apa yang anda tandatangan?

Semalam sempena hari terakhir Syaaban, Kaseh Akademi telah menganjurkan Bengkel Pelaburan Hartanah Extended.
Bertempat di dewan seminar,  pejabat Kaseh Akademi di Dataran Pandan Prima



Bengkel ini modulnya saya bina khas untuk mendedahkan ilmu-ilmu teknikal di sebalik proses, bil dan dokumen
selama ini, ketiadaan ilmu teknikal inilah yang selalu buat pelabur atau pembeli hartanah main tandatangan je...
walaupun blur blur kan..



Kali ni formula matematik lebih banyak dari bengkel terdahulu.
bersungguh-sungguh kalkulator ditekan.
Banyak juga ayat pusing-pusing lawyer yang kami terjemah..
Haibat!

dan nampaknya dalam bengkel kali ni, kantoi sangat saya tak pandai matematik
ada dua kali saya kira salah, peserta kira betul. hahaha...
err.. err graduan undang-undang katakan.. hehehe..



Banyak juga cabaran untuk Bengkel kali ini
Puan peguam yang saya war-warkan tak sihat..
alhamdulillah Cikpuan Syakira Ni'mah berbesar hati membantu saya menggantikan sesi bersama peguam
meskipun ketika saya menghubunginya tu, dah agak last minute.



Terima kasih kepada semua peserta yang hadir
Ada yang datang sejauh dari Singapura.. kawan alam mobile saya, Calvin
Ada juga dua peserta yang datang dari Setiu, terengganu
Dan dua orang datang dari Melaka..
Yang lain yang datang dari sekitar KL dan Selangor pun tak kurang hebat.

Terima kasih kepada kepada cikpuan Syakira
Terima kasih kepada tim Kaseh Akademi.








Pelaburan Hartanah Extended direka khas supaya pembeli dan pelabur hartanah faham apa sebenarnya yang mereka tandatangan








0