sambungan bil elektrik empat ribu

Ramai tertanya-tanya apa sambungan kisah bil elektrik Serena Guest House yang melambung sampai RM 4K.
Saya ada kongsikan DI SINI.



Cerita tu dah ada kesudahannya.
TNB syak meter rosak sebab tiba-tiba dalam sebulan, dia berpusing sampai bacaan naik 2,000++.

Jadi TNB buat dua kali pelarasan.
Dalam bahasa mudahya, tolak dari bil lah.

Pelarasan pertama berjumlah RM 3421.50.
Kemudian untuk bil Jun berjumlah RM 1418.90, bil tu valid
Tapi bil akan datang, mereka akan tolak lagi RM 695.40.

Pusing tolak entah macamana, last sekali untuk dua bulan penggunaan April dan Mei, jumlah bil akan jadi lebih kurnag RM 700++ sahaja.

Tapi memandangkan bekalan dah dipotong, saya perlu bayar RM 346.93 dahulu untuk membolehkan bekalan elektrik disambung semula.

Bayaran telah dibuat dan kini Serena Guest House dah ada bekalan elektrik semula.

Moral of the story:
jangan malu-malu buat aduan ke TNB kalau amaun bil elektrik anda pelik sangat.
Buat aduan dengan menghubungi no telefon 15454
Dapatkan no log aduan.
Dan jangan lupa lepas tu follow up dengan nombor log yang sama.



Jika kawan-kawan ada urusan di Bandar Baru Bangi, Kajang, Putrajaya, atau sekitar selatan Kuala Lumpur, jemput menginap di Serena Guest House.
Homestay apartment di Bandar Baru Bangi, walking distance ke komuter UKM.
Sangat dekat dengan UKM, dalam 1 km++ sahaja.



ada 3 aircond, katil yang selesa.
Boleh memasak, bancuh air, basuh baju dan menikmati internet free.

Hubungi saya 0192648628 atau 0192936374 (chan) untuk pertanyaan dan tempahan
0