cerita tukar tombol

Malam tadi saya menukar tombol pintu rumah sewa saya.

Rumah tu lepas dapat kunci dari penjual, saya memang belum tukar tombol lagi.

Untuk keselamatan, bila beli rumah dari subsale atau lelong, kita perlu tukar tombol pintu dan mangga kunci setiap kali dapat vacant posession.
Sebab mungkin penjual atau penyewa lama ada salinan kunci kan..
Ada risiko di situ.

Begitu juga jika rumah tu disewa oleh penyewa yang nampak lain macam..
atau penyewa yang tak mahu bayar sewa, kemudian kita halau dia keluar
lebih baik tukar tombol dan mangga pintu.
Manalah tahu..
sekali penyewa kita yang kiut miut sedang memasak dengan penuh gembira, sekali tadaaa.. muncul penyewa lama kat dalam rumah menjenguk.
bahayaa

Ok, balik pada kisah saya tukar tombol.
tukar tombol ni tak susah
tapi kalau belum belajar, macam nampak susah
macam pelik je bagaimana besi bulat tu boleh satu terlekat sebelah sana, satu lagi sebelah kiri kan..

Alhamdulillah walaupun saya perempuan yang comel, tetapi saya boleh menukar tombol sendiri.
orang kata, pejam mata sure tak boleh buat sebab tak nampak lubang skru kat mana
tapi kalau buka mata, insya Allah boleh buka dan pasang.

Ada cerita macamana saya boleh pandai pasang tombol ni..
nak dengar?

ok, saya ni anak peneroka.
Rumah saya tak ada tombol pintu.
dulu pakai selak je..

kat sekolah baru saya jumpa pintu pakai tombol ni.
tapi dah masuk kolej baru saya sendiri tinggal di bilik yang pakai tombol.

Dah kalau umur 18 tahun baru sendiri guna tombol, manalah saya tahu cara nak memasang atau membaraikannya kan..

sehinggalah saya masuk universiti.
semester pertama, saya dilantik jadi ketua blok asrama.
punyalah dalam beratus pelajar perempuan lain yang lebih comel dan berdaya maju, saya juga yang dipilih.

Sebagai ketua blok, warden minta bantuan saya periksa semua salinan kunci master yang ada pada dia.
anak kunci tu semua ok tak
ada tak pintu bilik asrama yang tak ada anak kunci.
Ceh.. sebenarnya dia nak ringankan kerja dia la tu..
saya ni bendul.. pergi la buat kerja ni..
check satu persatu bilik tapi saya pastikan la masa tu bilik ada orang.
Sat lagi ada barang hilang, saya pulak yang kena.

Dari tugasan itu, saya tahu yang pihak warden ada simpan salinan kunci setiap bilik.
Trend Universiti Takde Parking saya tu pula, setiap tahun kami kena tukar bilik asrama.
Asyik rombakan je kerjanya..

Tapi kalau tak ada apa-apa arahan dari pihak universiti, kami boleh je simpan barang dalam bilik masa cuti sem.



Jadi ada satu semester tu, saya rasa tak sedap hati
Rasa risau kalau-kalau ada yang jenguk bilik saya.
Jadi saya dan kawan sebilik beli satu tombol di kedai di Batu Gajah
Murah je tombol tu.. dalam RM8

Tak reti pasang tombol ni, kami pun pulun baca penerangan kat kertas tu
Slow-slow pasang ikut arahan..
hasilnya bilik kami je la yang pakai tombol design pelik.
sebab tombol tukar sendiri

kemudian, saya dan kawan pun pulang bercuti dengan hati gumbira..

Perangai saya masa tu, rajin sangat belajar kononnya.
Seminggu sebelum cuti sem tamat, saya dah balik ke asrama
Terkejutnya saya bila lihat yang blok asrama kami dah ditukar jadi blok asrama pelajar lelaki
Barang kawan-kawan bilik lain semua kena angkut dalam beg plastik sampah hitam yang besar, letak dalam bilik TV
pihak pengurusan asrama la yang buat

Nasib baik saya dah tukar tombol pintu sendiri, barang bilik saya je tak disentuh.
haih.. memang geram betul.
Saya pun kemas je barang-barang elok-elok dan masukkan dalam bilik TV juga
sementara tunggu cuti sem tamat dan kami diberikan bilik di blok lain pula..

Sebelum tinggalkan bilik lama, saya tukar tombol saya tu dengan tombol asal
dan tombol saya tu, saya pasang pula pada bilik baru..
demi privasi dan keselamatan harta peribadi.

Sejak itu, saya pandai pasang tombol sendiri..
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog