Jodoh dengan Mr Fuji

Masa saya masih bersekolah, kakak saya pernah beri saya kamera FUJIFILM pakai kodak.
tak ada zoom. 
Kamera biasa yang murah sahaja. Harga pun saya tengok di kedai tak sampai RM 100.

Kamera tu sebenarnya kamera kakak saya.
kawan dia hilangkan kamera dia, dan gantikan dengan kamera FUJIFILM tu.
Bila kakak saya dah besar sikit, dia beri sahaja kamera tu pada saya.
Saya pakai kamera tu sampailah saya di Kolej MARA, lepas SPM.
Sampai kamera tu rosak.

Selepas itu, saya berangan nak beli kamera digital.
Orang dah tak pakai kodak kan..
Tapi sayang duit.. hidup di bawah kemampuan..
lagipun boleh pau kamera kawan-kawan je.. hahaha
bila dah ada handphone, pakai sahaja kamera handphone.
tak beli pun kamera..

Sehinggalah tahun lepas saya ada beli action camera AEE Magicam
kamera digital, tetapi lebih kepada untuk sport.
Beli di lowyat sahaja.

Dalam masa yang sama, saya sangat terinspirasi dengan si pengembara ini, Tuan Zahariz.
Kawan pejabat saya perkenalkan saya dengan dia dan blognya.
Membaca blognya, kisah pengembaraan solonya dengan basikal dan gambar-gambar yang dia tangkap buat saya rasa mahu terbang solo melihat dunia juga.

Selain beliau, ada juga kisah beberapa solo traveller yang saya baca.
Ada juga kisah backpacker wanita lain yang kental
semua adalah satu inspirasi.

Kisah-kisah mereka ini memberi semangat kepada saya untuk turut mengembara secara backpacking.

Cuma saya sedar, saya perlukan juga digital camera dan kemahiran menangkap gambar landskap.

Rugi wehh pergi Switzerland tak ada gambar landskap yang WOWWW..
apa yang dapat dilihat dalam gambar jauh tak sama cantik dengan apa yang mata kita nampak.
Begitu juga dengan kecantikan Zaanse Schans di Holland.
dan kegarangan Gunung Sinabung di Sumatera Utara.
Apatah lagi keunikan Mount Huashan dan West Lake di China.
ia jauh lebih cantik dari gambar yang saya ada upload di Facebook tu.

Tu yang pada akhirnya, Rabu minggu lepas saya telah membuat pembelian kamera digital di www.shashinki.com
Kebetulan Abang Sawlihim, kawan pejabat lama saya memang seorang jurugambar landskap yang dah banyak menang pertandingan fotografi.
Jadi saya banyak merujuk kepada beliau di dalam memilih kamera.

Saya tak mahu kamera DLSR. Besar dan berat.
Tapi saya mahu tangkap gambar landskap sehebat beliau.

Jadi beliau cadang beberapa model kamera mirrorless.
beliau cadang beli di shashinki.com
Melihat kepada bajet dan kemampuan kamera, saya pilih kamera Fujifilm X1-M, salah satu model yang dicadang.
Wah.. panjang betul jodoh saya dengan FUJIFILM ni..
Saya survey harga, di kedai di Ampang Point, kamera ini jauh lebih murah dijual di shashinki.






Rabu order dan buat pembayaran, Jumaat petang kamera sampai.
Sabtu dan Ahad terus pergi kelas... belajar tangkap gambar landskap dengan SK Creative.
Abang Sawlihim dan En Shamsul dari ASFON sebagai gurunya.

Kelas ni memang best.
belajar teori sikit, terus praktikal.
Pergi shoot gambar Kuala Lumpur dan buat gambar landskap panorama.




Dengan guru dan classmate


Ini lah antara hasilnya...


Gambar ini tidak diedit dengan software. ini asal

Petang di Kuala Lumpur
Gambar panorama ini dicantum dari beberapa keping gambar.

Berangan mahu buka blog pasal travelling pula...
ada orang mahu baca?
5