Bagus ke Bangi untuk pasaran pelajar?

Saya pernah beberapa kali kongsikan mengenai cerita Unipark Kondominium di blog saya beberapa tahun dahulu.
Boleh baca di
http://www.propertywaltz.com/2010/10/unipark-kawan.html
http://www.propertywaltz.com/2010/10/kitchen-cabinet-unipark.html
http://www.propertywaltz.com/2010/10/unipark-dah-ada-penyewa.html
http://www.propertywaltz.com/2011/04/unipark-condominiuim-is-now-full-house.html
http://www.propertywaltz.com/2011/08/duit-sewa-terakhir.html
http://www.propertywaltz.com/2011/08/musim-bertukar-penyewa.html

Kat mana Unipark Kondominium ni?
Ia sebenarnya terletak dalam kampus KLIUC, dan bersebelahan dengan Uniten.
Masa tu De Centrum belum ada lagi.

Dan pada masa itu, Unipark ini sahajalah kondominium yang ada di sana.
Ada dua blok, Blok A yang kawan saya beli
dan Blok B yang dapat vacant posession dalam setahun kemudian.

Selepas Unipark, pemaju yang sama membangunkan De Centrum.
Satu projek bercampur yang mengandungi shopping mall, unit kedai, SOHO dan serviced apartment.

Terkini.. jeng jeng jeng..
Buat yang tak sempat beli Unipark Blok A dan Blok B serta De Centrum, ada sambungan pembangunan Unipark telah dilancarkan.
Namanya Unipark @ De Centrum
Atau sebenarnya pembangunan Blok D Unipark.





Projek ni freehold.
Ada dua jenis:
- Type A: unit 4 bilik tidur dan 4 bilik air berkeluasan 1297 sqft
   ada 4 aircond.
- Type B: unit duplex 8 bilik tidur, 8 bilik air. berkeluasan 2,594 sf.
   ada 8 aircond.
   Ia dipakejkan dengan sistem dua kunci supaya tingkat atas dan tingkat bawah boleh dibuka berasingan.

Untuk Type A, setiap unit diberi 1 unit tempat letak kereta percuma
Manakala untuk Type B pula, ada 2 unit tempat letak kereta percuma.

Hanya ada 320 unit sahaja.



Kemudahan yang disediakan adalah kolam renang, gymnasium, ruang pelbagai kegunaan, taman, bilik mesyuarat & bilik persidangan, kawalan keselamatan dan pengawasan CCTV 24-jam.

Harga bermula dari RM 420psf.
Maknanya kalau Type A tu, harga dari  RM575, 000
Manakala Type B pula, harga dari RM1, 065,000.
Setiap unit datang dengan pakej semi-perabot.

Projek ni dijangka siap pada tahun 2018 nanti.

Pemaju projek ini adalah Protasco Berhad, syarikat kumpulan IKRAM.

Potensi projek ini ang saya nampak adalah lokasinya begitu hampir dengan KLIUC dan Uniten.
Setakat ini pelajar-pelajar ini tinggal di dalam kampus, di Unipark Blok A dan Blok B dan turut menyewa hingga ke Bangi dan Kajang.

Ia juga senang diakses dari SKVE, SILK Highway dan PLUS.
Di tengah-tengah antara Putrajaya, Kajang dan Bandar Baru Bangi.

Insya Allah nanti MRT akan ada di Jalan Reko Kajang
dan kalau ikut perancangan MRT Line 2, ada kemungkinan akan ada MRT di Uniten.

Bukan itu sahaja.
Ahad ini ada perkongsian yang sangat menarik di Galeri jualan projek ini.

Faizul Rizuan

Sifu Faizul Rizuan dan Sifu Adrian Wee akan berkongsi ilmu percuma.
Faizul akan berkongsi analisa kawasan Bangi / Kajang sebagai hotspot pelaburan.
Manakala Adrian Wee pula akan berkongsi tips bagaimana untuk buat renovasi secara murah untuk disewakan kepada pelajar.

Adrian Wee


Butiran majlis:

Tarikh : 6 Julai 2014 (Ahad)
Masa : 11am - 1pm
Tempat : De Centrum sales gallery, Corporate Block, Unipark Suria, Jalan Ikram-Uniten, 43000 Kajang, Selangor

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi 03-8738 3391



Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog