lepasan SPM gaji 5 angka

Umum tahu, kerja kapal ni gaji mahal.
Sekali pergi kerja, duit masuk berkepuk.
boleh cecah 5 angka
kemudian balik boleh berehat sambil menikmati pendapatan lumayan tu

haaa.. bila pendapatan lebat, boleh lah menyimpan lebih.
Boleh digunakan sebagai modal untuk pelaburan hartanah.
nak mohon pinjaman beli rumah pun lebih mudah.

Berkawan dengan kapten kapal, memang tengok pendapatan dia syok betul.
Baru-baru ni dia bisikkan kepada saya, "ada peluang baik kalau nak mula kerja kapal"

wahhh.. apakah peluangnya?

Ada peluang latihan 3 bulan untuk bekerja kapal.
Tamat latihan tu, pelatih akan mula naik kapal untuk on-the-job training selama 3 bulan pula.
Selepas tu boleh lah terus bekerja di syarikat perkapalan.


Kursus ini dijalankan di Institut Latihan Maritim di Kemaman.
Diuruskan oleh Maritime Skill Sdn Bhd.
Terbuka kepada semua lepasan SPM, berumur 18 - 25 tahun.
Lelaki sahaja.
Pelatih hanya perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM 1500, kemudian pinjaman akan diuruskan.

Tapi ada pula tawaran istimewa buat bumiputra yang ibubapanya berpendapatan isirumah kurang RM 3,000
Yayasan Pelajaran MARA bersetuju menaja mereka ini.
hanya bayar yuran pendaftaran sahaja, yang lain masuk bawah tajaan.




Jadi kalau ada adik, kawan atau anda sendiri berimpian nak bekerja kapal, ada satu sesi Seminar Kerjaya Perkapalan akan diadakan pada:

Tarikh:  19 Julai 2014, Sabtu
Masa : 10.00 pagi 
Tempat:  Dewan Seminar, 1-21 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, Kuala Lumpur.
              Belakang Tesco Extra Ampang, sederet Bank Islam.

Masuk PERCUMA.
So, boleh datang je.. survey-survey dan tanya soalan.

Tapi mohon mendaftarkan kehadiran dengan menaip kapal <nama> <email> <no hp> ke  018-9687803

untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Kapten Solahudin di talian 019-9117449 atau saya 0123547636.

5