puan, saya baru deposit cek kat mesin, tapi terlupa nak tulis nombor akaun bank kat belakang."
Pegawai bank tu pandang saya.
"Habislah kau..."  katanya.
"Pergi ke kaunter 4, tunjuk resit deposit cek tu."

"Tak payah ambil giliran?", tanya saya, mahukan kepastian.
"Tak payah.."

Saya terus ke kaunter 4.
Cerita masalah yang sama...

Ohh.. Rupanya mereka boleh tolong tuliskan nombor akaun dan butiran yang lain tu bila mereka keluarkan semua cek dari mesin tu nanti.
Mereka hanya fotostat resit deposit cek saya tadi untuk rujukan.
Saya kemudiannya dikehendaki tulis nombor akaun bank, nama akaun dan no hp pada salinan resit yang mereka fotostat tu.

Lega...
Terima kasih staff Maybank Cyberjaya.
Maaflah tambah kerja pula, nak kena tolong tuliskan butiran tu semua.
Tapi saya sangat hargai bantuan puan-puan semua.

Terima kasih sekali lagi.

Share:

7 ulasan:

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

saya pernah...
tulis no akaun bank lain di belakang cek
lepas tu bolehlah pulak cek tu sy pergi bankin kat akaun bank lain...

sy tulis no akaun maybank
kemudian sy masukkan dalam cek deposit bank islam...
agagaga

Cr. Siti Hazreen Shahrom berkata...

Uishhh, kalau saya pun cemas tu

Liza @ Adzriel AB berkata...

Tu dia punya kalut... Mesti amount besar ni.

BH Aznan berkata...

Mulakan hari dengan berdoa kepada Allah swt supaya hari yang kita lalui mendapat berkat...kalau kena juga macam ini, maka anggaplah ini ujian dariNya. Dapat juga pahala.
Kita mesti bercita2 untuk kumpul pahala sebanyak mungkin utk hari akhirat. Kumpul harta pun dapat pahala jika kita sebut "Dengan nama Allah.."

nurlyana musli berkata...

lepas tu apa jadi? pihak bank Islam call semula atau tidak?

Huz Huzz berkata...

Salam. Sy pun ada pngalaman mcm saudari. Nak tanya berapa hari cek baru clear ya?

Yana nsy berkata...

Kalau bank dah tutup lak cane eh? Benda sama jadi sbb nak cepat sampai lupa tulis detail 😂

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog